Sekali lagi PRU ke 12 mencatatkan satu sejarah. Hari ini genaplah separuh purnama Terengganu tidak berMenteri Besar. Setelah beberapa senario yang tidak disangka sangka hasil keputusan PRU 12 yang rakyat telah menunjukkan kuasa mereka, silih berganti pula peristiwa peristiwa yang jelas menunjukkan ahli politik lemas dan terkial kial dengan pelbagai usaha demi mendapatkan kuasa. Malah cukup memeningkan bagi sesetengah pihak, sebagaimana yang berlaku di dalam perlantikan Menteri Besar Selangor,Perlis dan Perak.
Di kala ini negeri Terengganu Darul Iman menyaksikan satu usaha untuk mengekalkan kuasa mereka yang sepatutnya sudah lama ditolak oleh rakyat. Bahkan sebenarnya sudah pun ditolak oleh rakyat. PRU 12 merupakan satu proses memilih pemimpin oleh rakyat sebagai pengundi berdaftar dan keluar mengundi. Mood rakyat pula merupakan bentuk ‘undian’ yang dikira menunjukkan apa yang terbuku di hati mereka.
Namun disebabkan ianya merupakan sesuatu yang tidak boleh diukur, maka kertas undilah yang menjadi penentu jatuh bangun sebuah kerajaan. Manakala perlantikan Menteri Besar dan exco exco pula merupakan satu proses untuk meyakinkan rakyat akan tepatnya pilihan mereka itu. Walaupun secara jujurnya kebanyakan rakyat tidaklah begitu berkira siapa yang akan menjadi Menteri Besar tatkala kertas undi dipangkah oleh mereka.
Namun perkiraan siapakah yang menjawat jawatan Menteri Besar sudah tentunya sesuatu yang agak besar pada pandangan Al Sultan yang merupakan Ketua agama bagi sesebuah negeri. Undang undang yang diterima pakai memberi hak kepada Al Sultan untuk memperkenankan calon Menteri Besar yang dicadangkan oleh sesebuah parti.
Tindakan mempersendakan dan menolak hak al Sultan ini memberi imej dan implikasi yang cukup negatif kepada kedaulatan undang undang dan konsep Raja berperlembagaan yang diterima pakai.
Hari ini sangat jelas siapakah sebenarnya yang menjaga agama dan ketuanan Melayu. Mereka yang tidak gila pangkat dan keracunan kuasa akan berfikir dan tidak akan bertindak secara membuta tuli. Namun mereka yang hilang arah,tamak dan ego akan menunjukkan sikap sebenar mereka. Biarlah rakyat yang membuat perhitungan!
apapun dalam negara ini peranan raja sangat pentibng
huhhh…nasib baik ada RAJA…..masih lehh pertahan kan bangsa melayu.
Bersatu lah Bangsaku!