Banyak persoalan yang dikatakan masih belum selesai bila bercakap tentang kerajaan Pakatan yang sedang menuju Putrajya. Ini ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang melihat seolah olah agenda Pakatan Rakyat menuju Putrajaya adalah agenda peribadi Dato Serianwar Ibrahim. Benarkah begitu?
Tentunya mereka yang beranggapan demikian meletakkan asas hujahnya kepada apa yang berlaku sehingga kini. Di mana seakan perbincangan yang berlaku di peringkat pimpinan Pakatan Rakyat perlu dan telah diketahui kesemuanya oleh semua pemimpin dan ahli keseluruhnnya.
Walaupun begitu perlu juga ditanya, apakah persoalan yang sama juga diajukan dan sejauh mana mereka mengetahui secara mendalam bentuk perbincangan yang pernah dibuat oleh pimpinan yang berbincang dengan UMNO khususnya Pak Lah? Yakinkah mereka semunya telah diceritakan sejelas jelasnya? Bentuk apakah persefahaman yang telah dibina dan apakah yang sebenarnya ditawarkan? Agenda kemenangan Islamkah semua itu?
Mencipta soalan demi soalan bukan sekadar boleh menjelaskan sesuatu tetapi pada masa yang sama menunjukkan sikap dan pendrian kita. Bila kita tidak tahu, tentunya kita tidak akan berpuasa hati sehinggalah jawapannya ditemui. Itu sifat manusia. Bila pertemuan untuk membincangan kerajaan persekutuan pakatan rakyat mula berlangsung beberapa hari lepas, timbul pula cerita seolah ianya tidak mewakili suara PAS. Walhal presiden telah meminta supaya salah seorang naib presiden untuk mewakilinya.
Begitulah sebenarnya gambaran betapa manusia yang telah terpasak mindanya dengan satu pengertian yang telah dibina, sukar untuk menerima perubahan. Sebelum perubahan berlaku lagi telah digambarkan betapa ianya satu kegawatan, satu ‘disaster’ yang bakal berlaku, menganggap ianya kemenangan yang ‘premature’ dan tidak bermoral.
Menganggap penubuhan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat sebagai satu kemenangan adalah tidak tepat, kerana ianya hanyalah titik awal kepada satu kebebasan dan suara rakyat yang akan mewarnai demokrasi negara. Kita dijanjikan begitu. Manakala menganggap kemenangan yang bakal menjelma sebagai tidak bermoral pula adalah tidak tepat juga, kerana kemenangan BN pada PRU umum selama inilah yang tidak bermoral, tidak didasari dengan ketelusan dan kebenaran. Bahkan dipenuhi kebatilan.
Menangnya kerajaan Islam PAS di Kelantan dibaluti segala kebatilan akibat kejahilan dan kebencian pemimpin UMNO pada Islam. Selama 18 tahun ini, adakah kita berbangga yang ianya kerajaan Islam? Saya yakin kiranya Islam telah diberikan ruang seluas luasnya, bukan setakat Malaysia, BAHKAN ASIA MENJADI BENUA ISLAM!
Kerajaan Rakyat bakal ditubuh. Ini lanskap baru politik negara. Biarkan ia berlaku. Negara yang saban hari bertukar kerajaan tetap dengan kemajuan dan terus menjadi negara maju. Sedangkan kita pula telah ‘overdue’ untuk menjadi negara maju angkara kerajaan yang ada sekarang ini. Salahkah usaha mengembalikan kuasa rakyat? Mengapa tiak dapat memberi peluang kepada perubahan berlaku sebelum membuat justifikasi? Adilkah kita? Semoga adilnya kita membawa sejuta makna dan erti pada kedaulatan dan kemakmuran negara.
20 tahun dulu Malaysia adalah di antara negara termaju di Asia. Kita hanya di belakang Jepun. Kita setanding dengan Korea dan singapura.
Dalam masa 20+ tahun dan menghabiskan bertrillion ringgit duit minyak, Malaysia bukan bertambah maju tetapi bertambah mundur. Lebih teruk daripada semua negara di kawasan ini… Singapura, korea, taiwan, hong kong. Thailand, filipina, vietnam dan indonesia pun dalam proses meninggalkan kita. Sistem perundangan di sana lebih telus. PM thailand dan Duta Indonesiapun boleh disabitkan dalam mahkamah kerana rasuah… Yang anehnya tidak ada satupun di antara negara itu mempunyai minyak (Net eksporter).
salam dari WIRA DAMAI
Rakyat kalah dibawah Pakatan Rakyat.
Ahli MPKJ( En Hanapiah) menyokong kilan haram yg mencemar anak sungai di Semenyih….air ini mengalir ke Loji Penapisan Hulu Langat..berjuta warga Malaysia di lembah Kelang minum air dari Loji ini.
Bila BN nak buat Loji Sampah di Broga, Pakatan Rakyat bantah dgn kuat.
Hari ni bila PR berkuasa, mereka menyokong pencemaran.
Memang HIPOKRIT!!!!!!!!!!!!!