Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2008

Kemenangan rakyat! begitulah tajuk kalam pembuka bicara Dato Seri Anwar Ibrahim yang baru dinobatkan sebagai Yang Berhormat untuk penggal ke 5 di Permatang Pauh. Dan proses menjadikan beliau Ketua Pembangkang Malaysia sedang berjalan! Betapa politik itu menyaksikan satu proses naik turun seperti roda yang berputar.

Bila berada di bawah, segalanya telah dilalui dan ditempuhi. Bukan setakat debu jalanan dan selut yang melekat bahkan terlalu banyak najis dan kekotoran yang cuba ditempelkan. Namun Anwar keluar sebagai seorang wira negara di kala negara disaratkan dengan pelbagai cerita cerita jijik dan memualkan. Serangan peribadi yang pada kaca mata seorang seorang yang bermoral dan bermaruah sekali pun akan berfikir dua kali untuk menyebutnya, inikan pula seorang mukmin yang begitu tinggi martabatnya.

Segalanya terbukti dan terserlah. Agenda peribadi di kalangan pimpinan UMNO/ BN berjaya dikalahkan oleh pejuang pejuang rakyat. Biarlah segala yang lepas menjadi saksi kepada satu sinar baru yang bakal dibawa. Di kalangan parti komponen BN sekalipun terdapat perbezaan perbezaan pendapat yang semakin merenggangkan malah sedang merobohkan mereka, inikan pula satu pakatan baru yang baru ingin duduk bersama dan berbincang untuk merakyatkan semula pemerintahan negara.

Kita yakin dengan perkiraan ini menjadi ‘baseline’ dan titik tolak kepada kerja kerja pemulihan amalan demokrasi dan menyahkan amalan amalan songsang seperti nepotisma dan kronisma di kalangan pemimpin parti politik dan penjawat jawatan awam, kesatuan dalam bentuk kerja di kalangan pemimpin dan penyokong parti komponen pakatan dapat dijalinkan.

Walaupun ada yang berandaian bahawa sokongan rakyat kepada pakatan rakyat sekadar untuk memberi sedikit tekanan dan perubahan kepada BN, hakikatnya rakyat telah berubah haluan. Maklumat maklumat yang diterima bukan lagi ditelan bulat bulat, bahkan dikaji dan diteliti. Dengan inilah, kita boleh membuat satu rumusan bahawa persiapan dan perancangan perlu ada untuk semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat bersatu tenaga dalam merealisasikan satu cita cita yang akan merubah kehidupan rakyat kepada kedudukan yang mereka sepatutnya kecapi sejak sekian lama.

Rakyat sudah berubah. Mentaliti dan budaya kerja pendokong dan penyokong juga perlu berubah untuk menjayakan misi ini. Jawapannya ada pada setiap kita untuk diperhalusi.

Read Full Post »