Berikut merupakan surat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi :
YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Nik Abdul Aziz Nak Mat
Mursyidul Am PAS
Umum mengetahui pergolakan politik di dalam BN khususnya di dalam UMNO telah didalangi oleh beberapa individu di dalam dan di luar parti yang mengkucar-kacirkan keadaan akibat percaturan politik mereka. Maka persoalan asas yang dibawa adalah kredibiliti dan kepimpinan yang ada pada Presiden mereka. Sekuat mana sesebuah pentadbiran dan organisasi, bila ditadbir oleh seorang yang lemah maka akan tetap menjejaskan keutuhannya. Peluang akan dicari untuk memastikan pemimpin sebegini diturunkan samada desakan daripada dalam mahupun luar. Yang diusahakan adalah mewujudkan konflik. Sehinggakan krisis kepimpinan itu tidak dapat lagi ditampung dengan apa cara sekalipun.
Berundur atau konflik itu berterusan hingga meranapkan seterusnya dicaci dan dinista oleh pengikutnya. Itulah pilihan Pak Lah. UMNO hanyalah sebuah rumah kaca yang tidak kukuh sekarang ini. Bukannya rumah kristal yang dicanai dengan sesempurna mungkin untuk memberikan kekuatan padanya. Kekalutan yang ada tidak memungkinkan mereka melancar serangan balas kepada Pakatan Rakyat walaupun ruang itu ada. Mereka hanya mampu bertahan.
Namun peluang tetap ada untuk mereka mengapi apikan permusuhan di antara komponen Pakatan Rakyat. Maka nasihat daripada Mursyidul Am itu hendaklah diperhatikan sebaik. Setiap parti komponen perlu berhati hati, mengutamakan perpaduan dan persamaan di dalam melaksanakan agenda. Mustahil tiada persefahaman dan ‘common ground’ yang boleh disepakati. Bila semua pihak saling memerlukan, maka perlulah saling menghormati. Yang penting akarnya berfungsi menyerap mineral untuk pohonnya membesar.
Kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat adalah signal sokongan rakyat yang cukup besar kepada mereka. Membandingkan kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki pada Julai 2007, di mana mereka juga sekadar memperolehi hampir 50 peratus undi, namun berjaya memperolehi 341 daripada 550 kerusi parlimen, maka Pakatan Rakyat perlu yakin akan kekuatan mereka.
Dan pendokong mereka khususnya daripada Parti PAS perlu memerhati bagaimana AKP bergerak di dalam sistem politik sekular di negara mereka sebagai sebuah parti yang tidak dilihat ideologikal sebagaimana di tempat lain. Bahkan kemenangannya banyak disokong oleh kejayaannya mentadbir dan menjadi parti tempatan yang melaksanakan tugasnya dengan baik.
Berbeza dengan Turki, parti AKP diserang dari dalam dan luar negara dengan imej Islamis yang cuba dikaitkan dengan mereka, manakala perubahan yang berlaku di negara kita antaranya adalah hasil kebencian rakyat kepada sekatan media dan sikap angkuh sesetengah pihak sehinggakan mengamalkan sikap bermusuh dengan media luar negara.
Haruslah difikirkan pendekatan terbaik untuk memastikan kebangkitan rakyat tadi disalurkan dengan tindakan bijak daripada kepimpinan Pakatan Rakyat bagi memastikan rakyat benar benar pasti dan selesa dengan usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan kerajaan lima negeri untuk menjaga hak dan kepentingan mereka, bukan setakat berusaha untuk menaikkan nama dan parti masing masing. Rakyat sedang memerhati.
Islam tidak membenarkan bercantum dengan bukan Islam, kerana boleh mendatangkan subahat. Dalam surah kafirun dijelaskan oleh Allah demikian.
Islam perlu membuktikan dia tidak mengikut orang lain, tidak terpengaruh dengan mazhab yang bukan-bukan, kerana boleh mendatangkan bidaah.
Orang akan hormat Islam bukan kerana Islam tunduk kepada kehendak nasara dan yahudi, tetapi Islam dihormati kerana ia memberi perlindungan dan harapan. Islam tegas dan berdiri dengan keangongan Allah.
Orang tidak hormat orang Islam, kalau orang Islam itu tidak ada pendirian dan mudah berubah. Siapakah yang boleh percaya kepada orang yang lembik? Bolehkah orang lembih dan mudah berubah-berubah menjadi pemimpin?
Kita boleh percayakah kepada orang yang lemah untuk membuat kerja melindungi diri kita? Jadi mengapa kita menjadi lemah kalau nak memimpin?
“Dalam meneruskan fasa perjuangan berupa pengisian di negeri-negeri 5+1, saya masih terasa akan perlunya kita untuk lebih berhati-hati.”
“Dalam keghairahan menerima kemenangan, kita perlu cermat di sini.”
“Buat diri saya sendiri, InsyaAllah; saya akan lebih berhati-hati untuk mendokong roh kesedaran ini.”
* Tiga frasa surat YAB Tok Guru Mursyidul Am kepada YB Dato Seri Presiden paling menarik perhatian saya
Dalam usrah halaqat Kota Bharu awal bulan baru2 ni naqib ust Yeh dan orang kanannya ust. Ja tak ada. Jadi analah jadi naqib bidan terjun. Terlanjur bercakap ana sebut isu DAP di Pulau Pinang 1) kita tidak sewajarnya mengeluarkan apa-apa kenyataan sebelum daripada pimpinan 2) kerjasama dengan matlamat membela rakyat dan melawan kezaliman sewajarnya dipertimbangkan 3) Jika mereka jelas isyatiharkan perang terhadap islam, maka ketika itu baru tiada kompromi
Lalu ada ust yang respon Umno kapir, DAP kapir! tiada beza, tiada kerjasama!
Lalu ana balas….Oklah kalau kita andaikan kedua-duanya kapir mana lebih kapirnya. DAP kapir tetapi jelas dan dijelaskan kekafurannya. Sedang Umno kafir tetapi menzahirkan keislamannya. Lalu di akhirat kelak di mana posisi2 mereka? Tok Guru sebut untuk islam kerjasama dengan syaitan pun boleh inikan pula seorang yang bukan islam mengeluarkan kenyataan “saya mau perintah macam Umar Abd Aziz”……
Pentingnya cermat dan berhati-hati
Salam Pencuit Minda dan Pencinta Kebenaran,
Maafkan saya untuk mengatakan bahawa perbandingan saudara antara PAS dan AKP di Turki tidak tepat. Parti-parti Islam di Turki adalah didokong oleh 70% rakyatnya yang masih berpegang teguh pada Islam. Mereka bermazhab Fiqh Hanafi. Mazhab akhlak mereka adalah kesufian.
Kekuatan mereka bukanlah berpaksi kepada kecekapan pentadbiran, walaupun pentadbiran mudah dikesan oleh pemerhati Barat. Paksi kekuatan mereka adalah kepada gerakan tasawuf atau kesufian yang mewarnai politik Turki dalam menghadapi kekuatan tentera yang berkuasa besar dalam perlembagaan negara mereka. Inilah yang sukar difahami oleh pemerhati politik Barat. Malangnya kita mengetahui perkembangan politik Turki melalui oarang Barat.
Kita didedahkan kepada kemeriahan orang-orang sekular. Kita disorokkan dari kerancakan gerakan Islam yang berorientasikan kesufian di sana. Biarpun parti-parti Islam diharamkan dengan pelbagai cara di sana, sentiasa saja parti-parti Islam baru yang timbul sejak dulu hingga sekarang. Gerakan kesufian ini lebih ideologikal dari PAS kita. Usrah kita masih belum stabil. Sedangkan mereka telah mencapai suatu tahap tradisi keilmuan yang ampuh.
Satu ketika dulu kita pernah didedahkan dengan seorang pejuang Islam, Said Nursi Badiuzzaman. Malangnya faktor bahasa Turki yang agak asing dari orang Melayu telah menghambat perkenalan Jamaah kita dengan gerakan Islam di sana. Keyakinan rakyat kepada tokoh-tokoh politik Islam di sana adalah atas keyakinan rakyat kepada kepimpinan ulamak sufi yang kuat pengaruhnya kepada tokoh-tokoh politik Turki. Jikapun tokoh-tokoh politik itu berpaling tadah, akan muncul tokoh-tokoh politik Islam yang lain. Ini adalah kerana, yang menjana kepimpinan gerakan Islam di sana adalah kepimpinan ulamak sufi, bukan parti politik Islam.
Salawat