Fokus 3 Pilihanraya kecil yang bakal berlangsung pastinya lebih banyak tertumpu kepada Parlimen Bukit Gantang. Ini kerana ianya dianggap referendum rakyat selepas permintaan untuk membubarkan DUN Perak ditolak oleh Al Sultan Perak.
Pastinya suara rakyat di Bukit Gantang dianggap sebagai satu signal dan respon rakyat kepada krisis yang berlaku di Perak. Walaupun masih terlalu awal untuk menentukan kemenangan, namun kelebihan sudah pastinya berpihak kepada Nizar. Dengan kelebihan kerusi yang disandang oleh PAS sebelum ini serta simpati rakyat kepada Nizar khususnya, dijangkakan majoriti yang bakal diperolehi oleh PAS akan bertambah. Melihat kepada kehadiran semasa hari penamaan calon sahaja sudah cukup untuk memberikan gambaran mood rakyat pada hari ini.
Kepetahan Nizar dan kepimpinannya sudah dibuktikan. Rakyat Perak tentunya berbangga untuk mempunyai Menteri Besar seperti beliau. walaupun banyak tohmahan yang dilemparkan dari dalam dan luar, namun ianya adalah sebahagian daripada asam garam politik. Nizar dikira agak baru di dalam politik, khususnya PAS, berbanding dengan ramai lagi tokoh tokoh PAS. Tiada siapa menyangka beliau akan menjadi Menteri Besar. Dengan cabaran sebesar itu, sudah pasti akan ada kesilapan dan tidak puas hati sesetengah pihak. Namun kecekalan dan kesungguhannya memberi banyak kesan positif bukan setakat kepada beliau, malahan PAS sendiri.
Kemenangan yang bakal terhasil pastinya membuka satu lagi lembaran baru buat Nizar khususnya dan negara amnya. Pastinya ia akan menjadi aset kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Dan semestinya aset kepada rakyat dan negara. Diharapkan pengundi Bukit Gantang akan dapat memilih calon yang benar benar ingin berkhidmat untuk mereka. jangan terkeliru dan terpengaruh dengan janji manis dan fitnah yang melata. Kuasa rakyat adalah memperbetulkan dan menolak pemimpin yang rasuah dan khianat, maka rakyat perlulah menggunakan kuasa ini untuk kebaikan mereka.
Ir Nizar bukan boneka DAP.Dia cuma boneka rakyat seluruh Perak dan Malaysia sekaligus.
Perkataan Melayu,Cina,India dll tidak patut dibicarakan demi kesejahteraan seluruh Malaysia.Cuma satu tafsiran yang patut diutamakan ,yakni Rakyat Malaysia!
Kalau Umno anak jantan kepada orang Melayu…biar Zambry lawan Ir Nizar..Biar rakyat yang pilih…Kalau atau menang tetap Zamry sudah dilantik Umno sebagai MB Perak..
Umno bukan Hang Tuah….tapi Hang Racist…Sekarang rakyat Malaysia dah tak main racistlah…Lupake Umno yang tambang dan perbelanjaan Allahyaham Tunku Abdul Rahman dan rombongan diderma oleh orang-orang Mleayu,Cina,Hindu dll semasa menuntut kemerdekaan Malaysia dari British?
Anak Kampung Melayu,Penang
Biar Ir Nizar ke Parlimen dan semua rakyat Malaysia yang waras akan berdoa agar suara kita didengar di Parlimen nanti…
Keadilan pasti menang!!!
Semoga boneka dap kalah.