Seorang Perdana Menteri yang dilantik menjadi Pengerusi OIC bakal meyerahkan tugasnya tidak lama lagi. Namun di dalam kesibukan PRU ke 12, beliau terlupa langsung akan tanggungjawabnya itu yag bakal dipersoalkan di kemudian hari. Rakyat Palestin berkeseorangan menghadapi pembunuhan demi pembunuhan, penginayaan demi penginayaan, namun seakan Pengerusi OIC tidak menyedarinya. Ataupun tidak dimaklumkan akan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Paletin dalam masa terdekat ini.
Pada masa yang sama, beliau begitu ghairah ingin mengambil Kelantan dari PAS, pimpinan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ghairah dan nafsunya itu tidak dapat disembunyikan. Dengan penuh keyakinan beliau menyebut bahawa BN akan menguasai semua negeri negeri di Malaysia. Beliau bertungkus lumus untuk itu. Saban hari datang ke Kelantan, samada diumumkan mahupun datang secara senyap.
Beliau yang bercita cita untuk merampas Kelantan sejak PRU ke 11 tentunya menyusun strategi ke arah itu. Dengan sejengkal demi sejengkal tanahair tergadai, beliau sudah tentu tidak dapat membuat justifikasi yang jelas sebab untuk menawan Kelatan. Yang ada mungkin daripada minat untuk mengaut hasil mahsyul negeri. Samada minat itu datang daripada beliau sendiri mahupun individu yang saban hari kerjanya mengepam duit ke dalam akaun akaun di Singapura dan negara luar yang lain, beliau perlu mengakui bahawa tindakan beliau itu hanya mendatangkan kerosakan kepada masa depan negara.
Program kebajikan yang dilaksanakan di Kelantan jauh melebihi semangat dan contoh yang sama, yang ada pada Kerajaan Persekutuan. Program kebajikan yang manfaatnya melangkaui batasan politik, kaum dan pelbagai lagi fahaman dan pecahan yang sempit, berjaya meletakkan negeri Kelantan pimpinan To Guru jauh di hadapan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kekangan.
Bila segala keruntuhan dan kerosakan yang dibawa oleh BN/UMNO ke Kelantan berjaya disekat oleh kepimpianan PAS Kelantan, sangat pelik sekali bila strategi merawat pula yang diambil. Rakyat Kelantan dengan ciri ciri dan sifat yang unik, yang sesetengahnya hanya difahami oleh rakyat Kelantan sendiri, secara tiba tiba ditawarkan untuk dirawat oleh orang luar! Begitu mengharukan!
Haru biru yang ada pada sebuah parti politik yang hanya bercita cita mengaut keuntungan dan membina kekuatan kroni, cuba dijangkitkan kumannya kepada rakyat marhain yang sudah biasa dengan kehidupan sederhana dan keamanan di bawah kepimpinan ulama. Bukan setakat melayu yang merasainya, bahkan penduduk negeri secara keseluruhannya baik melayu atau bangsa lain, baik orang PAS mahupun penganut fahaman politik yang lain.
Maka, untuk apa Pak Lah dengan Islam Hadhari yang baru dicipta itu bercita cita untuk mengurus masyarakat pelbagai kaum. Hanya Islam sebenar yang mampu merealisasinya dan ini dibuktikan oleh keupayaan To Guru memimpin negeri Kelantan untuk 18 tahun yang lepas. Bila Pak Lah yakin untuk menawan semua negeri termasuk Kelantan, persoalan yang paling besar adalah, sejauh mana Pak Lah dan Kerajaan BN bersih dalam tindakannya? Sekiranya Pak Lah sebetul pemimpin Islam beliau tidak akan begitu angkuh dalam kenyataannya. Kita semua pasti, Pak Lah hanya menyuarakan satu kenyataan yang dibuat untuknya, bukan dari pemimpin Islam Hadhari mahupun Pengerusi OIC!
betul!
cakap besar and angkuh sangat tu lah…buat malu aje bodolah n the geng..yg di kejar x dapat yg di kendong berciciran….rasanya baik bodolah musahabah diri dan rawat diri sendiri yg sedang walang,sebelum ni beriya2 sangat nak rawat kelate…nah ambik ko…rakyatpun dah tak suka kat bn dan amnu……pigi tidurlah bodolah……