Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2009

Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) menurut Transparency International ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah ahli ahli politik dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Rasuah politik bermaksud menyalahgunakan kedudukan awam untuk kepentingan peribadi. Kleptokrasi, iaitu kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa ini secara berleluasa di dalam sebuah kerajaan. Seakan boleh diandaikan negara itu diperintah oleh para pencuri. Samada rasuah itu dikira jenayah mahupun tidak, ia berbeza dari satu negara ke satu negara.

Negara kita tidak terlepas daripada najis rasuah. Malah indeks rasuah dunia juga meletakkan negara di tangga yang agak membimbangkan. Ini cabaran kepada semua pihak untuk memastikan reputasi negara dalam bab rasuah ini dapat diperbaiki. Sehari dua ini isu rasuah mendapat tempat yang agak tinggi dalam pengamatan masyarakat. Ini kerana pemilihan dalam perhimpunan agung UMNO. Tidak semena menanya Lembaga Disiplin UMNO dan SPRM menjadi 2 nama yang popular selain daripada mereka yang terbabit dan cuba dibabitkan. UMNO berhadapan dengan maslah rasuah yang cukup serius.

Usaha mendapatkan jawatan dalam parti dianggap batu loncatan untuk mendapatkan projek projek dan jawatan dalam kerajaan. Inilah bahana dari pemerintahan lama kerajaan BN. Meraka yang selesa dalam kerajaan cuba memastikan kedudukan mereka tidak terancam lalu menggunakan pelbagai cara untuk mengekalkannya. Politik wang dan najis rasuah adalah dua perkara yang sama. Politik wang bukanlah masalah parti semata mata. Ia adalah masalah negara. Dan rakyat perlu tahu apa yang berlaku. Dari mana datangnya wang mereka sebanyak itu? dan pelbagai lagi persoalan yang perlu dijawab.

Sekiranya perasuah itu boleh dipenjara, begitu juga mereka yang bersalah dalam mengamalkan politik wang. Sepatutnya mereka dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Kita mengharapkan Pak Lah dapat menjelaskan janji janji beliau sebelum masnya berakhir sebagai Perdana Menteri.

Advertisements

Read Full Post »

Politik tanahair sedang meniti jalan yang penuh ketidakpastian pada masa ini. Segala yang tidak pernah berlaku, tidak pernah terfikir dan tidak wajar terjadi tiba tiba menjadi satu permainan dan igauan. Permainan untuk mereka yang menggunakan segala kekuatan dan peluang untuk menghancurkan musuh musuh politik. Igauan buat mereka yang lemah untuk menutup segala najis rasuah yang melitupi kehidupan mereka sedangkan hakikatnya mereka adalah sebahagian daripada najis itu.

UMNO hari ini umpama sampah yang sedang hanyut di sungai yang tidak bertebing, menantikan sampah dan hanyutan lain untuk menahan dari terus dibawa arus deras. Atau mungkin kemarau sahaja yang mampu menghentikan hanyutan itu. Namun kemarau tidak akan kunjung tiba sekiranya ‘hujan rahmat’ terus membantu aliran itu.

Membiarkan percaturan politik dalaman UMNO mencorak masa depan dan hala tuju negara tidak sekadar memudaratkan kesejahteraan rakyat malahan membawa kemelut politik berpanjangan yang boleh menjejaskan kredibiliti negara dan keamanan serantau. Masalah dalaman UMNO yang begitu serius, tidak mungkin dapat diselesaikan dengan campur tangan lembaga disiplin dan SPRM semata mata. Ia memerlukan pembaikan yang menyeluruh dan bersungguh sungguh. Atau munculkan UMNO baru yang boleh memberi persaingan sihat untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

Rakyat pada satu ketika seakan merasakan mereka bakal mendapat kepimpinan baru dari UMNO/BN yang boleh menghapuskan rasuah, jika pun tidak memeranginya secara habis habisan. Namun kepimpinan Pak Lah nyata mengecewakan. Lemah dalam banyak sudut. Akhirnya rakyat menerima hukuman.

Hadirnya Pakatan Rakyat membawa pengharapan baru kepada majoriti rakyat. Jika ditolak mereka yang terpaksa mengundi BN kerana tekanan dan ugutan, pastinya PR lebih dekat di hati. Dan hakikat yang tidak dapat disangkal lagi, segala malapetaka politik hari ini mengukuhkan lagi pengharapan ini. UMNO menunggu masa untuk berkubur.

Read Full Post »

Semenjak kemenangan besar Pakatan lebih setahun lepas, rakyat terus menunjukkan sokongan. Malahan sokongan sahaja tidak memadai untuk rakyat menunjukkan kebersamaan mereka. Mereka menangisi kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak yang dirampas dengan begitu tidak beradab sekali, dengan segala tipu muslihat dan helah, dengan penuh kekejian dan kehinaan.

Sokongan dan simpati adalah dua elemen yang bakal melonjakkan Pakatan Rakyat ke mercu perdana, melangkah ke Putrajaya. Dan ini telah dibuktikan dalam 2 pilihanraya kecil yang telah berlangsung. Sekarang, rakyat dihadiahkan dengan 3 pilihanraya kecil. 2 daripadanya di atas kuasa Pencipta yang makhluk walau satu pun tiada pengetahuan mengenainya melainkan malaikat izrael apabila diperintahkan. Walaupun baru hilang penat bertarung dengan segala jentera dan senjata BN dalam PRK Kuala Terengganu, rakyat terus bersemangat, ceramah terus penuh dengan pengunjungnya dan wang ringgit, masa serta tenaga terus menjadi mahar untuk menjelmakan kemenangan di kala segala ujian menimpa,di saat ekonomi dunia dipermainkan oleh Yahudi yang menggila.

Dalam kegawatan politik dan ekonomi, rakyat tentunya merasakan ancaman kegawatan politik itu lebih merbahaya dan berisiko. Rakyat berhajatkan pada kestabilan. Untuk stabil, pastinya bukan lagi dacing yang menjadi penimbang. Untuk adil, bukan pula UMNO yang memperalatkan agenda perjuangan bangsa sebagai camouflage yang patut diberi pengharapaan. Lalu rakyat bangkit dan protes. Rakyat menolak sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan kerajaan BN.

Signal rakyat cukup jelas. Dan mereka tidak rela ditipu dan dipermainkan. Mereka bakal menunjukkan untuk ke sekian kalinya bahawa kuasa rakyat tidak boleh dipermainkan dan dirampas dengan sewenang wenangnya. Mereka menolak berita yang disangsikan kesahihannya dengan memboikot.. Salah satu akhbar perdana hari ini dikatakan mempunyai jualan sekitar 180,000 sahaja sehari. Ini tanda penolakan rakyat kepada berita berita yang diputar belt dan dipalsukan faktanya.

Semoga kebangkitan rakyat ini tidak disambut dengan lebih banyak lagi akta akta dan undang undang rimba yang bakal membangkitkan lagi kemarahan rakyat

Read Full Post »

Tentunya lontaran idea yang paling hebat bulan ini adalah tentang mewujudkan kerajaan campuran, yang sekaligus bakal meniadakan istilah pembangkang yang sekian lama disandang oleh pihak yang selain BN. Apakah sebenarnya yang ingin dicapai daripada kerajaan ini? Adakah sekadar alasan ekonomi yang ingin diselamatkan? Atau lebih daripada itu?

Sebenarnya sejarah telah cukup banyak mengajar kita perihal politik UMNO/BN. Bila tersepit dan ditolak, mereka mencari kawan dan dahan untuk berpaut. Bila berkuasa merekalah yang paling hampir dengan iblis yang begitu angkuh. Maka, yang ditawarkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah satu perangkap dan umpan. namun pada masa yang sama, ia juga boleh ditafsirkan sebagai satu krisis kepercayaan pimpinan UMNO kepada Najib Tun Razak yang dikatakan menghitung hari untuk bergelar Perdana Menteri Mlaysia ke enam; melengkapkan teori RAHMAN.

Tetapi untuk seorang yang bernama Najib Tun Razak melengkapi teori RAHMAN itu terlalu nampak cacat dan janggalnya. masakan tidak, terlalu banyak yang diperkatakan tentang beliau. Bila seorang Naib Presiden melihat keperluan kerajaan campuran, maka tiada makna sebenarnya pada pakej ransangan yang ditawarkan oleh Najib selaku Menteri Kewangan.

Tun Dr Mahathir sendiri begitu lantang mengingatkan Najib agar tidak memilih Perasuah di kalangan pimpinan UMNO. Bermakna ahli ahli majlis tertinggi UMNO itu tidak banyak yang boleh dipilih oleh Najib. Mungkin perlu menggunakan kuota Senator dengan semaksima mungkin dalam mencari mereka yang benar benar layak.

Namun yang dibangkitkan oleh Tun juga adalah, adakah Najib akan menjadi Perdana Menteri? Seakan ada tanda tanda dan simptom yang Najib mungkin kempunan untuk menjawat jawatan itu. Pertemuan yang dikatakan tidak diatur antara Pak Lah dan Anwar Ibrahim menambahkan lagi kebarangkalian itu. Mungkin kesukaran untuk berfikir waras itu juga menyebabkan beberapa orang yang dikatakan kem Pak Lah secara tiba tiba dikaitkan dengan kes rasuah.

UMNO sedang meniti hari hari gelapnya. Inilah hakikat bila kegilaan pada jawatan dan keangkuhan menjadi pakaian pemimpin UMNO. Bila semua cara digunakan untuk menyekat kemaraan rakyat, termasuk melalui agensi kerajaan dan pihak berwajib, melalui kuasa Speaker dan Hakim, maka tugas menyempurnakan kemarahan rakyat ini akan menjelma menjadi kebencian dan penolakan sekaligus melengkapkan pusara UMNO yang bukan sekadar bakal untuk tidak disinggahi oleh pelawat dengan tangisan, malahan hanya rintihan dan cemuhan yang bakal menanti. Hanya menanti satu demi satu salah laku untuk didedahkan.

Sambutan berkenaan kerajaan campuran oleh beberapa orang pimpinan PAS termasuk sahabat saya,Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat adalah bersyarat. Beliau sebenarnya mengulangi apa yang disebut oleh Tuan Guru Mursyidul Am bahawa Najib perlu menyelesaikan dahulu masalah yang telah ditimbulkan di Perak. Namun yang diambil oleh media putar belit dan kaki pelaga adalah separuh. Ini sengaja dibuat untuk mengeruhkan suasana jernih dalam Pakatan.

Perpaduan di dalam Pakatan Rakyat adalah kehendak rakyat. rakyat yang memilih untuk mengembalikan kuasa mereka yang telah dirampas, selepas kuasa raja raja melayu juga dirampas oleh kerajaan BN/ UMNO. Pastinya kerajaan campuran yang diidamkan oleh pimpinan UMNO, samada untuk survuval diri mahupun UMNO itu sendiri adalah omongan semata. Kerajaan campuran hanya layak menjadi bahan sejarah yang akan dimuatkan dalam wikipedia tanpa perlu ditambah tambah lagi.

Read Full Post »

« Newer Posts