PRU umum kali ini dirasakan begitu berbeza dari beberapa yang lepas. Pelbagai isu nasional mengisi ruang media yang dilihat menampakan kepada umum akan kekalutan Barisan Nasional di dalam menanganinya. Terdapat juga isu isu yang berbentuk keagamaan dan perkauman yang cuba dihidupkan untuk memberi sedikit suasana ketegangan kepada masyarakat. Selain cuba memastikan kerajaan yang sedia idea mendapat mileage daripada faktor kestabilan yang diwar warkan hanya dapat dicapai dengan pembentukan kerajaan Barisan Nasional, ia juga adalah hasil kenyataan dan reaksi sesetengah pihak yang ingin mendapat mileage politik individu.
Antara pihak yang banyak dilihat membuat percaturan dan kenyataan yang keras dan pedas, namun akhirnya memakan tuan tidak lain adalah menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin. Sebagai orang baru dalam politik UMNO yang menumpang tuah menjadi menantu Perdana Menteri untuk melompat ke atas, Khairy dilihat begitu beriya iya dalam memastikan strateginya mengena.
Namun, kerakusan itu nyata tidak disenangi oleh banyak pihak dan banyak merosakkan imej UMNO /Barisan Nasional sendiri. Kenyataan seperti menyelar peserta demonstrasi sebagai beruk jalanan, bloggers sebagai monyet serta beberapa kenyataan lain tentunya menyerlahkan imej dan tahap keperibadian sebenar beliau. Walaupun lulusan Universiti Oxford, beliau mungkin setaraf mentalitinya dengan Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Mohd Taib yang menggelar bloggers pondan. Malah mungkin lebih teruk lagi.
Membandingkan pakatan parti parti Barisan Alternatif dengan proses kahwin cerai, perkahwinan Mutaah, kahwin sehari dan kahwin cerai bermusim menyerlahkan kedangkalan ilmu agama beliau. Manakala kenyataan bahawa hasrat Barisan Alternatif untuk membuat kejutan dalam PRU ke 12 ini sebagai mimpi di siang hari membuktikan betapa angkuhnya anak muda ini.
Bagi menunjukkan kekuasaannya melebih Ketuanya, Hishamudin, beliau pula yang membuat kenyataan bagi pihak Majlis Tertinggi UMNO, mengumumkan Hishamudin sebagai penyelaras jentera UMNO untuk Permatang Pauh. Masuk akalkah semua ini?
Selain itu beliau hanya melihat parti politik lain dari aspek yang cukup negatif, sekadar pandai mengkritik, berjanji kosong dan tidak pernah cuba membantu menyelesaikan masalah rakyat seperti isu kenaikan minyak, kenaikan harga barang dan kos pendidikan. Walhal bila diajak berbincang antara pimpinan Pemuda Altenatif dan UMNO untuk kepentingan rakyat khususnya muda mudi, mereka hanya reti menolak.
Samada beliau buta tuli atau terlepas pandang bahawa ramai dari kalangan pendokong parti parti Alternatif yang berdemonstrasi untuk menurunkan harga minyak dan pelbagai lagi, beliau tetap mempunyai saham di atas penginayaan kepada peserta demonstrasi kerana beliau sendiri pernah dalam ucapannya menjadi seakan ‘Ketua Polis Negara’ mengarahkan tangkapan dibuat ke atas mereka.
Terakhir, dalam impiannya menawan Kelantan, beliau menyebut bahawa sepanjang 18 tahun memerintah, kerajaan PAS Kelantan tidak membawa apa apa perubahan, sekadar menabur janji kosong, melakukan rasuah dan mencuri balak.
Tidak cukupkah semua itu untuk kita semua mengadilinya? Tiadakah mahkamah rakyat yang adil lagi saksama untuk membuat penghakiman ke atas beliau? Sekiranya tiada, jadikan PRU ke 12 ini medannya!
tepat sama sekali. kami semua pun berpandangan begitu. jangan pilih orang yang sombong, ego, bongkak dan kurang ajar! Bolehkah orang begini nak jadi pemimpin. pandang orang di bawah begitu hina sekali. Islam Hadhari pun tak ajar begitu…..
Sebenarnya hamba Allah ini baru ajer timbul…jangan bimbanglah dengan cepat dia akan turun sendiri…tak yah lobi kat hamba allah ini…tak ada harapan menang…seronok tengok gelagatdia aja…kadang kadang rasa malu diri sendiri…sian kat abg hisyam kita ..kalah angin
hai….kalau orang yang macam itu jadi pemimpin,hancur la….lantang bersuara tapi tak bertempat..memimpin ikut sedap hati saja dan tak berlandaskan jalan yang betul…sakit tu..
khairy angkuh kepada pak mertua nya..biasa la dah bapak mertua dia PM tentu dia buleh kontrol segala-galanya, anak muda pastu anak menantu PM plak tak de orang berani sanggah…semua pemimin penakut….
besar kepala la khary, so cara nak jatuhnya dia, jolok bagi Paklah turun secara automatik Khairy turun, tak kemana pun khary kalau bukan dengan sokongan paklah…
BN kalah teruk, rasanya tercatit dalam sejarah negara dan juga keluarga Pak Lah bahawa KJ itu adalah seorang perosak.
Apa pun, Pak Lah telah mendapat teguran dari Allah betapa jangan mempermainkan Islam yang suci. Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah itu mengelirukan dan Pak Lah sebagai Imam Hadhari telah menunjukkan akhlak yang sangat tidak boleh dimaafkan sebagai seorang Imam!
Iman tidak boleh diwarisi. Begitulah yang berlaku di keturunan Badawi. Datuknya warak dan bertaraf wali, tapi Pak Lah buat jalan Hadhari. Sekarang bukan orang Islam aja yang membenci, orang kafir juga dah jaki!
apa yang boleh kita buat sekarang?
1… biar Anwar jadi pemimpin ? sejauh mana keyakinan kita bahawa Anwar bukan ejen Yahudi dan Nasrani?
2. bagaimana dengan Yayasan Masa Depan yang dikendalikan oleh beliau?
3. Kenapa Ezam keluar dan membawa diri ke luar negara?
soalan soalan yang perlu ditanya dan difikir kita semua….sebelum kita meneruskan langkah mara ke hadapan.
takut ada di sebalik yang tidak jelas namun kita tidak endah….demi utk kelangsungan Islam sebagai agama sejati kita semua….
maaf jika salah tulis !