(siri 2)
Sekarang yang merupakan musim cuti sekolah merupakan waktu untuk melancong bagi kebanyakan ibubapa bersama anak anak. Kelantan merupakan antara destinasi utama yang menjadi tumpuan. Sama ada ia disebabkan faktor kos yang jauh lebih murah, ingin merasai suasana masyarakat melayu yang hidup dengan budaya berniaganya yang jarang kedapatan di tempat lain, mahupun balik kampung bagi begitu ramai rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri negeri luar.
Pada hakikatnya kebanjiran pelancong dalam dan luar negara ke Kelantan boleh dikaitkan dengan beberapa perkara. Pertamanya kebudayaan. Kelantan sememangnya terkenal dengan pelbagai bentuk dan acara, permainan, makanan, pemakaian serta nilai ketimuran yang tinggi. Ini merupakan warisan budaya yang menjadi kebanggaan setiap rakyat Kelantan. Suasana hidup aman damai antara pelbagai budaya dan anutan menjadi satu lagi ‘trade mark’ keistimewaan sistem hidup yang menitikberatkan persefahaman dan kemakmuran setempat. Siapa sangka tokong penganut agama buddha antara yang terbesar di Malaysia ada di Kelantan!
Unsur kedua adalah budaya berniaga rakyat Kelantan. Dengan prasarana dan kedudukan geografi Kelantan yang dikira agak ‘disadvantage’ atau tidak memberi kelebihan, serta pemikiran politik rakyat Kelantan yang majoritinya tidak mengikut main stream, mengharuskan Kelantan menjadi negeri paling mundur di Malaysia. Namun dengan semangat waja dan kekuatan yang tidak bergantung kepada percatuan politik murahan, rakyat Kelantan berbangga dengan munculnya pelbagai gedung terkemuka, kewujudan kompeks kompleks membeli belah dan hakikat bahawa Kelantan sebagai destinasi tumpuan kedatangan pelancong yang tidak putus putus. Pelancong tidak perlu menyeberangi ke selatan Thai yang masih bergelumang dengan konflik dan pertikaian.
Mungkin ramai yang terkejut dengan ucapan Pak Lah semasa merasmikan Perkampungan Hadhari, yang antara lainnya berbangga denga budaya berniaga rakyat Kelantan khususnya kaum wanita. Ini mengurangkan pengangguran dan masalah yang berkaitan dengannya. Ini bermakna formula berniaga rakyat Kelantan membantu meringankan beban Kerajaan untuk menghadapi suasana ekonomi negara yang tidak pernah stabil selepas kegawatan yang menimpa negara 10 tahun lepas. Adakah ini bermakna Kerajaan yang mentadbir Malaysia masih gagal mencari formula untuk mengukuhkan kewangan dan meletakkan Malaysia sekurang kurangnya ke kedudukan yang sama dengan zaman sebelum gawat? Sama samalah kita fikirkan.
Yang ketiga dan paling utama saya kira adalah kekuatan pengaruh agama Islam, sistem pengajian pondok dan pelbagai lagi suasana yang menyuburkan budaya ilmu. Ini menyemarakkan lagi gelaran Serambi Mekah yang menjadi identiti Kelantan sejak dari dahulu. Suasana ini berjaya dipupuk, di tengah tengah kebanjiran program dan agenda merosakkan muda mudi negera khususnya anak anak melayu yang seakan bangga dan hanyut dengan trend dan cara hidup barat yang jelas tiada nilai dan melampaui norma norma kehidupan yang sepatutnya.
Sekiranya kita ingin melihat budaya ilmu ini untuk terus mekar dan sebati dengan jiwa rakyat, pemimpin di setiap peringkat haruslah memainkan peranan mengisi minda muda mudi yang vakum dari unsur ketaatan kepada Pencipta itu dengan pelbagai program dan aktivti yang menaikkan martabat mereka sesuai dengan keindahan Islam yang dengan suasana yang ada pada hari ini, mungkin sekadar menjadi sebutan, adat dan warisan yang dituruti, bukan lagi agama yang menjadi pakaian dan makanan kebanggaan mereka.
sye sokong aper yg di katakan cOz kg sye kat kelantan
Syabas kepada semua diawal abad ke 21 yang mempunyai aura tersendiri seperti abad yang lalu. Siapa sangka presiden U.S.A akhirnya dimiliki olih cicit ” SIR KUNTA KINTE”.Siapa yang pernah menonton siri tersebut hingga habis berbelas tahun yang lepas di T.V Malaysia tentunya tidak percaya dengan apa yang berlaku bagi kuasa besar dunia.Inilah sejarah masa lalu setelah didokumentasikan dan menjadi thesis dan rujukan generasi ia tidak jadi secara kebetulan.
Setelah “bendera UNION JACK ” diturunkan melalui acara yang paling grand distadium sejarah 50 tahun dulu,kini sejarah politik Malaysia kembali mewarnai dan termasuk saya sibuklah seperti orang lain ingin turut serta melakar sejarah dan paling tidak kita cakap pada anak-cucu kita “aku ada masa itu”.
Persoalan nya kini ada aura yang kuat pada setiap rakyat Malaysia setelah 8 Mac 2008 berlalu.Setiap kerja mesti ada matalamatnya,maka dikira pada dinihari saya ternampak sebuah bendera yang bakal diturunkan tak berapa lama lagi.
Jika terjadi adakah kita akan merayakan bendera yang bakal diturunkan semeriah semangat turunnya union jack dan masa itu seluruh kaum, anak kecil, tua muda beramai-ramai kestadium Bukit Jalil sambil siaran secara langsung dan pelbagai forum kalangan pakar politik bersiran 24 jam….inilah sejarah bagaimana ia terjadi yang skripnya diadaptasi olih pemimpin yang berkeliber kerana pelakonnya adalah artis yang semulajadi digarapkan melalui pentas dunia…ada royalti ke…sebagai pelakon hero berapa upahnya dan pak pacak adake dapat apa..selain asap dan air warna…waulahualam…