Keputusan PRU ke 12 masih menjadi ingaun ngeri banyak pihak terutamanya yang kecundang. Dengan undi popupar BN yang kurang daripada 50% di Semenanjung Malaysia, ianya cukup jelas menggambarkan penolakan rakyat. Di dalam keadaan media yang begitu sekali memanipulasi dan membenam kebaikan parti komponen BA, nyata sekali rakyat kalis dengan serangan sedemikian.
Dengan berbekalkan rasa meluat dan sakit hati akibat maruah diri yang tercabar, kemarahan yang tidak dapat ditahan dijelmakan dalam bentuk undi protes, samada dengan memberi undi kepada BA mahupun tidak keluar mengundi. Itulah kuasa rakyat yang telah dibangkitkan. Tiada yang dapat menafikan hakikat ini. Namun ada jua pihak yang songsang pemikiran mereka. Terus cuba bersilap mata dan mengenepikan fakta.
Lantas rakyat ditakutkan dengan isu perkauman sempit, dengan ugutan dan ketidakstabilan ekonomi. Seolah olah peperangan di dalam PRU dihadapkan pula kepada rakyat. Betapa ianya merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruah sesetengah pihak. Tanpa dipinta, Ketua Polis Negara menyebut bahawa keamanan negara terkawal.
Kegoyahan Kerajaan BN yang bakal dibentuk begitu terserlah. Dato Seri Shahidan Kasim menawarkan formula merawat BN. Pimpinan BN dikerah menyatakan sokongan padu dan taat setia kepada Pak Lah dan Najib. Presiden MCA menyatakan hasrat untuk menolak jawatan Menteri demi memulihkan partinya yang sudah hilang pengaruh di kalangan masyarakat cina.
Apa jua yang berlaku, kepimpinan BN haruslah menerima kekalahan ini. Di dalam dunia langit terbuka hari ini, tiada yang lebih bernilai di sisi rakyat melainkan hak mereka dikembalikan dan mereka tidak sekali kali sanggup diperbodohkan oleh pihak yang angkuh dan berlagak pandai. Jangan mencabar hak rakyat!
Walaupun kalah, masih cakap besar, bang. Tengok Hishamuddin kata apa? Akan aku pantau kerja kamu!
Anuar Musa kata apa? Oh itu salah strateji bawa balik anak-anak perantauan mengundi. Nadanya macam budak yang tak lulus exam aje.
Apa jadi Idris Jusuh? Pemangku sultan trengganu masih main guli di belakang istana. Maklum budak-budak lagi. Lagi pun di takut dan tak hendak jumpa orang ada misai. Dia lebih suka putri UMNO, sebab mukanya manis macam ibunya yang sedang jadi pemaisuri angong di K.Lumpur.
Apa jadi Selangor? Perak? Tajol menangis, khir toyo cakap macam hishamudin juga.
Apa jadi Pulaun Pinang. PAS boleh sokong, harap-harap dia boleh ajdi exco agama.
Perlis? Johor? Katanya PM masih tak mahukan mereka. Sebab dia oranglah satu faktor yang menjadikan BN k.O.