Mungkinkah bakal tercatat satu sejarah baru di Kelantan selepas 8 Mac nanti apabila selesainya pengiraan undi untuk PRU ke 12? Rata rata pihak media yang berada di Kelantan tidak merasakan begitu, yakni Kerajaan PAS Kelantan pimpinan YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat akan terus tertegak, bahkan lebih kuat lagi.
Namun , mengikut sumber yang rapat dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman, beliau begitu yakin yang Barisan Nasional akan menang dengan kelebihan 4-6 kerusi. Sesuatu yang di luar dugaan, namun tidaklah sepelik mana, seorang pengadil dari awal lagi meramalkan sesebuah pasukan bakal menang. Sudah tentulah ianya menyalahi etika perlawanan, atau setidak tidaknya pun melukakan hati pihak lawan yang satu lagi. Beliau dikatakan sanggup bertaruh 100,000 ringgit untuk menegaskan lagi bahawa ianya bukanlah cakap cakap kosong.
Antara strategi yang bakal digunakan ialah anggota tentera yang dapat mengundi sebagai orang awam. Dengan menggunakan jumlah yang banyak sehingga puluhan ribu orang, ianya dapat menjadi penentu sesebuah kerajaan. Dengan 4 negeri utama di utara dan pantai timur dilihat berpotensi untuk pergi kepada Barisan Nasional mahupun Barisan Alternatif, sudah tentulah perancangan ini begitu rapi dan begitu tersusun sekali.
Antara kaedah yang bakal digunapakai adalah pengeluaran lesen memandu yang membolehkan pengundi upahan itu mengundi bagi pihak orang lain. Penggunaan kad pengenalan dilihat lebih berisiko dengan wujudnya pembaca kad ( card reader) yang boleh dibeli sekarang dengan harga 200 ringit seunit.
Bagi Kelantan, senario selepas 8 Mac seharusnya dengan tiada banyak bezanya dengan apa yang telah dilalui 18 tahun yang lepas Pun begitu, senario yang sepatutnya mustahil pun mungkin wujud, yang digambarkan oleh tajuk akhbar adalah, ‘Pengerusi SPR menghilangkan diri’, ‘Khairy ucap tahniah pada jentera pilihanraya Barisan Nasional Kelantan’, Annuar Musa diumumkan Menteri Kabinet’ dan ‘ECER akan menarik perhatian pelbagai pelabur asing. Manakala senario yang spatutnya berlaku digambarkan seperti berikut: ‘Awang Adek sedia berundur dari politik’, Annuar Musa silap langkah- tegas PM’, ‘PAS sogok syurga untuk menang sekali lagi- menantu’. Dan pelbagai lagi.
Walau apa pun, petugas petugas Barisan Alternatif perlulah berhati hati dengan segala helah dan tipu daya yang menanti. walaupun mereka tidak meredhai penipuan yang berlaku, walau berbakul sumpah seranah yang dihadapkan kepada pihak yang merancang penipuan itu, perancang itu wujud dan bakal membawa malapetaka kepada rakyat dan negara sekiranya tidak berjaya dipatahkan.
BN nampak bersungguh sungguh nak beri gula-gula kepada rayat kelantan, tapi apakah yang di janjikan sebelum ini telah di laksanakan?? UMK telah di lancarkan berkali-kali oleh pimpinan UMNO, dan setiap kali pilihanraya UMNO akan berjanji yang sama…apakah setiap 4 tahun sekali umno akan janji yang sama.
wujudkan dulu UMK, tapak kampus dah di berikan apa lagi yang UMNO mahu.?
lapangan terbang yang di janjikan, dulu masa 2004 telah di janjikan, tapi mana lapangan terbang? tanah di beli tapi apakah landasan ini akan di panjangkan bila UMNO memerintah. kalau UMNO betul-betul Iklas membantu rakyat kelantan. tunaikan dulu janji 2004.
sedarlah wahai pimpinan UMNO, jangan sekadar berjanji kalau tak mampu tunaikan nya
jambatan sultan ismail ke 2
mana jambatan itu, PM telah merasmikan jambatan itu tapi pembinanaan lansung tak menampakkan hasil lagi, apakah UMNO nak salah kerajaan PAS yang tak beri kerjasama.satu alasan yang lansung tak masuk akal.
atau apakah pengumuman jambatan hanya sekadar gimik untuk tarik minat pengundi, projek ratusan juta dah diluluskan tapi sehingga ke hari ini lansung tak menampak hasil.
ataupun UMNO menggunakan kos bagi buat jambatan untuk kepentingan kroni, maklum lah REDLAND yang dapat kontrak buat jambatan itu kan adik kepada seorang wakil rakyat UMNO. kot-kot la duit tu di guna untuk pancing undi…..
ACER tu apo? langsung tak tau apo-apo, pelancaran bagai nak rak, tapi mana hasil nya…..tak payah nak lancar besar-besar buat dulu yang projek yang kecil yang dah 50tahun UMNO janji kpd rakyat