Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2009

Royalti: Pusat Wajib Bayar

Royalti: 5 asas kukuh kenapa Pusat wajib bayar

Harakahdaily
BESUT, 26 Dis: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) mendesak Kerajaan Pusat supaya segera menunaikan janji dan tanggungjawab untuk membayar royalti petroleum kepada kerajaan di negeri-negeri dari mana minyak telah dikeluarkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah pada sidang media yang diadakan di sini, petang semalam.

Gegar adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan pada awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.

Menurut mereka, hujah utama mengapa kerajaan mesti mengembalikan wang royalti kepada negeri ialah komitmen kerajaan sendiri seperti mana yang telah disebut oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada 12 Disember 1975 di Parlimen bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membayar wang tunai tersebut kepada negeri.

Selain itu, ujar mereka, perjanjian telah dibuat pada 1975 antara Menteri-menteri Besar Semenanjung dengan Pengerusi Petronas untuk memberi lima peratus royalti kepada negeri.

“Dan berdasarkan niat dan amalan, Petronas telahpun membayar kepada kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak,” kata mereka.

Tambah mereka, pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 (United Nations Convention on the Law of the Sea) 1982 yang ditandatangani oleh Malaysia, yang menetapkan negeri mempunyai hak Zon Ekonomi Eksklusif menjangkau jarak 200 batu nautika.

Justeru, kata mereka pernyataan yang menyatakan jarak tiga batu nautika adalah mengelirukan kerana Akta Darurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum masih tidak wujud.

Mereka turut menghuraikan lima sebab mengapa kerajaan Pusat mesti mengembalikan royalti petroleum kepada rakyat melalui kedua-dua kerajaan negeri itu.

Pertama, perjanjian yang telah ditandatangani antara Menteri-menteri Besar bagi negeri-negeri di Semenanjung pada tahun 1975 dengan Pengerusi Petronas ketika itu, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah adalah sah dan Petronas adalah terikat kepada perjanjian ini.

Bagi Negeri Terengganu, pemberian royalti yang telah diberikan bermula 1978 sehinggalah ianya diubah kepada “wang ehsan” pada tahun tahun 2000. Persoalannya, kenapa dulu dikenali sebagai royalti dan kenapa sekarang ianya dikenali sebagai wang ehsan sedangkan berdasarkan kepada perjanjian, dengan terang ianya ditakrifkan sebagai royalti dan bukan ehsan.

Bagi negeri Kelantan, perjanjian telah ditandatangani antara Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas. Perjanjian ini telah mengikat kerajaan Persekutuan untuk memberi royalti kepada kerajaan Kelantan sebanyak lima peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun. Perjanjian ini tidak pernah dibatalkan.

Kedua, Akta Kemajuan Petroleum 1974 seksyen 4 telah menetapkan supaya Perbadanan (Petronas) hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai kepada kerajaan negeri sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak bagi negeri tersebut. Berasaskan peruntukan ini, penganugerahan wang tunai kepada negeri-negeri yang perairannya mempunyai minyak telah dibuat sejak dahulu.

Ketiga, kenyataan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa negeri Kelantan dan Terengganu tidak layak untuk mendapat royalti petroleum kerana petroleum yang dikeluarkan adalah dari luar kawasan perairan negeri-negeri ini (luar states territorial waters’ – ukuran melebihi tiga batu nautika seperti dalam Akta Pelantar Benua 1966) adalah tidak relevan dalam konteks pengeluaran minyak dan pembayaran royalti ini.

Sebagai contoh, perjanjian yang telah ditandatangi oleh Menteri Besar Kelantan pada tahun 1975 dengan Pengerusi Petronas tidak menetapkan perkara ini sebagai syarat.

Malah, berdasarkan hansard soal jawab Parlimen bertarikh 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Razak ketika menjawab soalan di Parlimen menjelaskan bahawa mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing sama ada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.

Dari segi sejarah, pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu telah dibuat walaupun pelantar cari gali minyaknya berada di luar dari tiga batu nautika.

Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Eksklusif yang diusahakan antara Petronas dengan Kerajaan Thailand di Laut China Selatan/Teluk Siam.

Keempat, pembayaran yang sepatunya adalah royalti dan bukan wang ehsan. Perjanjian pada 1975 itu menyebut pembayaran wang tunai dan bukan wang ehsan. Wang ehsan dan royalti adalah berbeza kerana wang ehsan memberi makna pemberian simpati sedang wang royalti adalah wang yang mesti dibayar hasil daripada perjanjian dan perundingan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Wang royalti hendaklah dibayar kepada kerajaan yang mentadbir secara sah di sesebuah negeri berkenaan. Sebaliknya, pembayaran wang ehsan kepada jabatan persekutuan yang beroperasi di negeri akan membuka peluang kepada pembaziran, pertindihan dan penggunaan wang secara tidak optimum kerana perancangan dan pembangunan untuk rakyat di negeri adalah dipimpin oleh kerajaan negeri.

Kelima, Kerajaan Persekutuan mestilah secara adil menegakkan konsep federalisme (persekutuan) kepada semua negeri di Malaysia.

Konsep federalisme menekankan kepentingan hubungan yang harmoni dan berkesan antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri setelah bidang kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ditetapkan dalam perlembagaan negara.

Dalam amalan federalisme, negeri yang berada dalam Persekutuan diberikan kuasa autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urus di bawah bidang kuasa mereka dengan berkesan.

Melalui perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.

Dalam konteks ini, pemberian wang royalti oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri adalah bukti penegakan konsep federalisme kerana kerajaan negeri berhak untuk merancang dan menentukan penggunaan wang royalti untuk kepentingan rakyat negeri berdasarkan bidang kuasa negeri.

Dengan itu, kata mereka, hujah pihak yang menolak pembayaran royalti iaitu minyak yang dikeluarkan adalah dari luar kawasan perairan negeri; negeri hanya layak menuntut jika minyak ditemui dalam jarak tiga batu nautika serta negeri (seperti Kelantan) tidak layak menuntut royalti minyak daripada Zon Ekonomi Eksklusif kerana ia bukan negeri adalah tidak dapat dipertahankan.

“Kesemua fakta dan hujah di atas menunjukkan kerajaan Persekutuan tidak ada pilihan melainkan membayar royalti kepada kerajaan negeri yang berkenaan yang seharusnya menggunakannya dengan sebaik-baik untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat jelata,” ujar mereka.

Read Full Post »

Perhaps we should give Islamic governance a try
Li Fook Gao

Remember the huge rally that was held in Kelantan on Dec 4, to show support for Tok Guru Nik Aziz’s leadership? Did you notice the crowd? It was a truly Malaysian-type rally where huge crowds from every race in Kelantan came out despite the rain to show their support for TGNA. Have you ever wonder why Kelantanese love him so much?

Is there something that we miss to learn from the Islamic way that TGNA adopted to govern Kelantan for the last 20 years? Did you know that for 19 straight years, Kelantan government has recorded zero graft cases among its Excos and MBs? How is that possible in Kelantan, but not in other states that were being ruled by Barisan Nasional? Was this a specialty of Islamic governance where it can ensure God-fearing politicians to be incorruptible?

In 2004, TGNA held on as Menteri Besar Kelantan with only 1 seat majority. Yet, despite being such a fragile government, not a single ADUN was successfully bribed to jump ship to topple the PAS’s government in Kelantan. Civil servants remained loyal to TGNA despite the razor thin majority he had for that 4 years. How could that possibly happen with such a powerful Barisan Nasional government we had in 2004; while it could happen to Perak with such a comparatively weaker Barisan Nasional government in 2009? Or is this one of the good effect coming from Islamic governance?

Why are the Chinese and the Indian in Kelantan still happily give their backing to TGNA despite the absence of the 4D gambling shops, lack of entertainment outlets and some restriction on liquor sale in certain areas of Kelantan? What is it in there for them to be happy? Is there something we don’t understand about the quality of life they are getting under TGNA’s Islamic way of governing? Or is it because they feel that life and opportunities are fairer there compared to other states in Malaysia?

And do you realize that Tun Dr Mahathir defeated almost every political enemy of his time during his 22 years as Prime Minister but one? Yes, he lost to TGNA! In fact he lost to TGNA for 3 subsequent terms! TGNA’s Islamic way of governing Kelantan had defeated Tun Dr Mahathir despite being the poorest state in Peninsular Malaysia and being continuously victimized by the BN federal government.

In a recently concluded interview with Malaysiakini, TGNA said PAS will continue to fight for hudud and Islamic laws to be implemented on Earth. The surprising thing about the interview was; there was no big public woo-haa over the matter like in the past. Nowadays whenever TGNA speaks of Islam, everyone listens attentively because he talks sense and he can relate Islamic teachings to our daily life.

Fewer people are feeling less comfortable with it because, now he had something to proof about the Islamic governance in Kelantan. As a person, his integrity is unmatched. He had gained the respect of the people after more and more good things about Kelantan were being exposed to the public.

TGNA has shown us through Kelantan that Islamic governance is the more suitable way of governing a plural society like us. Despite after years of Internet-less period being brain-washed by BN through media attacks on TGNA’s Kelantan, non-Muslims are beginning to believe that Islamic governance is not as fearful as what they had thought over these years. In fact, now they are starting to appreciate and see from their own eyes that Islamic governance in Kelantan is way better and fairer than the racism way practiced by the Barisan Nasional government.

Pakatan’s states especially Selangor, Kedah and Penang is always rocked by endless news of corruptions, abuse of power, racist stunts, Excos’ disunity, jumping frogs and open bickering. Moving forward, they should seriously start learning and adopting something from TGNA’s Islamic way of governing Kelantan to achieve zero corruptions on its Excos and MBs, maintain loyalty of civil servants and continuously enhancing the stability and unity between the rakyat and the state-government.

As TGNA said in his interview with Malaysiakini, “we have been exposed (probably being exposed too much) to democracy, socialism, nationalism and communism but not to Islam… Non-Muslim Malaysians should stop being afraid of Islam or being influenced too much by the western stereotype of Islam – that it is about terrorism and that it does not bring development and is backward.” Hmmm, maybe he is right… Perhaps we should give his Islamic way of governing a try….

What say you?

————————————————————————

Li Fook Gao thinks Islam is a beautiful religion.

Read Full Post »

Bersatu leburkan perkauman sempit

SHAH ALAM, 19 Dis: Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sepakat untuk meleburkan semangat perkauman sempit untuk mencapai tujuan yang lebih besar iaitu mencapai tujuan bersama untuk seluruh masyarakat Malaysia.

Kesepakatan ini diikrarkan oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ketika memberikan ucapan utama mereka di Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat pagi ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili parti masing-masing dalam menyampaikan kesepakatan itu.

Ketiga-tiga mereka memberikan ucapan utama di permulaan konvensyen pertama PR yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Slam (MBSA) pagi ini.

Lebih 1,500 pemimpin dan perwakilan memenuhi auditorium itu untuk menyertai konvensyen yang bertema ‘Memimpin Perubahan Menjana Kemenangan’ itu.

Di atas pentas utama, selain ketiga-tiganya, duduk di sana adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah, Nasharudin Mat Isa dan Karpal Singh di samping Datuk Seri Khalid Ibrahim, MB Selangor sebagai tuan rumah.

“Kita akan mengamalkan prinsip hubungan ‘karamah insaniah’ melawan perkauman sempit yang diperjuangkan oleh Umno,” kata Anwar.

“Kita mesti melihat kita semua dalam konteks ibu, ayah, anak, adik, abang, kakak dan sebagainya bukannya dari warna kulit dan kaum serta agama masing-masing,” kata Lim Guan Eng.

Abdul Hadi pula dalam ucapannya meminta semua pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat mendahulukan yang disepakati di kalangan mereka dan menangguhkan dulu perbezaan sehingga mereka mencapai kata sepakat.

Tindakan ini perlu untuk memboleh Pakatan bergerak ke depan tanpa dilagakan oleh musuh-musuh mereka.

Read Full Post »

Memperkukuh Pakatan Rakyat

Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk , ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang , setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

Walaupun sistem Demokrasi Berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara di kongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan diseluruh dunia. Keadaan ini tidak harus di biarkan berterusan, kerana menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.

Masalah-masalah itu termasuklah perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya, semuanya tidak terlaksana dengan cara yang tepat.

Akibatnya, perubahan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan, tanpa pakatan semua pihak, yang menyatukan tujuan melakukan perubahan, sehingga membebaskan diri majoriti rakyat lemah. Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah . Al Quran memaparkan kisah iktibar daripada kerajaan Fir’aun yang memerintah Mesir :

51. dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini – Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah arahan ku? tidakkah kamu melihatnya?

52. “Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

53. “(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin berpangkat besar), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”

54. (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (jahat).

Tamaddun Mesir yang terdiri daripada Piramid yang dijaga oleh UNESCO itu adalah bangunan bagi perkuburan Raja Mesir, satu pyramid untuk seorang raja, adalah merupakan suatu projek mega di zaman itu, dibangunkan dengan hasil memaksa rakyat dan merampas hasil negara untuk faedah golongan pemerintah sahaja. Projek seperti ini ada dikeseluruhan negara yang dianggap bertamadun awal, rakyat diperhamba dan perbodohkan. Amalan ini tetap berulang di zaman masing-masing termasuk zaman kita sekarang.

Sunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepencangan dalam amalan Demokrasi.

DEMOKRASI

Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang berasaskan Islam terus memilih pendekatan secara saluran demokrasi pilihanraya, walau pun banyaknya berlaku kepincangan dalam negara kita , kerana perubahan kepada demokrasi moden banyak menimba dari Tamadun Islam hasil hubungan barat dengan tamadun Islam dan hubungan Islam dengan Tamadun umat lain dari timur dan barat, kerana pesanan Nabi Muhammad S.A.W. : “Kebijaksanaan laksana barang berharga yang tercicir mesti dipungut walau dari mana datangnya”. Di samping hukum yang telah sedia ada dalam Islam, maka Islam menerima sistem dan hukum daripada masyarakat berbagai bangsa, agama dan budaya.

PAS yang berlandaskan Islam , yang tidak bersifat sekularisma seperti yang didokong oleh parti yang memerintah sekarang , terbuka kepada pakatan dengan semua pihak yang berhasrat baik dan berniat murni untuk menyelamat negara dan rakyat daripada gejala negatif seperti kezaliman, penyelewengan dan kelemahan yang menular dalam pentadbiran negara kita sekarang, melalui konsep demokrasi yang sebenarnya.

Demokrasi bukan hanya hari mengundi , ataupun sekadar memberi hak mengundi kepada mereka yang di senaraikan dalam daftar pemilih, tetapi hendaklah juga diambil kira cara pendaftaran berlaku dengan adil, pemikiran mereka membuat pilihan dengan maklumat media yang demokratik, suasana hidup yang tidak memaksa mereka dalam menentukan hak membuat pilihan, serta pengurusan pilihanraya yang adil.

Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak. Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.

Umat Islam sedang menyambut tahun baru hijrah bagi memperingati penubuhan negara masyarakat majmuk di kota Madinah 1430 tahun lalu, yang lahir daripadanya perkataan masyarakat madani yang dicetuskan oleh Ibnu Khaldun dalam buku tulisannya yang telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa . Umat Islam memperingati penubuhan negara masyakat majmuk, dalam keadaan jumlah penganut agama Islam adalah minoriti dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penganut berbagai agama yang terlibat dalam penubuhannya di peringkat awal dan negara itu berlansung sehingga lebih empat belas abad, sehingga tamat dengan kejatuhannya, apabila umat Islam sendiri tidak berpegang dengan ajaran mereka, maka PAS berharap rakan-rakan yang bukan Islam jangan mengambil contoh daripada Islam UMNO. Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam pakatan kerana inilah ajaran agama.

PERPADUAN

Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini. Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.

PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu, walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian. Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah :

(Dan di antara tanda –tanda ketuhanan Allah Yang Maha Esa ialah Dia mencipta langit dan bumi dan Dia mencipta kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit).

Maka mewajibkan adil kepada semua manusia :

وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل

(Dan apabila kamu memerintah di kalangan manusia hendaklah berlaku adil).

Haram berlaku zalim sesama manusia dalam segala aspek, hatta diperingkat antara bangsa, di masa aman dan perang. Apa lagi kalau kita semua dalam satu negara maka lebih haram lagi kalau berlaku zalim.

Perpaduan di kalangan manusia tidak berlaku dengan aspek ekonomi sahaja, atau aspek politik sahaja, dalam perbatasan negeri dan serantau sahaja, keturunan bangsa sahaja, tetapi perpaduan itu pernah berlaku dengan kosep adil untuk semua dengan maksud menyeluruh, tanpa mengira hanya satu aspek sahaja, bahkan merangkumi aspek ruhani dan jasmani, individu, keluarga, masyarkat, negara dan antarabangsa dan negara. Kerana naluri manusia yang hidup bermasyarakat tidak menjadikan satu bangsa itu menghasilkan segala keperluan hidup, berlakunya kepelbagaian kebolehan dan kepunyaan, selepas itu hendaklah adanya pertukaran keperluan yang mewajibkan percampuran yang berkongsepkan adil dan menghapus segala bentuk kezaliman di antara satu sama lain, di atas semangat persaudaraan kemanusiaan, walaupun berbeza dalam perkara yang banyak.

Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.

Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza.

MENGISI KEMENANGAN DI NEGERI DAN KAWASAN

Hari ini kita berbincang bagi merangka masa depan menghadapi pilihanraya ke 13, dalam masa yang sama kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu. Peristiwa Perak perlu menjadi contoh, perlu dilihat bukan sahaja kezaliman dalam amalan demokrasi merampas kuasa di Perak, tetapi juga perlu dilihat ruang kelemahan kita sendiri yang memberi peluang kepada lawan mengambil kesempatan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-yang telah kita kuasai adalah hujah terdekat bagi menghasilkan sokongan rakyat untuk Pilihanraya Ke13. Sekurang-kurangnya kita dapat mebebaskan diri daripada penyakit yang sedang menular dalam parti dan kerajaan BN disemua peringkat.

JENTERA PARTI

Perubahan kepada segala aspek sangat bergantung dengan peranan politik, di sinilah besarnya peranan kita bagi menyelamatkan negara kita. Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, sehingga menjadi ukuran untuk meletakkan calon, dan bukan sekadar meletakkan calon secara berangan-angan tanpa berpijak di atas bumi kenyataan melalui kekuatan parti yang sebenar, kemudian berkrisis dalam masalah menentukan calon. Hendaklah berusaha mencari seberapa banyak ahli yang ada untuk menjadi petugas parti dan cawangan yang ditubuhkan untuk menjadi jentera parti. Jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita. Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan . Saya percaya bahawa perbincangan kita hari ini lebih tertumpu kepada mengisi kemenangan.

PERKUKUH PAKATAN RAKYAT

Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai. Pendapat yang lemah juga tetap dihormati, kadang-kadang yang lemah hari ini menjadi kenyataan yang kuat di masa akan datang, oleh kerana itu dalam budaya ilmu Islam kami bukan sahaja mencatit pendapat yang menjadi keputusan muktamad, pendapat yang lemah juga dijadikan ingatan, dan tidak ada yang diperkecilkan. Kita juga menjadikan majlis ini sebagai medan persaudaraan yang menemukan kita semua di atas semangat persaudaraan dalam satu bahtera negara tercinta, kalau selamat bahtera ini, selamatlah kita semua dan sampai ke destinasi yang dituju untuk pilihanraya ke 13.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat berkonvensyen.
——————————–

UCAPAN PERDANA SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA OLEH DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) pada 19 Disember 2009 di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor

Read Full Post »

Renungan: Rakus Tercela

Ingatan bagi pelupa: Bangga, sombong ciri rakus tercela

ABUL-LAITS berkata: “Rakus itu ada dua macam, rakus yang tercela dan tidak tercela tetapi lebih baik ditinggalkan.

Rakus tercela ialah yang sampai melupakan kewajipan terhadap Allah atau mengumpulkan kekayaan untuk berbangga dan kesombongan.

Adapun yang tidak tercela iaitu tidak sampai meninggalkan kewajipan dan tidak bermaksud untuk kesombongan. Sebab antara sahabat juga ada yang kaya raya dan tidak dicela atau dilarang oleh Rasulullah SAW.

Abud-Dardaa’ menyebut rakus yang tercela iaitu menyebabkan mengabaikan perintah dan kewajipan terhadap Allah.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Hafsah binti Umar berkata kepada ayahnya (Umar): “Sungguh Allah memberi kepadamu kebaikan sebanyak-banyaknya, dan melapangkan rezekimu maka jika engkau makan yang lebih baik daripada makananmu yang biasa dan memakai lebih halus daripada pakaian biasa.”

Umar menjawab: “Saya akan mengajak engkau bertahkim kepada dirimu sendiri, lalu Umar mengingatkan keadaan Rasulullah SAW yang diketahui sendiri oleh Hafsah sehingga Hafsah menangis, kemudian Umar berkata: Saya mempunyai dua kawan, dan keduanya sudah menempuh jalan, maka jika saya menempuh jalan lain, maka tentu saya sampai ke jalan lain yang bukan jalan kedua kawanku itu, demi Allah saya akan sabar mengikuti kehidupan keduanya yang berat, semoga saya dapat mencapai kehidupan keduanya yang lunak dan puas.”

sumber: BH

Read Full Post »

Renungan: Mati Terhempap

Mati Itu Sesuatu Yang Pasti…

Wednesday, October 04, 2006

Mati Terhempap
ALOR STAR: Seorang warga emas meninggal dunia dipercayai akibat dihempap isterinya selepas kedua-duanya tergelincir di rumah mereka di Lorong Melati, Jalan Kota Tanah di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, N Syed Dawood N Syed Ahmad, 66, yang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, dikatakan terpijak air hujan yang bertakung di lantai sebelum terlentang di atas katil.

Isterinya, Fatimah Ramasamy Abdullah, 60, yang kudung kaki kiri dan bertongkat, cuba membantu tetapi turut tergelincir dan terhempap Syed Dawood. Pada masa sama, Fatimah yang menghadapi masalah darah tinggi, dipercayai diserang angin ahmar menyebabkannya tidak dapat bergerak.

Berikutan itu, Syed Dawood yang mempunyai berat badan kira-kira 50 kilogram (kg), dipercayai tidak dapat bernafas akibat ditindih isterinya yang dianggar seberat kira-kira 90 kg

Sementara itu, seorang jiran, Jamil Ismail, 52, berkata Syed Dawood mempunyai empat anak tetapi tidak tinggal bersama.

“Syed Dawood pernah mengadu mengenai masalah kesihatannya dan mengambil keputusan untuk menetap di Rumah Seri Kenangan Bedong, Sungai Petani.

AL FATIHAH

Read Full Post »

Pelaksanaan GST Tidak Membebankan – Shafie Apdal

SEMPORNA, 17 Dis (Bernama) — Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai pertengahan tahun 2011 tidak akan membebankan rakyat, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya pendekatan GST itu sudah diamalkan di seluruh dunia, dan perkara itu juga sudah dibincangkan dengan terperinci beberapa kali sebelum diputuskan untuk dilaksanakan dalam negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada 116 keluarga mangsa kebakaran Kg Air, di dewan masyarakat Semporna dekat sini.

Dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni semasa membacakan rang undang-undang mengenai GST berkata perlaksanaannya berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga dalam negara dengan penjimatan tahunan RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan, dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Husni: GST will put us among developed nations

IPOH, Dec 19 – The implementation of the goods and services tax (GST) is a means of placing the country’s economy at a level that is at par with those of developed nations and in keeping with changing times, said Second Finance Minister, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

He said the GST implementation gave the government an advantage,particularly in enhancing income flow, which can then be used to implement projects for the benefit of the people.

“Only three countries in the South-East Asian region do not practice this taxation system, that is Malaysia, Brunei and Myanmar. Brunei does not have a taxation system and we will join 143 other countries in implementing the GST.

“We need to change to ensure we stay in the best grouping,” he told reporters after a gathering at the Tambun parliamentary constituency mobile service centre here today.

He said the people were becoming more rational now and the efforts of specific groups who want the government to postpone or review the implementation, must have a strong reason and basis.

Ahmad Husni said the GST system to be introduced by the government is at four per cent to replace the sales and service tax at between five and 10 per cent at present, to increase the effectiveness of the country’s revenue collection.

“We believe the collection from the GST will be given back to the people,” he said.

— BERNAMA

Read Full Post »

Older Posts »