Sesuatu yang tidak menjadi kelaziman pastinya mengundang pelbagai reaksi dan respon. Begitulah juga bilamana PRU ke 12 menyaksikan satu kelainan dan kejutan yang mengheret segala macam peristiwa dan perkara luar biasa hingga ke hari ini.
Walaupun sekali imbas, ada juga yang dilihat sesuatu yang sudah boleh diduga mahupun dirancang. Bahkan, ada pula kelihatan seperti satu adegan semula [...]
Arkib bagi Bulan Jun 2008
PAS Cuba Kahwin Mutaah?
Dikirim dalam Fikrah pada Jun 28, 2008 | Leave a Comment »
Anwar Tidak Menghormati Demokrasi Berparlimen?
Dikirim dalam Uncategorized pada Jun 22, 2008 | Leave a Comment »
Kenyataan daripada pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim telah melangggar semangat Demokrasi Berparlimen kerana dikatakan cuba memancing MP Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat seharusnya dinilai dengan lebih teliti oleh beliau sebelum menyuarakan demikian.
Ini kerana usaha untuk memperbetulkan perjalanan demokrasi sendiri dipandang sebelah mata oleh pemimpinn BN. Dengan pelbagai [...]
Bubarkan Parlimen Untuk Pilihanraya Semula
Dikirim dalam Tanahair pada Jun 21, 2008 | Leave a Comment »
Pentadbiran BN di bawah Pak Lah berada di ambang kejatuhan. Dengan pendirian pimpinan SAPP sebagaimana yang diumumkan semalam selepas begitu lama berbincang, sudah pasti undi tidak percaya yang akan di bawa di dalam Parlimen pada minggu depan seakan pasti berlaku.
Kelemahan yang ada pada kepimpinan Pak Lah tidak mampu untuk bertindak tegas pada satu usaha yang [...]
Antara 100 Hari Dan Janji Manifesto
Dikirim dalam Tanahair pada Jun 19, 2008 | Leave a Comment »
8 Mac yang lepas merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh ramai daripada kita. Pilihanraya yang menyaksikan Pakatan Rakyat menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional buat kali pertama semenjak kemerdekaan membawa sejarah tersendiri. Buat satu Pakatan yang dikatakan masih rapuh, namun mempunyai banyak prinsip perjuangan yang dikongsi bersama, ianya cukup bermakna.
WAlaupun tidak mengeluarkan manifesto bersama, samada di peringkat negeri dan [...]
10 Peratus Yang Menghilangkan Boros?
Dikirim dalam Fikrah pada Jun 18, 2008 | Leave a Comment »
Pelbagai langkah dan pendekatan diambil untuk menangani kenaikan harga minyak. Antaranya mengurangkan 10 peratus elaun keraian untuk Menteri Menteri Kabinet. Ini disusuli dengan langkah yang sama di peringkat negeri, kecuali Pahang yang telah mengurangkan sehingga 30peratus daripada elaun ini.
Cukupkah? Pastinya tidak. Sepatutnya langkah lebih drastik diambil. Rakyat semakin terhimpit. Semakin ramai bilangan yang menjadi miskin [...]
100 Hari Kemenangan Pakatan Rakyat Disambut Meriah Di Dubai
Dikirim dalam Antarabangsa pada Jun 16, 2008 | Leave a Comment »
100 Hari Pertama: Lapuran Awal buat kami d Dubai! ( http://dperantauan.typepad.com/)
Sessi bersama pimpinan kanan Pakatan Rakyat d Dubai malam tadi melihatkan sambutan hebat d kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pertemuan kira-kira dua jam setengah juga menarik minat beberapa teman Bosnia dan Mesir. Dan mengasyikkan, sessi malam tadi turut d sertai rakyat Malaysia d Riyadh – [...]
Terhapuskah Dosa Dengan Kembalinya Royalti?
Dikirim dalam Tanahair pada Jun 15, 2008 | Leave a Comment »
Nampaknya hadiah pertama program ECER yang dapat disajikan oleh Kerajaan BN kepada rakyat Terengganu adalah dengan kembalinya royalti kepada kerajaan negeri Terengganu. Setelah ia dirampas dengan rakus sekali untuk mengisi perut segelintir penyangak, Pak Lah mendahului keputusan mahkamah yang masih belum berkesudahan sebelum ini, bilamana kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran PAS sebelum ini membawanya untuk [...]
Andai Bahan Bakar Itu Boleh Berkata Kata
Dikirim dalam Uncategorized pada Jun 15, 2008 | Leave a Comment »
Minyak atau dikenali juga sebagai emas hitam merupakan satu kurniaan yang cukup bermanfaat untuk manusia. Ianya mengambil masa beribu tahun untuk terhasil. Memikirkan tentang kejadiannya sudah cukup untuk membuktikan alam ini ada Tuannya.
Yang lebih menarik lagi, sejumlah besar daripada minyak yang ditemui dan dicarigali hari ini menjadi milik negara negara Islam dan umat Islam. Namun [...]
Pusat Didesak Daratkan Gas Di Kelantan
Dikirim dalam Uncategorized pada Jun 15, 2008 | Leave a Comment »
KOTA BHARU, 15 Jun (Hrkh) Kerajaan negeri didesak berunding dengan kerajaan pusat bagi memastikan hasil minyak dan gas yang terdapat di perairan Kelantan didaratkan di negeri ini.
Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, gas yang terdapat di perairan Kelantan sekarang telah didaratkan di Songkhla, Thailand.
Sedangkan hasil kekayaan gas boleh meringankan [...]
Kijang Care Jadikan Kanak-Kanak Mangsa Taufan Anak Angkat
Dikirim dalam Serantau pada Jun 15, 2008 | Leave a Comment »
KOTA BHARU : Kijang Care Organizations akan meneruskan bakti sebagai badan amal apabila sekali lagi akan menghantar sukarelawannya bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan mangsa taufan Nargis di Myanmar, awal bulan depan.
Ketua misi bantuan Kijang Care ke Myanmar, Dr Rosli Allani S. Abdul Kadir berkata, misi kali kedua ini akan memfokuskan kepada bantuan kekal seperi alatan membajak, sampan [...]