Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2008

Yahudi di Israel menggila lagi. Di saat umat Islam sedunia hampir melupakan pembunuhan kejam yang berlaku di Kem Shabra dan Shatilla pada 1982, tentera Israel memulakan kembali operasi membunuh umat Islam di Gaza. Sehingga ke hari ini lebih dua ratus telah terkorban dan beratus lagi tercedera. Dan serangan serta pengeboman terus berlaku.

Bangunan bangunan awam termasuklah universiti menjadi juga menjadi sasaran. Apakah universiti boleh menjadi sarang pengganas? Sebagaimana justifikasi penghasilan senjata biokimia dijadikan alasan menyerang negara Iraq, alasan yang membebalkan penduduk dunia sekali lagi digunakan untuk meneruskan keinginan rakus mereka menakhluki Semenanjung Gaza dan wilayah wilayah sekitar yang menjadi idaman mereka.

Apakah reaksi masyarakat Islam dunia dan apa yang boleh mereka lakukan di kala kesatuan umat Islam sendiri berada di tahap minima? Sudah pasti terhad. Kemarahan umat Islam mungkin sekadar boleh disalurkan melalui ‘democrazy’ ( meminjam kata Ketua Polis Negara ) sebagaimana kebiasaannya. Dan ini telah ditunjukkan oleh masyarakat Islam sedunia di merata tempat. Pemuda PAS pula contohnya akan mengadakan himpunannya di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada jam 11 pagi besok.

Selain itu usaha untuk memboikot produk Yahudi dan mereka yang bersekongkol di dalam menaja negara haram itu juga telah dibuat. Fatwa telah dikeluarkan. ” 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk Amerika Syarikat (dan Israel), Samalah Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine “-Sheikh Yusof al-Qardawi.

Sekiranya tiada kesungguhan dari pihak umat Islam sendiri, selagi itulah saudara seagama mereka dibunuh dan dizalimi dengan sekejamnya di bumi yang terletak di dalamnya kiblat terdahulu umat Islam. Tapi sekiranya kita memiliki tangan dan keberanian Muthadar Al Zaidi, pasti kasut juga akan hinggap di muka Yahudi, di mana sahaja mereka ditemui.

Namun kiranya tiada kekuatan itu, izinkan kita bertekad dengan kehadiran tahun baru, untuk tidak menghalalkan semua jenis produk Amerika Syarikat dan Israel laknatullah masuk ke dalam perut dan rumah kita.

Hidupkan kembali usaha memboikot produk Amerika Syarikat dan Israel demi saudara seIslammu!

Read Full Post »

Tulisan di bawah adalah kenyataan daripada Presiden GAMIS, satu entiti pelajar yang cuba memberi pendapat dan pandangan daripada kacamata gerakan mahasiswa, yang walaupun penuh dengan idealisme perjuangan, dikira pihak yang tidak kepentingan. Moga pandangan sebegini dan pelbagai lagi ruang dapat diperluaskan untuk mahasiswa kembali berperanan selepas ianya dilihat hampir lumpuh dengan sekatan AUKU dan pelbagai lagi tindakan menindas mereka.
Wallhua’lam

Letak calon sesuai, utamakan pilihan rakyat
Presiden Gamis

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu kian terasa bahangnya. Barisan Nasional kelihatan sudah tampak begitu yakin dengan pencalonan Dato’ Wan Ahmad Farid bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Dato’ Razali Ismail yang meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada 28 November lalu.

Pakatan Rakyat memberi laluan khas kepada PAS untuk menamakan calon bagi DUN tersebut. Pelbagai teori dan polemik mulai timbul susulan terdapat begitu ramai nama calon kegemaran PAS di Kuala Terengganu.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Allahyarham mengalahkan calon dari PAS, Hj Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti sebanyak 628 undi. Beliau memperolehi 32,562 undi berbanding lawannya memperolehi 31,934 undi dan calon Bebas hanya mendapat 685 undi.

Dalam pada itu, terdapat 1,357 undi pos bagi Parlimen Kuala Terengganu dan 1,089 dikira sebagai undi manakala 157 ditolak. Daripada 1,089 kertas undi pos yang dikira, 999 undi memihak kepada calon BN. Jika kertas undi pos ini ditolak, ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu.

Berdasarkan laporan akhbar dan pemerhatian pasukan penyelidik bebas, kemenangan yang diperolehi Allahyarham adalah bertitiktolak daripada kekuatan personaliti dan sikap yang dsenangi penduduk setempat kepada beliau.

Selain dikenali sebagai seorang yang rajin turun padang menjengah kawasan, beliau juga terkenal sebagai seorang yang amat kuat bekerja. Nama beliau bukan sahaja sangat popular di kalangan penyokong BN malah, turut meniti di bibir nama penduduk setempat yang lain.

Justifikasi, sekiranya PAS menanam azam untuk merampas kembali kerusi yang tewas tipis kepada BN pada 8 Mac lepas, maka, PAS perlulah meletakkan calon yang benar-benar dekat di hati rakyat.

PAS seharusnya mengutamakan apa yang rakyat mahu berbanding apa yang lebih memuaskan hati segolongan pihak dalam parti. Sekiranya PAS lebih mengutamakan keselesaan segelintir pihak di dalam parti berbanding memberi perhatian kepada suara rakyat yang mengharap, maka PAS sama sahaja dengan BN yang dituduh sebagai lebih mementingkan parti berbanding rakyat.

PAS seharusnya memandang jauh ke hadapan jika serius ingin memimpin. Kurangkan memberatkan persoalan kurang penting berbanding yang lebih penting.

Konklusinya, sebagai entiti yang bebas daripada berpihak kepada mana-mana parti, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) berharap agar calon tidak kira sama ada daripada parti BN mahupun PAS yang bertanding akan lebih telus membela nasib rakyat, bersama rakyat dalam apa jua keadaan dan tidak hanya bertanding di atas tiket parti, bersalutkan perasaan syok sendiri. Kepentingan rakyat harus jauh lebih diutamakan berbanding kepentingan parti demi masa depan Negara yang lebih gemilang.-

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia
Mohd Dzulkhairi B Mohd Noor. _

Read Full Post »

Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu yang bakal berlangsung nanti merupakan gelenggang terbaik membuktikan kepada rakyat kekuatan Pakatan Rakyat. Ianya telah cuba dimomokkan sebagai pakatan yang rapuh, tiada persefahaman serta lain lain lagi. Di tambah pula di peringkat PAS sendiri dikatakan wujud dua puak/ kumpulan yang agak berbeza dari sudut pandangan berkenaan keuntungan PAS berada dalam Pakatan Rakyat.

Selain daripada Kelantan dan Kedah, PAS dilihat tidak mempunyai kekuatannya tersendiri untuk menjadi rakan kongsi yang lebih berpengaruh dalam kerajaan campuran khususnya di Perak dan Selangor. Penat lelah petugas PAS seakan tidak berbaloi berbanding dengan peranan yang diberikan kepada PAS selepas penubuhan kerajaan campuran. Benarkah?

Kekuatan dan keserasian dalam sama sama menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat diperkotak katikkan oleh musuh dari dalam dan luar. Dari dalam termasuk campur tangan dalaman yang cuba menumpulkan taring kerajaan Pakatan dengan segala kekangan kuasa serta perlaksanaan polisi polisinya. Ini dapat dilihat di dalam kes tragedi Bukit Antarabangsa, cara ianya ditangani dan masalah kerajaan Selangor untuk mendapat laporan pada awalnya.

Manakala dari luar termasuklah usaha usaha untuk memperlekehkan kerajaan campuran serta usaha membeli wakil wakil rakyat mereka. Mungkin pemimpin UMNO/ BN yang kehilangan kuasa masih dalam ’state of denial’ atau tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka. Segala usaha dilakukan termasuk dengan memainkan isu perkauman dan ketuanan Melayu. Yang terakhir ialah isu Hudud yang cuba digunakan secara tidak beradab bagi meraih undi dari masyarakat bukan Islam. Setakat ini dilihat gagal.

Kemenangan PAS/ Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu amatlah penting bagi menjamin kebangkitan yang berterusan. Dengan masalah dalaman UMNO yang semakin parah serta masalah di kalangan parti komponen BN sendiri, peluang Pakatan Rakyat sangatlah cerah untuk merampas kembali kerusi ini.

Ia sekaligus membuktikan kerjasama Pakatan Rakyat adalah ditahap terbaik dan masalah yang sengaja ditimbulkan hanyalah mainan pihak UMNO/ BN. Sokongan daripada kaum Tionghua dianggap penentu kepada kemenangan. Namun ianya amat bergantung kepada calon yang bertanding. Sudah pasti suara di peringkat bawahan amatlah penting didengari sekiranya PAS ingin turun untuk menang. Dan parti parti komponen Pakatan Rakyat amat berharap pada kemenangan ini. Maka jadikanlah ianya satu kenyataan wahai semua pimpinan dan penyokong PAS.

Menjunjung Keadilan, Menyanggah Kezaliman!

Read Full Post »

TV4 di United Kingdom buat julung kalinya memberi peluang kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad untuk menyampaikan Ucapan yang akan disiarkan khas pada jam 7.30 malam waktu UK (11.30 malam waktu Malaysia).

Antara kandungan ucapannya dalam bahasa Parsi yang mempunyai sarikata dalam bahasa Inggeris adalah seperti di bawah:

“Upon the anniversary of the birth of Jesus, Son of Mary, the Word of God, the Messenger of mercy, I would like to congratulate the followers of Abrahamic faiths, especially the followers of Jesus Christ, and the people of Britain.”

Sempena kelahiran Isa, anak Maryam, yang bertutur dengan kata kata Allah, merupakan Nabi yang membawa rahmat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengikut pengikut agama Nabi Ibrahim, khususnya pengikut Nabi Isa dan rakyat Britain.

“Jesus, the Son of Mary, is the standard bearer of justice, of love for our fellow human beings, of the fight against tyranny, discrimination and injustice.

Isa adalah anak kepada Maryam, merupakan pendokong keadilan, kecintaan sesama manusia, memerangi penindasan, amalan berat sebelah dan kezaliman

“All the problems that have bedevilled humanity throughout the ages came about because humanity followed an evil path and disregarded the message of the Prophets.

Segala masalah yang mencengkam manusia sepanjang zaman adalah disebabkan manusia mengikut jejak syaitan dan meninggalkan ajaran para nabi.

“If Christ were on earth today, undoubtedly He would stand with the people in opposition to bullying, ill-tempered and expansionist powers.”

Sekiranya Isa masih hidup, semestinya beliau akan bersama rakyat menyanggah perbuatan buli, sikap panas baran dan memperluaskan penguasaan.

“If Christ were on earth today, undoubtedly He would hoist the banner of justice and love for humanity to oppose warmongers, occupiers, terrorists and bullies the world over.

Sekiranya Isa ada pada hari ini, semestinya beliau akan meninggikan keadilan, memupuk kecintaan pada berperikemanusian, menentang pencanang perang, pendudukan haram, teroris dan pembuli seluruh dunia.

“If Christ were on earth today, undoubtedly He would fight against the tyrannical policies of prevailing global economic and political systems, as He did in His lifetime.”

Sekiranya Isa ada pada hari ini, semestinya dia akan melawan polisi polisi menindas dan jahat yang zahir dalam sistem ekonomi dan poltik dunia masakini sebagaimana beliau melakukan semasa kehadirannya dahulu.

Semoga mesej tadi memberi satu ruang untuk mencari kebaikan dan persamaan yang wujud di dalam jiwa manusia yang inginkan kepada kehidupan yang harmoni dan berkasih sayang.

Syabas!

Read Full Post »

This Is Islam

Read Full Post »

Perdana Menteri Malaysia dikira berjaya dalam misi lawatannya ke Iran telah membawa pulang pelbagai hasil, samada dalam bentuk pelaburan, mahupun perbincangan tentang umat Islam, sesuai dengan jawatnnya sebelum ini sebagai Pengerusi OIC. Namun, kita melihat seakan beliau tidak banyak belajar daripada Presiden Iran tentang keberanian, tentang maruah umat Islam yang dilanyak sehabisnya oleh Zionist melalui sekutunya Amerika Syarikat.

 

Keberanian seorang anak muda yang melemparkan kasut kepada Presiden Bush dianggap tidak beradab kepada seorang Ketua Kerajaan! Sedangkan Munthadar al Zeidi dianggap sebagi wira di dunia arab. Apalah lagi yang tinggal pada peradaban manusia bila perang menjadi senjata yang digunakan untuk rompakan minyak di Iraq? Nyawa manusia sudah tidak ada nilai dan maruah umat Islam menjadi bahan persendaan.

 

Bush sebenarnya layak diaibkan sebegitu. Perbuatan melemparkan kasut yang dianggap sebagai satu penghinaan kelas pertama oleh masyarakat arab ini tidak akan menyamai penghinaan yang terhasil dari kerja tangannya. Namun sekurang kurangnya keberanian itu berjaya menyatukan masyarakat arab dari pelbagai fahaman Apalah sangat untungnya kepada kerajaan Iraq dengan kehadiran Presiden Bush?

 

Sebagaimana rakyat terkilan dan marah dengan perbuatan Setiausaha Amerika Syarikat yang bermain piona semasa lawatan kerja ke Malaysia tempohari, perbuatan yang tidak mencerminkkan sensitiviti tatkala umat Islam ditindas dan dianiaya, maka lebih lebih lagi perasaan rakyat Iraq yang dikunjungi oleh seorang Presiden yang telah meranapkan hidup dan sekaligus tamadun yang telah sekian lama diasaskan oleh kecemerlangan kepimpinan Islam sebelum ini.

 

Sekiranya anda bersimpati dengan rakkyat Iraq, buktikanlah simpati itu dengan menolak mereka yang bersimpati dengan Presiden Bush! Undilah calon PAS / Pakatan Rakyat di P36 Kuala Terengganu pada 16 Januari ini.

Read Full Post »

Masih berkisar tentang hudud. Satu hakikat yang perlu diterima, Hudud  merupakan sebahagian daripada enakmen dalam syariat Islam. Sekecil mana dirasakan nilainya samada oleh Khir yang mengucap syahadah mahupun Lim yang baru ingin belajar mendekati Islam, ia tetap hokum yang termaktub di dalam perlembagaan Islam, yang diyakini kebenarannya oleh seorang yang tunduk dan patuh padaNya.

 

Hudud bukan sekadar produk yang ingin dipasarkan kepada orang bukan Islam oleh seorang mukmin yang meyakini kekuatan yang ada pada hukum itu, bahkan ia adalah penghubung kepada satu ikatan yang terhasil dari kepercayaan antara manusia dan gambaran kepatuhan kepada Pencipta. Bila manusia sudah tidak meyakini dan mengiktiraf hak orang lain, maka jenayah mula berlaku. Mereka menceroboh hak hak  orang lain. Maka di sinilah penting wujudnya Rule of Law. Perundangan dan Hukum Jenayah di dalam Islam hadir sebagai kuasa yang membayangi kelibat dan lintasan hati manusia untuk melakukan kejahatan.

 

Pada seorang penjenayah, hukuman yang ada tidak menggerunkan. Malah dari sudut penguatkuasaannya terdedah kepada pelbagai anasir kurang sihat kerana ia tidak dipandu oleh asas tauhid. Maka seorang hakim akan hilang rasa takut dan malu pada Pencipta bila kuasa yang ada padanya dirasakan haknya yang mutlak. Manakala yang berasa terhutang budi di atas perlantikannya akan ada unsur penghambaan diri kepada yang melantiknya.

 

Pokoknya hudud disebut sebut kembali. Ia merupakan satu lagi loncatan kepada kemenangan yang telah dicapai. Timbulnya hudud di saat kempen baru bermula tidak menjejaskan kepercayaan masyarakat bukan Islam pada PAS. Malah ia tidak berupaya menjadi senjata kepada UMNO / BN keran awal awal lagi telah di’hijack’ oleh PAS. Namun yakinlah kita pihak yang bakal menabur duit, menjadi pengundi hantu, petualang, penipu serta pelbagai lagi akan mulai gerun dengan hukum Allah ini. Roh hudud itu akan berkeliaran di P36 memastikan kemenangan calon PAS insyaAllah.

 

PAS Untuk Semua!

Hudud Untuk Semua!

Read Full Post »

Older Posts »