Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2009

Keputusan sudah diterima. Menanti disahkan. PRK Kuala Terengganu Menjulang PAKATAN RAKYAT. Kemenangan ini kemenangan Rakyat. Kemenangan PAKATAN RAKYAT. Ia menempis segala tohmahan dan omongan mereka yang hampir nazak; yang dikatakan sekadar ingin membebankan kekalahan kepada ini kepada Najib Razak. Anda percaya?

Walau apapun alasannya. Menang tetap menang. Walau siapa pun ingin dipersalahkan, mesej rakyat tetap jelas. UMNO dan BN akan dikuburkan. Tidak perlu menunggu reformasi Pak Lah. PAKATAN RAKYAT telah mencetuskan Tsunami politik yang bakal meleburkan keangkuhan ala Iblis dan pemerintahan Pak Pandir yang hampir menghancurkan negara.

Naiknya Najib Razak sebagai Perdana Menteri akan menyempurnakan proses ini. Maka biarkan ianya berlaku. Hampir pasti, lengkapnya teori RAHMAN itu akan menghadirkan PAS/ PAKATAN RAKYAT sebagai tunjang dan akar yang menjalari perpaduan dan keadilan sejagat.

Kepada rakyat Kuala Terengganu dan Malaysia seluruhnya, tahniah dan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan. Andalah wira negara. Kepada para petugas serta pendokong PAKATAN RAKYAT, pastikan kemenangan itu disempurnakan dengan janaan kemenangan seterusnya. Pastikan.

Advertisements

Read Full Post »

Boikot Perlu Dipertingkatkan

17 Januari boleh dianggap hari kemenangan umat Islam sejagat. Di Malaysia, PAS/ Pakatan Rakyat meratah keangkuhan UMNO/ BN dengan kemenangan selesa di PRK Kuala Terengganu. Manakala di Palestin, selepas 22 hari mengebom dan membinasakan segala jenis penempatan dan prasarana umat Islam di Palestin, Israel menawarkan gencatan senjata. 22 hari yang menyaksikan lebih seribu umat Islam syahid.

Inilah antara hari yang dikira hari kemenangan buat umat Islam. Kebangkitan Islam yang berlaku ini bukan sekadar satu proses turun naik biasa malahan ianya merupakan satu fenomena yang terhasil bila kesejagatan Islam itu cuba disempitkan dengan segala macam serangan dan dakyah yang cuba menyesat dan melalaikan umat Islam.

Ternyata serangan itu tidak berhasil. Ternyata ketuanan Islam, agama yang menjadi pegangan lebih daripada 1 billion penduduk dunia itu terus gagah menundukkan keangkuhan manusia dan fahaman/ agama ciptaan mereka.

Di kala inilah umat Islam harus mendahului dan menerajui perjuangan menentang kezaliman dan penindasan. Usaha memboikot produk dan barangan keluaran Amerika Syarikat dan Israel perlu diperhebatkan. Di Malaysia khususnya, parti komponen Pakatan Rakyat juga perlu bersatu dalam memastikan usaha ini lebih berjaya.

Komitmen ini penting dalam menyampaikan mesej dan menampakkan solidariti PR dalam menyanggah kezaliman. Semoga mesej ini juga akan mencetuskan lebih banyak lagi tindakan tindakan dari semua pihak termasuklah kerajaan Malaysia sendiri. Ini termasuk usaha usaha yang lebih agresif dan berimpak seperti meyekat kemasukan pelancong berbangsa Yahudi, membawa masuk syarikat syarikat minyak dari negara negara lain seperti Perancis, meningkatkan dagangan dengan negara yang jelas menyatakan komitmen mereka dalam membela rakyat Palestin sepeti Venezuela dan China serta pelbagai lagi yang boleh dicontohi oleh negara negara lain. Mulakan dengan satu langkah, nescaya langkah seterusnya bakal dijejaki. Teruskan.

Read Full Post »

Pengundi pengundi di Kuala Terengganu hampir selesai menerima segala macam dan bentuk kempen. Pasti mereka sudah dapat menilai kebatilan dan kebenaran walau dakyah dan penipuan terang terang terus berlaku. Dunia hari ini yang sarat dengan maklumat dapat menjelaskan kita apa yang telah digelapkan. Perjuangan menegakkan kebenaran pasti berhadapan dengan halangan dam rintangan.
Di zaman yang mana sistem dan syiar Islam sengaja diroboh dan diceroboh, menjadikannya pendakwah bisu, maka kekentalan jiwa sahaja yang dapat menjadi galang ganti untuk seorang individu muslim berakhlak dengan akhlak Islam. Modal ini tidak cukup bila berhadapan dengan konflik kepentingan peribadi dan sentimen yang wujud di dalam politik kepartian.
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu membawa satu contoh yang mungkin tidaklah membawa konflik dan perbezaan pandangan yang besar hasil perubahan lanskap politik negara pasca PRU12. Namun kesannya tetap ada. Calon PAS untuk membawa suara Pakatan Rakyat di parlimen ada pilihan terbaik. Menjadi kewajipan untuk setiap ahli PAS memberikan sepenuh sokongan.
Jika ada yang berfikir untuk memprotes, lupakan. Ini bukan masanya. PAS perlukan setiap undi penyokong dan pendokongnya. Hayatilah perjuangan walau dengan satu undi. Hayatilah.

Read Full Post »

Selamat Mengundi Warga KT

Hari mengundi hampir tiba. Melunaskan tanggungjawab ini dikira kewajipan, bukan sekadar mempertaruhkan nasib. Memilih yang pemimpin yang baik dan benar adalah wajib, bukan sekadar berharap pada untung yang sedikit. Mengharapkan pembangunan adalah sesuatu yang boleh dikejar, namun tidaklah sampai tertipu dengan janji yang mencuit.

PAS berada dalam Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah lama mungkir janji, mengkhianati dan menzalimi rakyat. Maka usahlah terperdaya untuk kesekian kalinya. Rakyat Malaysia mengharapkan warga Kuala Terengganu bukan sekadar memberi undi protes malahan menyahkan terus UMNO dan BN dari kamus hidup mereka. Tiada lagi harapan dan kepercayaan yang patut diberikan. Memberi PAS dan Pakatan Rakyat peluang adalah satu anjakkan perubahan yang boleh menemukan warga KT dan rakyat Terengganu dengan sejuta lagi peluang, bukan setakat gula gula pilihanraya kecil yang takkan lama berbekas.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda warga KT!

Mulakan hari sabtu 17 Januari nanti dengan lafaz Bismillah!

Read Full Post »

PAS turun untuk menang. Dan strategi PAS melambatkan pengistiharan calon dilihat mengena. Itu yang saya boleh gambarkan pada saat ini. Hasil berulang alik dan berceramah/ berkempen pula menemukan dengan banyak pihak dan pelbagai cerita.

Pun begitu fokus kemenangan adalah sesuatu yang meniti di bibir hampir semua ahli, pendokong dan pemimpin PAS. Tiada yang ingin melihat pihak sendiri kalah dalam pertarungan. Berbeza dengan suasana berpecah belah di dalam UMNO yang begitu jelas, sehinggakan Presiden UMNO yang hanya tinggal 2 bulan lagi dari tempoh persaraan terpaksa turun awal.

Lalu, yang cuba ditimbulkan adalah pertembungan fikrah dalam PAS. Ini sudah dijangka. Kerana kelewatan itu sendiri boleh dijadikan alasan bahawa pimpinan PAs tidak sepakat dalam pemilihan calon. Namun yang membezakan pemilihan itu adalah ianya satu pendekatan syura yang telah dipraktikkan oleh Nabi SAW dan para sahabat serta solihin.

Sudah pasti keberkatan itu akan memberikan satu kekuatan tersendiri. Pun begitu, perlawanan sebenar di dala gelanggang juga adalah faktor besar yang boleh menentukan kemenangan calon. Kempen juga semakin rancak dan segala senjata digunakan. Pasti ada yang akan terpancul di saat saat akhir sehinggalah selesai pengiraan.

Dengan pemilihan UMNO juga semakin menghampiri, banyak juga komentrar dan pandangan yang dilontarkan termsuk isu yang bersifat nasional dan antarabangsa. Sekali lagi, isu perbezaan pendapat dan idealisma perjuangan di dalam Pakatan Rakyat dihighlightkan.

Kemenangan PAS dilihat membantu mengekalkan momentum kebangkitan rakyat selain berupaya memastikan tohmahan kepada PAS terutama yang bersifat dalaman itu dapat dipatahkan. Ini sangat penting. Manakala kekalahan UMNO sebenarnya tidaklah memberikan apa apa maksud yang besar kecuali ianya dilihat mengesahkan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa UMNO telah tersalah memilih calon. Kekalahan tidak bermakna Dato Seri Najib tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana plan peralihan kuasa telah diputuskan.

Maka, menjadi tanggungjawab pengundi memastikan bahawa mereka tidak terpengaruh dengan isu dan sentimen dalam meghantar suara mereka ke Parlimen. Selamat Mengundi!

Read Full Post »

‘Majoriti mahu ISA kekal’

Akhbar semalam melaporkan sebagaimana di bawah. Saya agak sangsi. Hanya mereka yang tidak yakin dengan undang undang Allah yang akan menggunakan kaedah ini. Di Myanmar, Junta tentera menahan tanpa bicara juga, tetapi suasana dalam negara mereka berbeza. Dan layanan di dalam penjara juga berbeza.

JIka seorang Menteri boleh mengeluarkan kenyataan sebegini tanpa fakta yang kukuh, dan saya pula menganggap pemimpin sebegini tidak akan berganjak demi survival politik mereka, maka gunakan makkal sakti untuk menumbangkan keangkuhan ini.

Turunlah berkempen di Terengganu demi mangsa ISA. Turunlah ke sana untuk hentikan kezaliman. Turunkan.

‘Majoriti mahu ISA kekal’

SHAH ALAM: Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) masih lagi relevan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan dengan majoriti rakyat mahu undang-undang pencegahan itu dikekalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar .

“Kalau itu yang dikehendaki oleh rakyat, suruh kita mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, kita akan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi mengikut kita punya kajian, majoriti rakyat mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dikekalkan,” katanya semasa Majlis Bicara Tokoh: “Masih Relevankah ISA” anjuran Kementerian Dalam Negeri dan badan bukan kerajaan, Shah Alam Free Speech di sini malam kelmarin.

Syed Hamid juga berkata, kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata, kedudukan mereka yang melalui proses tahanan ISA tidak terjejas kerana mereka bukan tahanan jenayah bahkan pengalaman mereka semasa tahanan mematangkan dan menjadikan mereka ahli politik yang berjaya.

“Jadi tidak ada perkara yang kita khuatir atau perlu berasa sebagai kerajaan ’apologetic’ atau minta maaf atas penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini,” katanya.

Kebanyakan mereka yang menentang akta tersebut kata Syed Hamid, adalah mereka yang menggunakan alasan politik sebagai perjuangan mereka kerana akta berkenaan menyekat aspirasi politik mereka.

“Berapa ramai orang politik masih bawah ISA kalau dibandingkan jumlah keahlian orang politik dalam negara. Setakat hari ini kita ada 43 orang dalam tahanan di bawah ISA yang majoriti dianggap kumpulan pelampau Islam, kumpulan militan Islam … kita tidak kira agama, kaum… kita hanya mementingkan keselamatan negara.

“Bahkan kerajaan menahan lebih ramai orang Islam daripada bukan Islam kerana kerajaan berpendapat mereka boleh mendatangkan huru-hara kepada keamanan negara,” katanya.

Syed Hamid berkata ada dua ancaman baru di Malaysia yang perlu dikawal dengan berhati-hati iaitu usaha melahirkan kebencian antara kaum dan agama dan kedua-dua unsur itu jika berlaku susah untuk dipulihkan.

Beliau berkata banyak negara jiran cemburukan Malaysia kerana mempunyai undang-undang pencegahan yang berjaya mengekang gerakan terorisme melampaui sempadan selepas tragedi 11 September dengan adanya ISA, kejadian seperti rusuhan di Thailand dan serangan pengganas di Mumbai dapat dicegah.

Sementara itu, seorang bekas tahanan ISA, Lokman Noor Adam yang turut memberi ceramah pada malam itu berkata, terdapat usaha di kalangan tahanan politik di Kem Kamunting untuk memomok-momokkan akta ini. – Bernama

Read Full Post »

Read Full Post »

Older Posts »