Selepas bergelar Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, nampaknya begitu laju sekali gerakerja Ketua umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam menyusun strategi ke arah mengambil alih pentadbiran Putrajaya.
Walaupun dengan kesibukan menyambut bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan, usaha itu tidak berhenti, bahkan semakin rancak. Mungkin kesempatan di kala syaitan syaitan terbelenggu ini dikira terbaik dan perjuangan membebaskan rakyat Malaysia dari kekalutan makhluk yang hampir menjadi bangkai di saat ruhnya semakin direntap keluar itu menjadi prioriti serta jihad yang perlu didahulukan.
Di saat pemimpin parti komponen BN serba tidak kena, laksana sasau dalam melepaskan jin pemeliharaan, tentulah perkara berkenaan menjadi barisan pembangkang selepas 16 Septeber belum sempat mereka fikirkan.
Sebenarnya bukan negara yang bakal huru hara sekiranya Pakatan Rakyat berjaya bertapak di Putrajaya, tetapi Barisan Nasional yang akan menuju ke lubang kubur sebelum sempat ditalkinkan.
Dengan parti komponen Pakatan Rakyat semakin rancak memastikan segala persamaan dan persefahaman diterjemahan sebagai sumber kekuatan untuk mara ke hadapan, nafas Barisan Nasional ternyata semakin pendek.
Siapakah yang bakal menjadi Ketua Pembangkang? Kiranya semua kes dibuka, barangkali hampir semua ahli parlimen BN akan menghadapi tindakan undang undang di atas pelbagai kesalahan dan salah laku mereka.
Inilah sebenarnya yang tidak mampu difikirkan oleh mereka, bukannya huru hara selepas kehidupan rakyat semakin bersinar di kala ketelusan menggantikan ketirisan , pemimpin bermaruah menggantikan pemimpin rasuah dan meritokrasi menggantikan politik anak menantu serta bini.