Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for November 2008

Manusia diberi kemampuan yang berbeza beza. Segala yang dianggap satu kelebihan adalah anugerah Allah SWT, samada mereka setuju ataupun tidak. Bagi seorang yang tidak mengenal Tuhannya, pasti merasakan ianya bukan satu kurniaan, tetapi hasil dari titik peluhnya. Usaha dan ikhtiarnya. Namun tidak kurang mereka yang mengenal Tuhan juga kadang kala dialpakan dengan sandaran usaha hingga hilang sandaran pada Allah SWT.

Orang yang sakit, tidak sedikit yang merasakan kuasa menyembuh itu ada pada ubat dan doktor. Orang yang berilmu, tidak kurang juga mengungguli satu idea baru dengan kajian mendalam lalu meletakkan hasil kejayaan di atas penat lelahnya ( tertipu dengan ilmu yang diberikan padanya). Dan orang yang beribadah tidak kurang juga yang merasakan darjatnya tinggi di sisi Allah SWT hasil tekunnya beribadah ( tertipu dengan banyak ibadahnya).

Semuanya di atas pertimbangan yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan input sekeliling. Sekiranya input itu benar, maka baiklah ia. Sekiranya palsu, maka kesannya juga akan jahat dan merosakkan. Apatah lagi bila ia diganggu oleh faktor emosi. Sebab itulah Saidina Ali pernah membatalkan hasratnya untuk memancung seorang kafir di medan perang yang sempat meludahinya kerana dikhuatiri perbuatan itu dilakukan dengan dorongan rasa bercampur marah.

Perubahan sebarang struktur dan apa jua tindakan yang dianggap boleh membawa kebaikan kepada masa depan Islam dan perjuangan juga perlu diasaskan kepada ciri ciri tadi. Jangan cuma bersandar pada ikhtiar. Pintalah akan petunjukNya sentiasa dalam membuat sebarang perhitungan. PAS itu bukan paspot untuk ke syurgaNya. Ia hanyalah alat. Dan sekiranya alat itu disalahgunakan sekalipun, ia tidak akan membawa kita ke destinasi yang sepatutnya.

Buat semua yang mendokong perjuangan ini, bukan sehari dua ini saja kita akan diuji. Mehnah dan cabaran itu berlegar di atas jalan kebenaran sedang keseronokan dan kesenangan itu begitu mudah memesongkan. Pasakkan azam dan kekuatan, moga yang melangit itu adalah impian syahid yang menggamit, moga yang membumi adalah sifat mengikut resam padi, makin tunduk makin berisi.

Read Full Post »

Salahkah?

Sehari dua ini agak pasti yang akan diperkatakan adalah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan Yoga kerana unsur unsur agama Hindu yang terdapat di dalamnya. Ianya diputuskan agak lama pada persidangan yang diadakan di Kota Bharu pada bulan lepas, namun mengambil masa hampir sebulan untuk diumumkan.

Pastinya ia mengundang pelbagia reaksi. Dan di pihak penganut agama Islam sendiri, khususnya peminat yoga dan mereka yang selesa dengan kehidupan sebagai muslim yang ‘sederhana’, pastinya akan menganggap toleransi agama telah semakin disempitkan dengan fatwa terbaru ini. Di sinilah pentingnya mekanisma yang mengutamakan penerangan daripada menghukum diambil.

Sebagai ahli kepada Parti Islam SeMalaysia PAS yang tidak terdidik di dalam jurusan agama, malahan terdedah pula dengan cara pemikiran yang boleh dikatakan berbeza melalui pendidikan dan pergaulan di dunia barat, sudah pasti komentar daripada pihak yang memberi pandangan daripada pelbagai latar belakang menjadi bahan bacaan saya dalam sehari dua ini.

Samada komen itu benar benar ikhlas mahupun ingin mengambil peluang dan kesempatan, bukanlah menjadi satu perbincangan ilmiah yang ingin diteruskan di sini. Namun, penjelasan daripada pihak yang merasakan keputusan yang dibuat itu adalah tepat perlulah juga senada, agar tidak membawa kekeliruan kepada pihak lain.

Ianya berbalik kepada faktor kajian yang dilakukan. Sejauh mana ianya telah dihadam di peringkat mereka yang berbincang untuk menghasilkan fatwa ini. Berbeza dengan masalah penkid yang sibuk diperkatakan minggu lepas, jelas dari segi hukumnya. Seakan bertali temali pula fatwa dan hukum yang ingin diketengahkan. Mungkin hukum berkaitan ajaran sesat pula akan cuba diperkatakan dalam seminggu dua lagi bilamana kisah Ayah Pin dihidupkan kembali.

Sejauh manakah rakyat Malaysia beragama Islam secara umumnya berusaha memahami agama mereka? Bila satu demi satu formula diketengahkan, pasti ianya tidak menjamin pemahaman yang sebenarnya. Formula Islam Hadhari yang sebenarnya jauh menyimpang tetapi dijaja juga ke segenap pelusuk tanahair hanya menjadikan umat Islam hilang fokus pada agama.

Bila bakal Perdana Menteri Malaysia yang akan melengkapkan teori RAHMAN sendiri menggunakan nada yang sama, beliau telah ditempelak oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Bukan hanya batang tubuh individu itu saja yang dianggap lemah, malah polisi dan pendekatan berteraskan Islam Hadhari ini juga dianggap tidak membawa erti untuk menguatkan, bahkan, lebih melemahkan lagi.

Bila keputusan PRU yang lepas diumumkan dan analisa dibuat, ia telah menampakkan satu anjakan paradigma di kalangan masyarakat bukan Islam, khususnya India dan Cina yang menguntungkan PAS. Lalu dengan tindakan yang tidak disangka sangka ini, mereka juga mula belajar untuk mengenal Islam dan PAS. Mereka selesa berdamping dengan ahli PAS.

Tapi pihak yang ingin menyongsangkan fakta ini cuba menuduh sokongan ini hanya bersifat material dan sementara. Mana mungkin keyakinan yang diasaskan oleh faktor agama dikatakan sementara. Kecuali individu individu yang memimpin PAS itu telah bertukar menjadi Melayu yang rosak akhlak dan rendah budi pekerti. Minta dijauhkan. Rata rata yang memberi undi itu yakin orang yang berpegang pada agama itu boleh diharap dan dipercayai. Apakah ini tidak cukup kukuh?

Saya bukanlah menganggap senjata agama telah dimainkan untuk cuba merosakkan satu budaya toleransi yang terbentang luas dibuka oleh Islam. Namun sekiranya asas yang tidak kukuh dibawa di dalam mengenengahkan hujah dan justifikasi kepada keputusan yang dibuat, dikhuatiri ianya akan membawa lebih keburukan kepada negara daripada kebaikan. Sekiranya penjelasan kepada isu isu lain boleh dibuat, mengapa tidak perkara sebegini?

Ianya lebih penting daripada memenuhi media kita dengan gegak gempita hiburan yang tidak semua orang Islam yang mendapat manfaat daripadanya kecuali sangat sedikit. Mohon menjadi bahan perbincangan.

Read Full Post »

Bila negara yang dikuasai oleh puak Zionist seperti Amerika Syarikat melakar sejarah dunia dengan mempunyai Presiden dari kalangan kulit hitam yang pertama, ia dianggap satu kemenangan. Sejauh mana ianya bakal merubah polisi antarabangsa negara itu, khususnya di negara umat Islam yang dilanda konflik dan dianiaya itu belum lagi dapat dipastikan.
Stuart E. Eizenstat merupakan penulis buku “Imperfect Justice: Looted Assets, Slave Labor and the Unfinished Business of World War II. Komen berkenaan berkenaan beliau di dalam laman haaretz.com sebagaimana di bawah sudah cukup membuktikan komitmen beliau.

‘Through the back door, this book also offers some keen insights about American Jews, of whom Eizenstat is a shining example. He is not an assimilated Jew, but neither is he a “professional Jew,” a person who has built his career around service to the Jewish community. It turns out that Eizenstat – who admits that in this respect he is not much different from the majority of American Jews – knew practically nothing about the Holocaust when he was growing up in the 1940s and 1950s. He came from a modest home permeated by Judaism, but the Holocaust was never discussed. He doesn’t remember ever speaking to a Holocaust survivor. He never learned about the Holocaust in elementary school, high school or college. Even if he had been interested, he writes, there were no courses on the subject. Only in 1995, at the age of 52, did he discover that three of his grandfather’s sisters had perished in the Holocaust. For Israelis, who virtually imbibe the Holocaust with their mother’s milk, and are sure that all Jews in the world are the same, this admission certainly comes as a jolt. ‘

Semoga pemimpin negara kita tidak termakan pujian dan juga pengiktirafan seperti ini.

Malaysia negara Islam contoh

 

 

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Pentadbiran baru Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan bakal Presiden baru, Barack Obama melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang boleh dijadikan contoh.

Sebagai negara Islam yang mengamalkan demokrasi, Malaysia dilihat mengamalkan pendekatan sederhana dalam dasar luarnya namun progresif kepada semua negara di peringkat antarabangsa.

Bekas Ketua Pegawai Rumah Putih Bahagian Polisi Tempatan di era pemerintahan bekas Presiden Jimmy Carter, Stuart E. Eizenstat berkata, langkah Malaysia seiring dengan pendekatan yang dijanjikan oleh Obama di dalam polisi luarnya terhadap negara Islam.

”Obama mahu rundingan secara diplomasi yang lebih toleran menjadi teras di dalam polisi luarnya kepada negara-negara lain,” katanya semasa memberikan syarahan mengenai ‘Hubungan Malaysia dan AS di Bawah Pentadbiran Baru’ anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini.

Beliau memuji Malaysia kerana turut berperanan aktif di peringkat pertubuhan ASEAN dan Menteri-Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

”Ia adalah konsisten dengan hasrat pentadbiran baru kerajaan AS yang mahu menjalinkan kerjasama erat dengan pertubuhan-pertubuhan peringkat Asia, dan Malaysia boleh membantu dalam mencapai misi itu.

”Pentadbiran AS kini sudah dapat melihat kepentingan jangka panjang untuk bekerjasama lebih rapat lagi dengan negara-negara Asia disebabkan kepentingan ekonomi dan politik,” katanya.

Menurutnya, Malaysia adalah rakan dagang ke-16 terbesar di AS dengan nilai perdagangan kira-kira RM44 bilion.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi ISIS, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan

Read Full Post »

Musim Tengkujuh Kembali!

Musim Tengkujuh berkunjung lagi ke pantai timur. Hujan lebat untuk beberapa hari yang kadang kalanya tiada petunjuk untuk berhenti disambut dengan pelbagai reaksi. Ada yang kehilangan punca rezeki, ada juga yang kesusahan, manakala sesetengah pula bersuka tawa sambil menanti banjir/bah.

Ini satu fenomena berbeza yang tidak dialami di tempat lain. Banjir kilat, umpamanya, akan membawa pelbagai kesusahan dan kerosakan kepada harta benda. Namun banjir/bah di pantai timur kelihatan satu pesta untuk diraikan. Walhal ada yang menganggap banjir itu sebagi musibah. Nada memerli kedengaran. Kelantan juga banyak maksiat. Banjir datang sebagai peringatan.

Biarlah apa jua yang dikata. Yang perlu disedari, kejadian alam ini ada petandanya. Di antara kemarau dan banjir, fenomena alam ini mewujudkan satu penyesuaian dan persediaan. Di atas kebijaksanaan manusia dan izinNya, dapat kita mengatasinya. Peristiwa yang dirakamkan di dalam Al Quran berkenaan kebolehan Nabi Yusuf menta’bir mimpi dan persediaan yang telah  diambil  sepatutnya menjadi satu panduan buat mereka yang ingin mengambil peringatan.

Jadikanlah kebijaksanaan kita sebagai alat mendapatkan redhaNya, bukan menambahkan lagi kemurkaan. Musibah itu bukan pilihan kita, namun seandainya ia menimpa, redhalah akannya. Moga redha itu membawa keampunan dan rahmat dariNya.

Hujan lebat di Pantai Timur hingga Sabtu, kawasan rendah dan tebing sungai mungkin dinaiki air

20/11/2008 10:38am

 

KUALA LUMPUR 20 Nov. — Hujan sederhana dan kadangkala lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga petang Sabtu dan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai.

Jabatan Meteorologi telah menaik taraf amaran hujan lebat daripada peringkat kuning kepada jingga bagi ketiga-tiga negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata kawasan yang terlibat di Kelantan termasuk daerah Kota Baharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai.

Di Terengganu, kawasan terlibat termasuk daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu dan di Pahang, ia meliputi daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh.

Dalam satu kenyataan lain, jabatan itu melaporkan satu gempa bumi berukuran sederhana berlaku di Kepulauan Nicobar, 689 km ke barat daya Langkawi pada 1.14 pagi tadi.

Read Full Post »

Siapa Nak RM125juta?

 

Perlukah Lagi Rebat Kereta/ Motor? Itu saya tanya pada anda? Seikhlasnya. Perlukah?

Bila harga minyak melambung naik, kerajaan Pak Lah menghadiahkan rebat kenderaan bermotor yang dibayar melalui pejabat pos. Dikatakan ada syarikat yang disebut sebut seorang menantu itu mempunyai kepentingan di dalamnya akan mendapat habuan dari polisi ini.

Nah! Saksikan! 2.5bilion iaitu R2,500,000,000 wang rakyat telah dibelanjakan. Sekiranya komisyen 5%  contohnya diberi. Bermakna RM125juta telah diperolehi sebagai komisyen/ handling fee oleh pihak pejabat pos. Lumayan bukan?

RM2.5 bilion bayar rebat kenderaan

SEBANYAK RM2.5 bilion rebat tunai dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian membabitkan kira-kira 5.66 juta kenderaan bagi tempoh 14 Jun sehingga 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha, berkata daripada jumlah itu, RM316.1 juta ialah rebat tunai kepada 2.11 juta pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc.

“Sementara itu, RM2.028 bilion rebat tunai kepada 3.24 juta pemilik kenderaan berkapasiti 2000cc.

“Bakinya RM192 juta rebat tunai kepada hampir 0.31 juta pemilik jip dan pikap persendirian berkapasiti enjin sehingga 2500cc di Semenanjung dan sehingga 3000cc di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam jawapan bertulis soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat.

Read Full Post »

Alangkah bertuahnya menjadi pihak kerajaan. Segala kemudahan diperolehi. Wakil wakil rakyat ini mungkin berkerja begitu kuat untuk menghabiskan hampir sejuta duit rakyat setahun bagi majlis keraian. Moga wang yang dihabiskan ini untuk rakyat dan bukannya sekadar claim semata mata.

Tapi untuk mempercayai ahli parlimen Kuala Terengganu contohnya mengadakan 304 majlis dalam satu tahun, saya rasakan sesuatu yang mustahil. Apa pandangan anda?

Wakil rakyat belanja hampir RM1 juta biayai acara perayaan

KUALA LUMPUR: Sepuluh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menggunakan hampir RM1 juta bagi membiayai penganjuran pelbagai acara perayaan termasuk rumah terbuka di kawasan mereka sepanjang tahun lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Johari Baharum berkata mereka adalah antara 196 anggota Parlimen BN yang menggunakan peruntukan khas bagi membiayai penganjuran acara sambutan perayaan seperti bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai, Pesta Keamatan, Krismas, Wesak, Hari Kebangsaan dan sebagainya.

“Perbelanjaan itu meliputi kos penyediaan makan minum, sewaan khemah dan peralatan, pemberian sumbangan kepada golongan fakir miskin, bantuan kepada anak yatim serta golongan kurang upaya dan pembekalan perkhidmatan yang berkaitan dengannya,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras)mengenai bilangan dan jumlah perbelanjaan program keraian yang dianjur anggota Parlimen BN yang disalur menerusi peruntukan khas bagi 2007 dan 10 kawasan Parlimen yang tertinggi berbelanja.

Mohd Johari berkata daripada 10 kawasan itu, tiga kawasan Parlimen di Terengganu paling banyak menganjurkan acara perayaan didahului Kuala Terengganu yang menganjurkan 304 acara dan membelanjakan sejumlah RM917,588.00.

Kawasan Parlimen Kuala Nerus pula menganjurkan 248 acara dengan kos RM946,115.30 manakala Marang menganjurkan 186 program dengan kos RM914,250.00, katanya.

Kawasan lain yang turut menggunakan peruntukan itu ialah Tenom (58 program, RM988,475), Dungun (87 program, RM977,000.00), Putatan (86 program, RM971,000), Tawau (66 program, RM948,575), Silam (40 program, RM946,420.00), Sepanggar (54 program, RM918,480.00) dan Parit (37 program, RM916,407.50).

Read Full Post »

 

Tahniah Tan Sri Dr Zeti Akhtardi atas pengiktirafan yang diberi. Namun mengapa suaranya seakan tiada di kala negara menghadapi krisis ekonomi? Di mana bijaksananya seorang Menteri Kewangan yang mengenepikan peranan beliau sedangkan dunia mengiktirafnya?

 

Pasti ada perkiraan lain di sana. Sama sama kita renungi.

Zeti sertai pasukan reformasi kewangan PBB

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik menganggotai pasukan petugas peringkat tertinggi yang ditubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengkaji kemungkinan mewujudkan reformasi sistem kewangan global termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Duniasusulan krisis kewangan dunia semasa.

Dr Zeti memegang jawatan Gabenor Bank Negara sejak 2000 adalah wanita tunggal di Asia dan segelintir daripada wanita di dunia yang menduduki jawatan tertinggi bank pusat.

Presiden Perhimpunan Agung PBB, Miguel DEscoto, yang mengumumkan anggota penuh pasukan petugas yang dibentuknya itu berkata, Joseph Stiglitz, yang menerima Anugerah Nobel bagi Ekonomi pada 2001 yang juga bekas ketua ekonomi Bank Dunia akan mempengerusikan panel itu yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pakar-pakar Reformasi Sistem Kewangan dan Monetari Antarabangsa.

“Pasukan Petugas itu akan mencadangkan langkah yang boleh diambil negara anggota bagi menjamin kedudukan ekonomi global yang lebih stabil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan perkhidmatan berita PBB.

Read Full Post »

Older Posts »