Selepas hampir empat minggu PRU ke 12 berlalu, semakin banyak perkembangan menarik politik tanah air dapat diperhatikan. Ini tidak lain akibat terungkainya satu simpulan yang mencekik sistem demokrasi negara akibat dominasi dan keangkuhan pihak yang telah sekian lama bertakhta di singgahsana demokrasi negara. Panik, terkejut dan hampir tidak masuk akal mungkin antara perasaan dan tingkah laku pihak yang tidak bersedia dan berupaya menerima hakikat itu. Hakikat bahawa rakyat telah berjaya membuktikan mereka masa lagi berkuasa.
Tanggapan bahawa Raja raja melayu hanya sekadar meng’endorse’ cadangan dan keputusan kerajaan yang hampir dianggap ‘untouchable’ itu nyata merupakan satu karut marut politik dan silap langkah yang memakan tuan. Tekanan dan kekangan kepada minda dan diri yang telah sekian lama mencari ruang untuk ‘amok’ telah menghasilkan satu demi satu ‘tindakan gila’ di luar kawalan seorang pemimpin dan beberapa penasihatnya.
Meniti hari hari tanpa kelibat First Lady sudah tentu menambah keperitan. Siapa lagi yang tinggal? Iman Ghazali dan As- Shafie sudah terlalu jauh meninggalkan. Yang ada hanyalah mungkin “Kera Jadian”. Yang tinggal cuma tidur yang mengasyikkan. Itu pun semakin hilang nikmatnya. Fikiran mengasak akal yang semakin sempit. Debaran meruntun jiwa yang semakin terhimpit.
Yang pasti dua tokoh utama yang dilahirkan dan membesar di dalam UMNO sedang berkira kira. Sedang merancang dan menyusun langkah. Kepimpinan UMNO sekali lagi berpecah. Tali penyelamatnya bukan mudah dicari. Rakyat dan pengikut tekun memerhati. Bahkan kepimpinan komponen Pakatan Rakyat ada juga yang sekadar mengambil sikap tunggu dan lihat. Mungkin penat PRU ke 12 belum hilang. Mungkin rasa kesyukuran yang ingin dipanjatkan masa belum mencukupi.
Ku Li begitu bersedia kali ini. Anwar pula semakin melihat cahaya selepas kareer politiknya dimalapkan dengan sebegitu rupa oleh bekas Ketuanya. Matanya yang lebam dahulu menjadi saksi keperitan yang telah dilalui. Hanya detik dan hari menentukan pilihanraya kecil yang akan diadakan bakal melonjakkan kembali sokongan dan kehebatannya. Hampir tiada jalan dilihat mampu menyekat kebangkitan itu.
Antara Ku Li dan Anwar, siapa yang cepat? Siapa yang lebih hebat di pandangan rakyat dan yang lebih utama, di kalangan ahli ahli parlimen BN? Mungkin wang dan pangkat yang dirasakan mampu menjadi modal. Tetapi politik tetap politik. Kepimpinan dan kehebatan perundingan menjadi faktor utama satu lagi coretan sejarah yang bakal dilakarkan. Teori RAHMAN mungkin sudah tidak relevan. Teori apa pula bakal membawa sejuta kebaikan kepada rakyat Malaysia? Sama sama kita ikuti.
saudara, ejaan nama kena teliti betul-betul yer.Nanti org ingat, anuar yang saudara maksudkan tu annuar musa pulak, naya sajer..
ejaan yang sepatutnya anwar, saudara.
Teori Rahman, adalah teori yang tidak dapat dibetulkan hipotesisnya. Atau teori yang tiada hipotesis. Sebelum hipotesis boleh dibuat mesti ada pembolehubah dahulu. Untuk membuktikan teori Rahman betul apa pebolehubah yang ada, apa hipotesis yang dapat dibuat. Kalau tidak teori itu sebenarnya benda kebetulan sahaja. Tiada nas al Quraan, tiada nas dari hadith, tiada juga kias atau ijmak ulamak untuk mengatakan teori Rahman adalah betul. Ia merupakan khayalan orang-orang tertentu yang mereka-reka sedap cerita untuk membodek orang berada yang kononnya akan menjadi wira bangsa.
Oleh itu tak perlu yakin dengan teori tak berhipoteisi itu. Sesiapa yang dipilih rakyat yang menjadikan ketentuan Allah betul dengan keadaan perlu diterima sebagai pemimpin negara. Orang UMNO jangan nak perasaan bahawa UMNO akan menjadi selama-lamanya. Umno sudah kena penyakit al Wahnu (cinta dunia dan takut mati), satu penyakit yang akan menamatkan hayat sesuatu kumpulann manusia.
Yang akan mengambil alihnya nanti ialah orang yang sanggup berjihad sambil tidak cinta dunia dan berani mati. mati dalam berjuang. Kumpulan yang ada elemen ini pasti akan berjaya.
Walaupun mungkin Teori RAHMAN tiada hipotesis dan tidak disebut dalam mana mana buku tetapi pada firasat saya… Abdollah akan meletak jawatan dalam masa terdekat. Najib pula akan menggantikan tempat beliau sebagai PM ( Maka Teori RAHMAN mungkin akan menjadi suatu teori yang tepat).
Anwar pula akan dijemput oleh najib untuk menanggotai UMNO dan seterusnya menjadi PM @ Pakatan Rakyat atau seumpama itu akan membentuk kerajaan…atau …. tinggal atau sahaja
Asmkm,
Ingatlah, bumi ini akan diwarisi oleh orang-orang yang soleh. Begitu firman AlLah s.w.t. Cari dan kenalilah mereka.
bANYAK SANGAN ILMU AGAMA KAU ORANG…
SEJARAH MEMANG ADA. IATU PARTI GERAKAN MASUK BN SETELAH MENANG DI NEGERI PULAU PINANG. – APAKAH SEJARAH BERULANG IAITU DAP MASUK BN?
SEJARAH TELAH ADA, PAS MEMBENTUK BN SETELAH PARTI PERIKATAN HAMPIR KALAH. – PAS AKHIRNYA KENA TENDANG KELUAR OLEH PAKATAN KU-LI DAN MAHATHIR.
SEJARAH TELAH ADA – PAS BERKUASA KERANA KU-LI MARAHKAN UMNO DAN MEMBENTUK SEMANGAT 46, TETAPI AKHIRNYA KU-LI BUBARKAN PATI 46 – INI SEMACAM MEMBAYAR DOSA PADA PAS
pernah PAS DALAM GABONGAN DAP-PAS TETAPI APABILA GILIRAN HADI AWANG JADI KETUA PEMBANGKANG – LIM KIT SIANG TAK MAHU HADI AWANG.
sekarang NGO NAKKAN UMNO PAS BERCANTUM – APAKAH PAS SEDIA KENA TIPUT.
sekarang PAS SANGGUP DENGAN PKR DAN DAP dengan gugurkan NEGARA ISLAM – bukankah ini dah jadi macam perangai UMNO?
Ulamak Besar Lagi Takabur
Nama sahaja dah menunjukkan peribadi yang huduh jadi tidak timbul persoalan ingin mengambil pusing berkenaan tulisannya.
Tapi berkenaan negara Islam ingin saya perjelaskan kepada pendokongnya. Setiap orang Islam hendaklah mempunyai iltizam inginkan negara Islam tanpa berbelah bagi. Persoalannya sekarang bagaimana ingin mengajak orang bukan Islam akan menerimanya sedangkan melayu Islam umno sendiri menolaknya?
Jawapannya mestilah dengan menonjolkan peribadi pemimpin Islam serta gaya mentadbir negara mengikut cara Islam. Jika kerana isu negara Islam orang bukan Islam tidak akan memberi undi bagaimana hendak menjadi pemimpin Islam yang boleh dijadikan contoh? Majoriti orang bukan Islam menolak negara islam kerana ditakutkan oleh mereka yang akan mendapat rugi apabila wujudnya negara islam seperti pengamal rasuah.
Wujudnya PAS oleh pejuang Islam terdahulu kerana ingin menegakkan sebuah negara Islam. Setelah lebih 50tahun perjuangan itu telah menampakkan hasilnya dengan keputusan PRU12 lepas di mana ramai orang bukan Islam menyokong PAS. Oleh itu pemimpin muda sediaada janganlah merosakkan permuafakatan yang telah terjalin dengan isu negara islam. Jangan letakkan tarikh bila perlu dilaksana hakikatnya itulah perjuangan kita. Semoga Allah akan kabulkan cita2 PAS hendaknya.
Jika negeri Perak berjaya ditadbir dengan baik ini akan menjadi model kerana ia dipimpin oleh PAS walaupun ia minoriti dalam Pakatan kerana seperti PRU lepas walau menang semua kerusi parlimen yang ditandingi PAS akan hanya ada 60kerusi sahaja.