Pentadbiran BN di bawah Pak Lah berada di ambang kejatuhan. Dengan pendirian pimpinan SAPP sebagaimana yang diumumkan semalam selepas begitu lama berbincang, sudah pasti undi tidak percaya yang akan di bawa di dalam Parlimen pada minggu depan seakan pasti berlaku.
Kelemahan yang ada pada kepimpinan Pak Lah tidak mampu untuk bertindak tegas pada satu usaha yang sudah tentu menjejaskan kredibiliti beliau selaku Perdana Menteri. Malah ekonomi negara akan lebih lebih lagi terjejas akibat kelemahan pentadbiran dan undi tidak percaya ini. Pelabur tentunya akan berfikir banyak kali sebelum meneruskan misi pelaburan mereka.
Maka, pimpinan Pakatan Rakyat juga perlulah berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan Pak Lah seberapa segera yang mungkin untuk berbincang dan mencari jalan terbaik demi kepentingan negara. Jangan biarkan Pak Lah terus dibuai angin kepalsuan akibat nasihat yang tidak tepat dan tidak menggambarkan masalah sebenar yang beliau hadapi.
Jalan keluar yang mungkin paling tepat diadakan sekarang adalah mengadakan pilihanraya semula untuk memberi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk menyatakan sokongan mereka. Semoga Pak Lah tidak lena di saat beliau perlu melakukan satu tindakan yang memberi peluang untuk majoriti rakyat dan penyokong BN tidak lagi mencemuhnya sebagaimana yang berlaku sekarang.