Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2009

Siapa Peralatkan SPR?

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia atau SPR merupakan badan yang ditubuhkan untuk membantu kelancaran proses demokrasi dengan mengambil tanggungjawab untuk mengadakan pilihanraya dan perkara yang berkaitan dengannya. Ini bersesuaian dengan Akta Pilihanraya 1958. Bidang kuasa SPR adalah jelas. Sekiranya tidak jelas, pasti banyak masalah yang timbul, sedangkan kos untuk mengadakan pilihanraya bukanlah sedikit.

Banyak pihak mempertikaikan ketelusan kerja SPR. Mengapa? Tentu ada sebabnya. Dan hari ini ia semakin disebut sebut, terutama apabila keputusan SPR menolak permintaan Speaker DUN Perak untuk mengadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering. Inilah permulaan kepada rentetan peristiwa yang melahirkan kacau bilau dalam pentadbiran kerajaan Perak Darul Ridzuan. Malah mungkin lebih lagi selepas ini. Dengan cubaan menggugat beberapa lagi kerajaan negeri di bawah Pakatan, tentu peranan SPR cukup penting.

Orang yang waras akan melihat SPR diperalatkan. Oleh siapa? Tentu sekali oleh pihak kerajaan yang melantik mereka. Sekiranya ini benar dan terus berlaku, amalan demokrasi negara akan berada pada tahap yang cukup rendah. Pilihanraya menjadi tiada erti. Walaupun kemenangan demi kemenangan dicapai oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12, ia tidak bermakna SPR telus dan bebas dari kongkongan pihak tertentu. Kuasa rakyat telah dizahirkan, dan kini kuasa Pencipta alam pula yang menghadirkan PRK di Parlimen Bukit Gantang pasti gagal disanggah oleh apa jua usaha untuk memartabatkan kuasa rakyat.

Sekiranya ingin dihormati, seandainya tidak ingin dibenci, andainya ingin mati dengan meninggalkan nama baik, sebagaimana harimau mati meninggalkan belang, maka jadikan amanah melaksanakan pilihanraya dengan sesempurna mungkin itu sebagai asas kepada mengekalkan kredibiliti SPR dan jatidiri sebagai anak bangsa yang mempertahankan prinsip dan kesucian agama.

Advertisements

Read Full Post »

Belum sempat menukilkan pengalaman berada di bumi anbiya semasa lawatan untuk menyerahkan bantuan kepada palestin tempohari, kini berhadapan dengan pelbagai isu isu yang nyata sekali tidak membawa apa jua manfaat kepada negara selain daripada menyerabutkan lagi minda mereka yang aktif menyumbang idea dan berusaha memulihkan demokrasi negara.

Demokrasi di negara kita seumpama kubur tanpa batu nesan. Perlu diamati betul betul baru dapat disahkan kubur itu wujud. Walaupun ada sedikit tanda, dan ianya katanya, sedikit dijelmakan oleh cucu seorang ulama, namun seolah olah di akhir hayatnya bergelar Perdana Menteri, sekadar menyaksikan kezaliman dan negara diperkotak katikkan oleh timbalannya.

Negara telah kacau bilau dek perasuah yang bertopengkan kerajaan. Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang undang dipermainkan dan diperlakukan sewenang wenangnya. Manusia bukan sekadar disogok dengan apa saja demi mencapai matlamat, malahan diugut dan dipaksa.
Lalu, mereka bukan lagi sekadar perasuah, malah perompak dan lanun.

Sekiranya ini tidak ditangani, masalah yang lebih besar akan timbul. UMNO/ BN umpama binatang peliharaan yang penuh kudis dan berpenyakit. Pemelihara mereka adalah rakyat dan jentera jentera kerajaan yang diperkudakan. Seandainya hidangan daging yang dijamu kepada rakyat itu tidak menampakkan kudis dan nanah tadi, ingatlah daging itu juga ada kuman dan berpenyakit. Tiada sebarang ubat untuk menyembuhkan sakit itu melainkan dengan menukar kepada yang baru.

Read Full Post »