Peningkatan Membimbangkan Jumlah Pesakit Diabetes Di Malaysia
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) — Jumlah pesakit diabetes atau kencing manis di negara ini mencatatkan peningkatan hampir 80 peratus kepada 1.4 juta penduduk dewasa berumur 30 tahun ke atas dalam tempoh 10 tahun dari 1996-2006.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata apa yang membimbangkan ialah hampir 36 peratus daripada mereka tidak didiagnosis, menyebabkan mereka mengalami komplikasi kemudiannya dan memerlukan rawatan lebih intensif yang menimbulkan bebanan kepada perkhidmatan kesihatan.
Dalam ruangan bulanan beliau dalam buletin berita Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), beliau berkata gaya hidup merupakan faktor utama mempengaruhi peningkatan jumlah pesakit diabetes di negara ini.
Beliau berkata perubahan gaya hidup seperti mengurangkan berat badan, pemakanan seimbang dan peningkatan aktiviti fizikal dapat membantu mengawal penyakit ini.
Dr Ismail berkata obesiti merupakan satu lagi trend di Malaysia, ekoran Kajian Kesihatan dan Morbiditi Negara pada 2006, menunjukkan jumlah mereka yang obes mencatatkan peningkatan hampir 200 peratus bagai tempoh 10 tahun dari 1996.
“Trend ini amat membimbangkan kerana obesiti kekal menjadi punca utama kepada penyakit diabetes, khususnya di kalangan penduduk negara ini,” katanya.
Beliau berkata kementerian baru-baru ini melancarkan garis panduan amalan klinikal bagi penyakit diabetes iaitu “Clinical Practice Guidelines: Management of Type 2 Diabetes Mellitus & Acute” bagi penyedia penjagaan kesihatan.
Katanya inisiatif Kementerian Kesihatan itu bertujuan meningkatkan pengurusan dan kawalan diabetes di kalangan pesakit termasuk memperkenalkan ujian glukos dalam darah (HbA1c) dan kad diabetes bagi pemantauan berterusan.
Inisiatif untuk pemeriksaan komplikasi diabetes termasuk menyediakan kit pemeriksaan albumin di hospital dan pusat kesihatan.
Dr Ismail berkata kerajaan memperuntukkan RM7 juta pada tahun lepas bagi pengurusan diabetes dan hypertensi di hospital yang digunakan untuk membeli ubat baru dan kit pemeriksaan.
====
Alarming Rise In Number Of Diabetics In Malaysia
KUALA LUMPUR, Jan 11 (Bernama) — The number of diabetics in the country has increased by almost 80 per cent in the last 10 years from 1996-2006 to 1.4 million adults above the age of 30.
Director-General of Health Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said what was alarming was that almost 36 per cent of them were undiagnosed, resulting in complications later on and would require more intensive medical care, putting great strain on the existing overstretched health services.
In his monthly column in the latest Malaysian Medical Association (MMA) newsletter, he said lifestyle related changes were the main factors influencing the increase of diabetes in the country.
He said lifestyle modifications like weight loss, changes in diet and increased physical activities would greatly help in controlling the disease.
Dr Ismail said obesity was another trend in Malaysia, since the National Health and Morbidity Survey in 2006, showed that the number of obese had also increased by almost 200 per cent over a 10 year period from 1996.
“This is a worrying trend, as obesity remains the foundation for the development of diabetes, particularly in our population,” he said.
He said the ministry had recently launched the “Clinical Practice Guidelines: Management of Type 2 Diabetes Mellitus & Acute” for health care providers.
He added that the Health Ministry’s initiatives to improve the management and control of diabetes in patients include introducing blood glucose (HbA1c) testing and the use of diabetes card for continuous monitoring.
Initiatives to screen for diabetic complication include providing micro albumin testing kits at hospitals and health centres.
Dr Ismail said the government had allocated RM7 million last year for management of diabetes and hypertension in hospitals which would be utilised to buy new drugs and testing kits.
–BERNAMA
Penyakit kronik ni seperti kencing manis janganlah kita risau sangat. Kencing manis ni penyakit lahir. Pesakit perlulah bersabar apabila mengidapnya. Di takdir kita mati dalam kita bersabar dangan sakit ni insyaallah Tuhan masukkan kita ke dalam syurga.
Yang patut kita cemaskan ialah penyakit batin. Contohnya hasad dengki, cinta dunia, ujub, sombong. Penyakit batin ni, jika ada pada kita, kita berada dalam kemurkaan Tuhan. Ditakdirkan kita mati membawa penyakit ni, maka Tuhan dengan kemurkaannya, akan masukan kita dalam neraka.