Persidangan DUN pertama penggal ke 12 baru sahaja selesai di Kelantan. Dengan kemenangan yang begitu bermakna diperolehi pada pilihanraya umum yang baru lepas, tentunya pihak kerajaan dan penyokongnya merasakan satu kedudukan yang selesa.
Persoalan siapa yang bakal mengisi jawatan Speaker DUN akhirnya terjawab. Ucapan tahniah diberikan kepada Speaker dan Timbalannya atas perlantikan dan amanah yang diberi. Semestinya ia akan digalas dengan sesempurna mungkin. Walaupun secara bersahaja cuba disentuh oleh ADUN Kuala Balah berkenaan isu perlantikan itu, ianya bukanlah satu polemik yang besar.
Perkara yang lebih dasar adalah menunjangi perjuangan dan kepimpinan yang ada pada hari ini. Perjuangan PAS dengan segala dasar dan pendekatannya telah berubah mengikut kepimpinan dan alhamdulillah, tugas yang dipikul oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan berjaya mengekalkan bukan sahaja Kelantan, tetapi sebagaimana yang disebut, bukan hanya tempiasnya yang dieksport ke luar Kelantan dengan kemenangan 4 negeri lagi di bawah Pakatan Rakyat, bahkan teknologi dan cara pemerintahan yang cukup sederhana dan berhemah itu cuba menjadi ikutan ketua ketua kerajaan dan exco exco Pakatan Rakyat yang lain.
YAB Tuan Guru bukanlah yang memulakan perjuangan ini; beliau meneruskan satu usaha untuk menyempurnakan tugas kerasulan yang diamanahkan. Menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di mukabumi bukanlah semudah yang disangka. Pemimpin berdepan dengan pelbagai ujian samada secara langsung mahupun tidak langsung. Ujian dalaman berbentuk nafsu ammarah dan lawwamah yang mencengkan diri dihadapkan kepada seramai mungkin manusia tanpa mengira di mana dan apa kedudukan mereka.
Begitu jua ujian berbentuk luaran. Sejauh mana hubungan kekeluargaan dan persahabatan menjadi ujian kepada manusia, hanya tersingkap dengan tindakan dan natijah yang ternukil. Manusia yang dikurniakan perasaan, bukanlah seorang Rasul yang maksum. Sekuat mana manusia, segagah mana mereka, apabila menempuh pelbagai karenah dan tabiat manusia, akan lemas dalam kekuatan mereka sekiranya diasak dengan pelbagai gaya dan lengguk kata.
Benarlah lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Lidah yang tidak bertulang mampu untuk mengungkapkan apa saja. Namun jernih mata dan mata hati mereka tidak mampu menipu. KEcuali mereka buta hati. Persis ikan di kolam yang gerakannya mewujudkan getaran pada air, segala yang terucap itu bukanlah sekadar sesuatu yang terkeluar tetapi dimuntahkan hasil kesempurnaan sebuah perancangan dan kejelekan minda yang ilmunya sudah terhakis oleh maksiat dan dengki.
Enam ADUN pembangkang yang secara berseloroh digelar enam jahanam oleh ADUN Kuala Balah itu merupakan faktor ‘external’ yang ingin menjalankan ‘check and balance’ pada kerajaan negeri pimpinan YAB Tuan Guru. Itulah dari segi rohnya walaupun mereka mengenakan kacamata biru ( baca BN) untuk menilai sesuatu yang dipertontonkan oleh Kerajaan PAS. Dan mereka memberikan komitmen untuk mengatakan biru apa yang biru! Kita mengharapkan biru itu diasaskan atas nama perpaduan dan kedaulatan bangsa yang didasari oleh agama. Semoga ianya dapat direalisasikan dengan kerjasama yang baik dari semua pihak.
Pun begitu, ‘check and balance’ berbentuk internal perlulah diberi perhatian yang cukup serius oleh kepimpinan di semua peringkat tertutamanya peringkat Pusat. Tidak memadai dengan sekeping surat yang tidak bernilai. Tidak cukup dengan satu rumusan dan tindakan yang bersifat mencadang. Ia perlu kepada satu proses yang berterusan serta bersifat penegasan dan kata dua. Penegasan yang bertitik tolak daripada aspek adab dan disiplin dalam jamaah.
Atas sifat dan kesedaran bahawa ’tangan’ Allah bersama Jamaah, kita meyakini segala perancangan dan tipu muslihat yang dikambus mahupun sedikit terdedah, akan terus didedah samada di dunia, tatkala doa mereka yang teraniaya dimakbulkan secara ‘cash’ oleh ALlah yang mengampuni segala dosa, lagi keras hukumannya dan memiliki segala kurniaan, mahupun di akhirat kelak. Hari yang tidak berguna segala wang dan harta yang diguna untuk membeli apa jua, tidak berguna jua anak pinak yang ditatang sepenuh hati, melainkan mereka yang datang penuh rendah diri kepada ALlah dengan hati yang ’salim’
Manusia yang zalim dan tidak bertaubat atau berasa berdosa di atas kezaliman yang dilakukan, akan terus menyempurnakan kezaliman dan maksiat mereka.
umno sudah tak relevan di sidang DUN kelate…kami tolak UMNO 100%….untuk tok guru dan pemimpin kelate yang baru di lantik teruskan membangun bersama islam,
untuk kepimpinan kerajaan negeri kelantan, kami anak muda kelate akan terus menyokong kepimpinan mu dan terus mendokong perjuangan mu menegakkan islam di bumi malaysia ini…..