Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2007

Tsunami jangan dicari

Besok genaplah 3 tahun Tsunami yang melanda dan memusnahkan pelbagai hidupan dan binaan akibat dari gempabumi yang mencecah 9 skala Richter di Teluk Hindi. Ratusan ribu manusia terkorban. Maka ada baiknya kita mengingati semula peristiwa hitam di dalam kehidupan manusia ini.

Sedikit maklumat berkenaan Tsunami dipetik dari Wikipedia dan National Institute of Oceanography.

A tsunami (pronounced /suːˈnɑːmi/, /tsʊˈnɑːmi/) is a series of waves created when a body of water, such as an ocean, is rapidly displaced. Earthquakes, mass movements above or below water, volcanic eruptions and other underwater explosions, landslides,underwater earthquakes, large meteoroid or asteroid impacts and testing with nuclear weapons at sea all have the potential to generate a tsunami. The effects of a tsunami can range from unnoticeable to devastating. The Latin derivative of the word for the smaller waves experienced across the Italian coast was Fillius Sum Sunamus which means, son of tsunamis, inspired by the Japanese word similar to “tsunami” after relations with the shogun of Japan. The term tsunami comes from the Japanese words (津波、つなみ) meaning harbor (“tsu”, ) and wave (“nami”, ). [a. Jap. tsunami, tunami, f. tsu harbour + nami waves. – Oxford English Dictionary]. For the plural, one can either follow ordinary English practice and add an s, or use an invariable plural as in Japanese. The term was created by fishermen who returned to port to find the area surrounding their harbor devastated, although they had not been aware of any wave in the open water. Tsunamis are common throughout Japanese history; approximately 195 events in Japan have been recorded. ( Wikipedia)

Tsunami is a very large ocean wave triggered by underwater earthquake, volcanic activities or landslides. These waves have unusually long-wavelength in excess of 100 kms, generated in the open ocean and transformed into a train of catastrophic oscillations on the sea surface close to coastal zones. These normally occur in Pacific Ocean and are highly unexpected surrounding the Indian subcontinent  ( National Institute of Oceanography)

Tsunami dan bencana alam / Natural disaster mungkin dianggap sebagai sebahagian daripada kejadian alam. Sebagaimana ada antara kita terbiasa dengan perkataan alam semulajadi serta pelbagai lagi ungkapan yang kurang tepat, maka sudah tentu mereka yang tidak ingin mengaitkan Tsuami dengan peringatan dan tanda kebesaran Tuhan Pencipta Alam akan lebih cenderung menggunakan pelbagai tafsiran sains berupa fenomena yang sekadar datang dan pergi. Tidak lebih dari itu.

Ujian daripada Allah yang berbentuk bencana alam boleh dikaitkan dengan kerosakan dan ketidkstabilan akibat perbuatan manusia samada yang zahir ataupun tidak. Sebagaimana Tsunami yang tidak terlihat namun boleh menghasilkan kerosakan dalam skala yang kecil dan besar, begitulah kezaliman manusia bila tidak meletakkan agama sebagai asas kepada perbuatan dan tingkah laku. Sekecil mana kezaliman ia tetap zalim. Sejauh mana cuba disembunyikan kemaksiatan itu pasti membangkitkan satu natijah yang bakal ditanggung oleh semua makhluk.

Manusia ada maruah dan harga diri. Dan agama antara lainnya secara khusus datang untuk menjaga maruah dan kehormatan manusia. Namun pihak yang tidak menjalankan tugas di atas prinsip kemanusiaan dan landasan agama merobek kehormatan, mencalar nama baik orang lain kerana ingin mengaibkan mereka. Sebenarnya orang sebeginilah yang tiada maruah, menjual diri dan prinsip kehidupan. Mereka selayaknya dikuarantin dan dihantar ke pusat pemulihan agar tempias gila kuasa dan perbuatan melampaui batas ini tidak berjangkit kepada orang lain.

Tsunami datang tanpa dijemput, Namun jangan pula ia dicari. Berikan kuasa pemerintahan kepada mereka yang layak, nescaya bumi ini akan makmur dan tenteram dengan zikir zikir sekalian makhluk.

Read Full Post »

Mungkin dalam fikiran Perdana Menteri apa yang diingini tidak sukar diperolehi. Apa yang dihajati pasti dapat. Seakan beliau benar benar mengidamkan Kelantan dari PAS. Tidak cukup dengan beberapa siri lawatan ke Kelantan hingga terlancarnya ECER, kini beliau kembali lagi.

Semalam beliau sempat bersolat hari raya di Masjid Negeri, Masjid Muhammadi sebelum berangkat pulang. Hari ini beliau datang lagi merasmikan jambatan kedua menghubungkan Malaysia-Thailand. Nampaknya ada juga perasmian  jambatan yang berjaya untuk dilihat oleh rakyat marhain selepas berkuburnya impian melihat jambatan bengkok di selat Tebrau.

Namun kedatangan ke Kelantan seakan tidak diraikan. Beliau seperti tetamu tidak diundang. Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri terpaksa berpatah balik ke Subang atas masalah teknikal dan beliau meneruskan perjalanan dengan pesawat lain. Entah pesawat mana yang menimbulkan masalah kepada seorang Perdana Menteri yang begitu sibuk jadualnya ke dalam dan luar negeri.

Mungkin dalam hati Perdana Menteri bersungut kerana terpaksa bersusah susah untuk bertukar pesawat. Mungkin sedikit ketakutan  dan kerisauan juga timbul bila dimaklumkan masalah teknikal yang timbul. Risau dengan amanah yang terpaksa dijawab di hari depan.

Yang pasti Pak Lah tidak dapat mengarah kapal terbang sebagaimana beliau bebas mengarah semua anak buahnya sesuai dengan kapasitinya sebagai seorang Perdana Menteri! 

Abdullah Arrives For One-day Visit To Kelantan

KOTA BAHARU, Dec 21 (Bernama) — Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi arrived here today for a one-day visit to Kelantan.

He was received at the airport in Pengkalan Chepa by Foreign Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar, Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu and Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan.

The aircraft was to have touched down at 9am but had to return to Subang after it was reported to have developed technical problem. Abdullah then flew here on another aircraft.

Immediately after arrival, Abdullah took a helicopter to the 301 Regiment camp of the Territorial Army in Tanah Merah before proceeding to Bukit Bunga, Jeli, to jointly open the second Thailand-Malaysia bridge, which links Narathiwat in Thailand to Kelantan, with his Thai counterpart, Gen Surayud Chulanot.

Abdullah will perform Friday prayers at Masjid Bandar Jeli and have lunch with the congregation.

In the afternoon, he will meet flood victims at the Sekolah Kebangsaan Gelang Mas relief centre in Pasir Mas and have an audience with the Sultan of Kelantan at Istana Kota Lama here before returning to the federal capital.

— BERNAMA

Read Full Post »

Merasionalkan Sesatu Tindakan

Amat mudah menghukum dan mengubah pertuduhan dan hukuman. Itulah antara komentar yang ingin dibangkitan dalam sehari dua ini melihat kepada corak dan perlaksanaan beberapa tindakan yang diambil oleh pihak yang diberi kuasa. Di saat negara umat Islam hanya mampu memerhatikan tindakan demi tindakan ketenteraan yang diambil ke atas saudara seIslam mereka seawal  tahun 90an, semasa pencerobohan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Saddam Hussein, ternyata ada juga tindakan yang dikira keterlaluan dilakukan oleh umat Islam di atas nama keselamatan dan ketenteraman awam.

Islam mendidik umatnya untuk berhati hati di dalam persoalan membuat pertuduhan dan menjatuhkan hukuman. Hatta pihak yang menuduh orang berzina pun dikenakan hukuman hudud jika tidak dapat membuktikannya. Saidina Ali r.a. pernah membatalkan niat untuk membunuh seorang dari pihak musyrikin di dalam perang selepas diludah olehnya kerana khuatir dia akan membunuh atas dasar emosinya. Pelbagai lagi contoh menarik untuk paparan bersama. Namun, kiranya ia hanya menjadi contoh yang tidak dihadharikan oleh pihak yang dikatakan ingin menghadharikan Islam, nescaya ia hanya tinggal contoh. Lantas, kita perlu bertanya,apa sebenarnya hadhari dan apa yang bukan?

Ramai terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri yang tidak sedikit pun kesal dengan arahannya untuk menggunakan ISA di dalam menghadapi perhimpunan perhimpunan haram / terharam. Bukan sekadar keegoan yang dizahirkan, malah lebih daripada itu. Tidakkah Perdana Menteri menghina agama Islam,  bila tidak yakin dengan undang undang Islam di dalam perkiraan untuk menghadapi suasana yang dikatakan boleh menimbulkan kacau bilau dan gawat itu dengan penggunaan ISA? Di mana hak seorang Islam disisi agama mereka?

Tiadakah rujukan undang undang Islam dan sejarah yang boleh dijadikan panduan? Mengapa seorang Islam boleh tunduk dengan desakan banyak pihak sehinggalah boleh berubah pertuduhan, tetapi pada masa yang sama, tidak boleh tunduk kepada kehendak agama Islam lantas meyakini dan mengimaninya? Sekurang kurangnya memberi pilihan kepada orang Islam untuk diadili mengikut hukum hakam agama mereka. Amatlah pelik sekali. Adakah yang difikirkan lebih rasional daripada mengambil contoh dan pengajaran daripada hukum hakam agama Islam dari kacamata seorang pemimpin beragama Islam yang dilantik memimpin masyarakat Islam sedunia? Sekurang kurangnya inilah yang patut dipersoalkan.

Mengadakan sesuatu yang tiada, menghalang sesuatu yang dibenarkan serta melenyapkan sesuatu fakta tidak membawa kepada penyesalan sebagaimana seorang pengedar dadah diminta merasa bersalah diatas kesalahannya. Itulah hakikatnya bila merasakan dunia ini ‘ana yang punya’ sebagaimana lagu di dalam cerita Madu Tiga. Maka rakyat perlu membuat satu perhitungan agar pihak yang berkuasa merasionalkan sesatu tindakan. Walaupun rakyat tidak perlu tahu kesemuanya, namun tidak semestinya  kesemua yang tidak diberitahu kepada rakyat itu perlu diselindungkan dan tidak perlu diketahui oleh rakyat!

Sudah sampai masanya umat Islam di negara ini membuat tuntutan untuk diadili dengan hukum hakam Islam sahaja, bukan lagi dengan penggunaan undang undang Inggeris/ Common Law. Siapa lagi kalau tidak pemimpin parti Islam yang perlu mengepalai perjuangan ini?

Read Full Post »

Maya Karin dan Kelantan

Sedikit komentar berkenaan kedatangan Maya Karin ke Kelantan.

Sudah menjadi satu tabiat manusia untuk berkenal kenalan dan mendekati sesorang yang popular, disanjungi dan terkenal.

Isu datangnya Maya Karin ke Kelantan mungkin dilihat besar oleh sesetengah pihak melihat kepada polisi hiburan Kerajaan Islam PAS Kelantan. Tetapi yang ingin ditonjolkan adalah kebaikan yang ada pada sesuatu dan seseorang. Walaupun boleh lah dipertikaikan gambar Maya Karin memakai tudung di billboard Celcom di Kelantan, namun ianya membawa mesej yang mendalam, terutamanya pada seorang lelaki. Keayuan itu terserlah dengan pemakaian yang dianjurkan Islam, bukan dengan pakaian menjolok mata. Maka peluang melihat Maya Karin seperti di billboard cuba diintip oleh peminatnya..

Apapun sekalung tahniah kepada usaha yang dibuat. Semoga cerita cerita teladan dari Iran itu memberi bekas dihati penontonnya. Semoga penerusan kreativiti dan kesungguhan kerjaan negeri ini mendapat pelbagai lagi respon dan reaksi positif kepada mereka yang ingin melihat kerajaan ini terus kekal di Kelantan. Syabas.

  

Apabila Maya Karin ke Kelantan

Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN

BARU-BARU ini heboh mengenai pelakon Maya Karin yang diundang ke Kelantan. Maya pelakon filem 1957: Hati Malaya diundang sebagai panel forum yang membincangkan tentang karya filem karyawan Iran, Majid Majidi. Turut menjadi panel ialah ahli akademik Prof. Dr. Hatta Azad Khan serta pengarah filem Mamat Khalid dan Hassan Mutalib.

Sebenarnya undangan Maya ke Kelantan bukanlah isunya. Sebaliknya yang perlu dilihat daripada undangan itu ialah inisiatif mendekatkan rakyat di luar Kuala Lumpur dengan filem yang dihasilkan di Iran. Ketika filem dikuasai oleh Barat yakni Amerika Syarikat (AS), Iran yang memusuhi AS menjadi pemain penting perfileman di peringkat dunia.

Dalam hubungan ini Kelantan mengambil tindakan proaktif apabila merancang menganjurkan Festival Filem Islam Antarabangsa tahun ini. Sekalipun festival itu tidak mungkin dapat diadakan pada tahun ini kerana sasaran awalnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, tetapi yang penting Kelantan membantu mengembangkan seni dan ketinggian pemikiran menerusi filem di luar Kuala Lumpur. Festival Filem Islam Antarabangsa adalah idea baik selepas negara ini menjadi hab makanan halal.

Maka istilah “Islam” kepada festival yang dirancangkan di Kelantan ini seharusnya tidak dilihat dengan prasangka. Festival Filem Islam Antarabangsa yang diadakan di Iran telah memberi satu pilihan selain sekian banyak festival yang memperagakan filem antiIslam.

Saya sudah beberapa kali melemparkan pandangan tentang peri pentingnya Kuala Lumpur menjadi jenama baru kepada Festival Filem Islam Antarabangsa. Tetapi tidak ada reaksi kerana barangkali rujukan kita lebih kepada Hollywood dan Hong Kong.

Apabila Kelantan bertaraf sebuah negeri mempunyai semangat untuk menganjurkan festival ini, ia memperlihatkan satu yang positif. Pertamanya untuk membawa filem kepada masyarakat di luar Kuala Lumpur. Dan yang keduanya memberitahu kita kerajaan negeri harus memainkan peranan mengubah sudut pandangan yang penuh prasangka terhadap filem.

Cuba bayangkan kalau semua negeri mempunyai minat dan kesungguhan untuk membangunkan bidang perfileman, hasilnya mungkin akan mengubah graf filem tempatan yang ada sekarang. Tidak mempunyai panggung wayang bukanlah alasan untuk meminggirkan hal-hal yang berkaitan dengan filem.

Kita tidak dapat menolak bahawa filem satu media yang sangat berpengaruh. Kerana ia berpengaruh maka kita mesti mendekati dan menguasainya sekali gus. Kerana itu yang dilakukan oleh Kelantan adalah mendekati filem yang sebelum ini dianggap memperagakan nilai-nilai yang bercanggah dengan moral ketimuran dan Islam.

Kelantan memilih untuk mengajak masyarakat menghayati filem yang baik dari Iran. Maka siapa saja yang melakukan usaha ini, kita wajar menyokongnya

Read Full Post »

      Kenyataan Media Lajnah Antarabangsa DPPP

Lajnah Antrabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memandang serius laporan mengenai wanita rakyat Malaysia yang menjadi mangsa diperalatkan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa.  Sebagaimana yang disebut oleh Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, kes seumpama ini semakin meningkat dengan tahun ini sahaja sebanyak 30 orang ditahan dan kini merempat di penjara beberapa negara asing. Malahan ada juga yang berhadapan dengan hukuman mati mandatori. Wanita Melayu adalah yang tertinggi ditahan iaitu 15 orang manakala India (tujuh), Cina (enam) dan kaum lain (dua).

Laporan itu juga menyebut kes melibatkan wanita Malaysia berumur antara 20-an dan 30-an diperalatkan sindiket dadah terus berulang di mana pada Oktober sahaja, tiga lagi wanita tempatan yang bertindak sebagai drug courier (pembawa dadah) bagi menyeludup dadah sama ada secara sedar atau tanpa sedar ditahan di dua buah negara iaitu di Caracas, Venezuela dan Australia.

Melihat kepada kes Raja Munirah Raja Iskandar yang mendapat liputan meluas di media perdana, Lajnah Antarabangsa DPPP amat terkejut dengan perkembangan ini, seolah olah kes yang berlaku pada akhir tahun lalu itu tidak dijadikan pengiktibaran oleh individu individu terbabit.

Lajnah Antarabangsa  DPPP mengharapkan rakyat Malaysia  yang mendapat  tawaran  berkerja di  luar  negara   atau mana mana individu yang  baru  dikenali,  lebih berhati  hati di  dalam tindakan  yang diambil.  Adalah diharapkan juga, pihak berkuasa mengambil  langkah  sewajarnya  untuk menjalankan  penyiasatan  kerana dibimbangi lebih ramai lagi akan terjebak di  dalam kancah  yang bukan  sahaja meninggalkan kesan  yang negatif kepada  hidup individu  terbabit malahan pihak keluarga mereka dan negara Malaysia sendiri.

Lajnah Antarabangsa DPPP juga mengajak semua pihak mendoakan agar rayuan pada  Selasa  ini yang  dikemukakan oleh  Raja Munirah,  setelah dijatuhkan  hukuman  tujuh  tahun  penjara  oleh  mahkamah Jepun sebelum ini,  sekurang kurangnya dapat dikurang demi masa depan beliau.

Dr Rosli Allani Abdul Kadir 

Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPP (07/09)

22 Dzulkaedah 1428 bersamaan 2 Disember 2007  

Read Full Post »

Antara Impian Seorang Petani Dan Lukisan Seorang Arkitek

Di dalam dunia yang berhajatkan kepada facts dan figures, pensijilan dan segala pembuktian, ada baiknya kita merenung sejenak perjuangan yang ditempuhi samada sebagai individu mahupun sebagai  sebahagian kelompok daawah.

Individu dalam maksud kehidupan kita yang secara sedar atau tidak, masih tidak mampu mengatur kehidupan atas jalan daawah dalam kehidupan seharian kita. Hatta seorang To Guru atau Ulama besar sekalipun belum tentu dapat menjalani kehidupan secara sempurna kerana mereka tidak maksum. Lebih lebih lagilah kita ini.

Maka berusahalah mereka terutamanya mengharungi fitnah dan ujian dengan harapan semuanya dipandu olehNya. Sebagai seorang yang terdidik, serta dibekalkan dengan sedikit modal tarbiyah dan bekalan ilmu, sudah pasti kita bukan jenis bercakap kosong dan sekadar memerhati. Apatah lagi sekiranya kita sendiri memikul bebanan amanah yang boleh memberi kesan dan imej, yang kadang kalanya boleh menjadi liabiliti kepada perjuangan.

Persoalannya apa modal yang kita ada? Supaya kita bukanlah seperti seorang petani yang mengimpikan sebuah mahligai yang akhirnya cuma mampu berbaik baik dengan pemilik mahligai. Berbanding seorang arkitek yang mampu menterjemahkan kemahirannya untuk menjadi mercu tanda di dalam profesyen arkiteknya.

Bukanlah ingin memperkecilkan impian seorang petani, kerana zaman mutaakhir ini, ramai sudah tokoh2 yang lahir dari segenap golongan yang dilihat tidak mampu, bahkan senarai petani yang menjadi jutawan pula semakin ramai. Begitu juga dalam aspek perjuangan ini, kita tidak dinilai atas profesionalisme kita, tetapi amanah dan tanggungjawab yang kita laksanakan.

Perjuangan bukan untuk melihat hasil semata, walaupun hasillah yang dinilai. Perjuangan melihat keikhlasan dan kesungguhan. Usaha dan munajat kita untuk melihat keberjayaan sesuatu yang ingin dicapai.

Dalam perjuangan kita ada musuh. Melawan musuh dan menyelitkan daawah jarang dibuat. Penyataan ayat ni pun tidak berapa tepat. Sepatutnya daawah menjadi fokus utama dan bukan lauk pauk kepada perlawanan menentang kebatilan. Sejarah mengajar kita pihak yang menyamar jadi baik, ‘makan dalam’ ini, boleh berlaku. Jadi belajarlah dari sejarah. Begitu juga di alam cyber ini pun macam2 sifat dan penulisan yang kita perlu halusi, tidak terus telan bulat2.

Dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan contohya, beberapa kali perkataan political assasination disebut. Mungkin ada orang yang terasa begitu lantas menyebutnya. Segalanya boleh dirancang, boleh disusun terutamanya di negara kita, ditambah pula dengan sikap berpuak yang mungkin wujud.

Tapi sebagaimana tali hayat politik seseorang dirasakan boleh dihidup dan dimatikan begitu, begitulah juga orang seperti firaun yang rasa boleh memati dan menghidupkan seseorang bila berkuasa dan diampu. Namun yang pasti, Pejuang itu akan terus hidup walau jasadnya bersemadi. Kata2nya menjadi ingatan, budinya menjadi sebutan dan amalnya terkesan kepada pendampingnya.

Wujudkan 10 orang begini di Kelantan, pasti segala fitnah dan racun itu hanyalah seperti debu2 yang meminta minta untuk menumpang di tapak kaki seorang Pejuang!

Pilihlah yang mana satu idaman anda! Setakat bermimpi atau bersama menjayakan sebuah kehidupan untuk umat ini.

Read Full Post »