Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2010

Political Party Leaders Need To Pay Attention To Views Of NGOs – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, Jan 30 (Bernama) — Leaders of political parties should pay attention to the views of non-governmental organisations (NGOs) as they reflected the voices of the people.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said although the number of NGO’s was small they played a large role in general elections that could make parties win.

“In elections we do not need to get hundreds of thousands or tens of thousands of votes to win, just 102 will do to ensure victory or loss of a party,” he said at a ceremony to launch ‘Pertubuhan Perkasa Selangor’ here on Saturday.

Dr Mahathir said he himself had lost in the 1969 general election when he failed to defend his Kota Setar Selatan parliamentary seat in Kedah as he was too confident that the Malay voters in the area would support him.

This was because in the 1964 general election he had won the seat by defeating the PIMP, now called Pas, candidate Mohd Shaari Abd Shukor by a majority of 4,210 votes.

“And this was a Malay area. Of the 35,000 voters, only 5,000 were Chinese, Indians and Thais. Because I tried to champion the fate of the Malays I was also of the opinion surely many of them will give me victory,” said.

Dr Mahathir said due to thinking he will surely win, he did not pay attention if the Chinese in the constituency would vote for him or not.

As a result in that general Dr Mahathir was defeated by Yusof Rawa of Pas by a majority of 989.

As such, he said, that was why political parties must pay attention to the small groups as they can ensure a party’s win in an election.

— BERNAMA

Read Full Post »

Pengangkutan Awam Bandar Ditingkat Menjelang 2012

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Berikut adalah intipati Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dalam mempertingkatkan pengangkutan awam bandar:

*Meningkatkan peratus penggunaan keseluruhan pengangkutan awam daripada 10 peratus kepada 13 peratus pada 2010.

*Meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam daripada 240,000 kepada 265,000 pada tahun ini.

*Meningkatkan kebolehcapaian dan hubungan keseluruhan peratusan populasi yang menetap dalam jarak 400 meter daripada laluan pengangkutan awam daripada 63 peratus kepada 75 peratus.

Sasaran utama kerajaan adalah untuk meningkatkan standard pengangkutan awam di pusat populasi utama di Malaysia, bermula dengan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam pada waktu puncak iaitu dari pukul 7 hingga 9 pagi dengan sebanyak 25 peratus di Lembah Klang pada 2012, dan seterusnya di Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Kerajaan juga mensasarkan peningkatan tahap kebolehpercayaan iaitu masa perjalanan hanya 60 minit pada waktu puncak, selain meningkatkan tahap kepuasan pengguna dengan memberi keselesaan dan kemudahan pengangkutan awam.

Usaha meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar akan diberi tumpuan termasuk meningkatkan kebolehpercayaan dengan tumpuan kepada ketepatan masa perkhidmatan, seterusnya mengurangkan masa perjalanan.

Selain itu, meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam dengan keselesaan dan kemudahan, memastikan rakyat mendapat akses mudah kepada pengangkutan awam serta menyediakan kapasiti pengangkutan yang mencukupi bagi penumpang sedia ada dan penumpang baru.

Lima tindakan utama yang dikenal pasti bagi mempertingkat pengangkutan awam antara tahun 2009 hingga 2012 ialah dengan menyelaraskan kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya iaitu dengan meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan LRT sebanyak 1.7 hingga empat kali ganda.

Selain itu, antara usaha yang akan dilakukan bagi merangsang permintaan untuk menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam melalui inisiatif ialah mengintegrasikan tiket dan struktur tambang, menambah kira-kira 6,800 tempat meletak kereta baru di 14 stesen rel utama, mempertingkat perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi.

Penguatkuasaan dan pemantauan pula adalah penting bagi memastikan semua operator mematuhi standard operasi dan perkhidmatan minimum dan bagi mencapai tujuan ini, usaha untuk menyediakan sistem teknologi maklumat (IT) bersepadu secara menyeluruh, dan pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi penguatkuasaan utama adalah diperlukan.

Kenderaan berat juga akan dihalang daripada memasuki Kawasan Perniagaan Pusat (CBD) apabila tiga terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar bandar diwujudkan dan akan dimulakan dengan ITT Bandar Tasik Selatan.

Di pusat bandar pula akan diwujudkan dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar dan Hentian Akhir Bandar (HAB) dan 14 HAB akan disediakan bagi memudahkan pergerakan penumpang dan kenderaan pengangkutan awam di dalam pusat bandar.

Regulatori pula akan disusun semula dengan mempercepatkan formasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada penghujung 2010.

Ini kerana prasyarat kejayaan adalah mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab bagi perancangan dasar dan pemantauan kawal selia.

Buat masa ini, terdapat 13 kementerian dan pelbagai agensi terlibat dalam aspek pengurusan pengangkutan awam dan tiada satu badan yang menyelaraskan usaha merentasi pelbagai sistem pengangkutan awam secara keseluruhan.

Antara projek pengangkutan awam bandar yang telah dirancang pada tahun ini, ialah 800 perhentian bas yang akan dinaiktaraf, 4,000 petak letak kereta baru di stesen rel dan 200 bas baru akan disediakan.

Sementara 26 set tren empat koc di LRT Kelana Jaya telah mula beroperasi, selain pelancaran empat koridor baru bagi ‘bas expressway transit (BET) di Lembah Klang.

Semua operator pengangkutan awam pula diwajibkan mempunyai sistem tanpa tunai dan menawarkan tambang diskaun bagi tiket tanpa tunai pada tahun ini.

Bermula tahun ini juga, permohonan pembaharuan cukai jalan akan ditolak bagi pemandu yang tidak membayar saman, dan kenderaan berat tidak dibenar masuk ke pusat bandar pada waktu puncak.

— BERNAMA

Read Full Post »

Kerajaan Rancang Pelbagai Program Untuk Kurangkan Jenayah

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Berikut ialah antara intipati Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mengurangkan jenayah :

*Mengurangkan jenayah indeks keseluruhan jenayah jalanan sebanyak lima peratus bagi tahun 2010 hingga 2012.

*Mengurangkan kes kecurian ragut dan samun yang dilaporkan sebanyak 20 peratus untuk tempoh tahun yang sama (2010-2012) berbanding tahun lepas.

*Mempertingkatkan prestasi di seluruh sistem keadilan jenayah dengan menambahkan bilangan pesalah jenayah kekerasan yang dibawa ke muka pengadilan sebanyak 2,000 (2010-2012) berbanding tahun lepas.

*Mempertingkatkan persepsi awam tentang keselamatan.

*Menambahkan kepuasan awam terhadap polis atas unsur-unsur khidmat pelanggan.

*Penyingkiran bengkel-bengkel haram untuk tangani kes kecurian.

Kementerian Dalam Negeri selaku agensi yang terlibat secara penuh dalam usaha merancang pelbagai program dan pelan yang dirancang dilihat mampu menjayakan usaha kerajaan untuk mengurangkan jenayah.

Jika dilihat pada usaha untuk pengurangan jenayah jalanan, kerajaan bercadang mewujudkan kehadiran polis di mana-mana dengan mengenalpasti 50 kawasan panas berlakunya jenayah di empat negeri – Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

Selain itu, kerajaan bercadang untuk menempatkan 500 kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan panas untuk mencegah penjenayah dan untuk membolehkan polis mengenal pasti pesalah. Kebanyakan daripadanya akan dihubungkan kepada bilik kawalan daerah untuk membolehkan tindak balas segera.

Bagi mencapai KPI untuk mengurangkan kes kecurian kenderaan, ragut dan samun, kerajaan bercadang untuk menyingkirkan bengkel-bengkel haram yang bertindak sebagai saluran kepada penjual pasaran gelap alat ganti kenderaan yang diceraikan.

Selain inisiatif itu, kerajaan juga bercadang untuk memberi ganjaran kepada pemilik-pemilik yang memasang ciri-ciri keselamatan yang dipentingkan di mana pemberi insurans digalakkan melaraskan premium insurans menurut ciri-ciri keselamatan yang dipasang.

Ini bermakna premium yang lebih rendah bagi sesetengah pemilik, bergantung kepada ciri-ciri keselamatan yang dipasang dalam kereta, motosikal dan rumah mereka.

Bagi mencapai KPI untuk mempertingkatkan prestasi di seluruh sistem keadilan jenayah, kerajaan merancang untuk melaksanakan hukuman khidmat masyarakat untuk mencegah kesalahan berulang khasnya bagi pesalah bawah umur dan pesalah kali pertama.

Selain inisiatif itu, langkah lain adalah mewujudkan mahkamah khas bagi jenayah jalanan supaya kes-kes ini dapat dibicarakan dengan lebih cepat lagi.

Sementara itu, bagi mencapai KPI untuk mempertingkatkan persepsi awam tentang keselamatan ialah dengan menugaskan kembali pegawai kanan polis berpangkat Inspektor dan ke atas dalam tinjauan mesra di kawasan komersil, jalanan dan kawasan perumahan.

Ini juga termasuk mengadakan inisiatif supaya kesemua kenderaan peronda polis (MPV) dan Polis Masyarakat (POLMAS) akan berhenti untuk berbual bersama orang awam selama 10 hingga 15 minit bagi setiap jam ketika rondaan biasa.

Langkah lain adalah memperbaiki dan memperluas program ‘Feet on Street’ dengan membuat rondaan bersama sukarelawan polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam di kawasan panas dan meyakinkan masyarakat tentang keselamatan bersama.

Dalam usaha menambahkan kepuasan awam terhadap polis atas unsur-unsur khidmat pelanggan, kerajaan bercadang untuk menambah jumlah pegawai dan anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah seluruh negara.

Selain itu, kerajaan juga merancang untuk membenarkan orang awam melaporkan kejadian jenayah kepada polis yang membuat rondaan bagi memudahkan laporan disiapkan dengan cepat tanpa perlu ke balai.

Secara keseluruhannya, segala bidang tumpuan yang dirancang kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri untuk mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) yang disasar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memerlukan kerjasama semua pihak termasuk rakyat sendiri.

Ini kerana akhirnya rakyat sendiri yang akan menilai sejauh mana KPI itu mampu dicapai untuk mewujudkan kerajaan yang telus dalam setiap perkara yang dirancang dan dilakukan.

— BERNAMA

Read Full Post »

Memangkin Wawasan 2020 Melalui 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Berikut ialah intipati pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) ke arah memangkin Wawasan 2020 melalui 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

*Keadilan kepada semua sebagai intipati 1Malaysia, nasib semua kaum dibela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan

*Rakyat Didahulukan dengan memberi fokus kepada kemahuan dan keperluan mereka

*Memastikan Pencapaian Diutamakan melalui ketelusan dan akauntabiliti

*Panduan program kerajaan yang baru dan lama, termasuk Model Ekonomi Baru

*Tiga fasa transformasi – 2010-2012, 2012-2015 dan 2015-2020.

*Meningkatkan akses kaum Bumiputera kepada peluang perniagaan dan bantuan pendidikan berdasarkan merit dan keperluan.

Kerajaan memperkenalkan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai cara mempertingkatkan prestasi bagi mencapai Wawasan 2020 yang pertama kali digariskan pada 1990 dalam usaha negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Antara lain, ia mahu memastikan keadilan untuk semua kaum, rakyat didahulukan dengan memberi fokus kepada kemahuan dan keperluan mereka melalui ketelusan dan akauntabiliti.

Juga, 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan menjadi panduan program kerajaan yang baru dan lama, termasuk Model Ekonomi Baru, tetapi kerajaan menekankan tumpuan kepada sektor-sektor penting tidak dapat dielakkan kerana negara perlu memberi fokus kepada dasar dalam mana-mana insentif, geran dan bantuan kepada sektor teras pilihan.

Program GTP akan dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tiga fasa, sehingga 2020, dan komited untuk memberikan hasil kejayaan bagi setiap dimensi yang terkandung dalam prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Di bawah fasa pertama dari 2010 hingga 2012, objektif kerajaan adalah menentukan enjin baru bagi melaksanakan perubahan dan membina momentum dan keyakinan dengan objektif menyampaikan hasil besar kepada rakyat dengan segera.

Antara lain, ia menekankan untuk meningkatkan perpaduan di mana GTP berharap dapat meningkatkan akses kepada peluang-peluang berdasarkan keperluan dan merit dan bukannya berdasarkan latar belakang serta menyediakan kualiti hidup yang lebih baik.

Menurut GTP, tidak sepertimana negara lain yang menggunakan konsep asimilasi penuh bagi membangunkan satu identiti kebangsaan, 1Malaysia adalah berbeza kerana ia menghormati kepelbagai kumpulan etnik dan diambil kira sebagai aset kompetitif negara.

Sambil menekankan tiada kaum akan dipinggirkan, GTP mahu meningkatkan akses kaum Bumiputera kepada peluang peniagaan dan bantuan pendidikan berdasarkan keperluan dan merit dan bukan berdasarkan hubungan peribadi.

Menurut pelan hala tuju itu, ini amat penting kerana masyarakat Bumiputera merupakan paling ramai yang miskin berbanding kumpulan etnik utama yang lain – 8.3 peratus isirumah Bumiputera diklasifikasi sebagai miskin dan meningkat kepada 13.4 peratus bagi isirumah Bumiputera di luar bandar.

Dalam fasa kedua yang meliputi 2012 hingga 2015, transformasi kerajaan akan lebih melebar dan mendalam dengan pembentukan sebuah negara berpendapatan tinggi.

Perubahan asas seperti dibayangkan oleh Wawasan 2020 akan berlaku pada fasa antara 2015 hingga 2020 di mana rakyat akan mengalami suatu perasaan baru sebagai rakyat Malaysia, dengan tahap kemakmuran yang lebih tinggi dan kualiti perkhidmatan awam yang lebih baik.

“Dijangkakan kerajaan akan menjadi lebih kecil dan lebih tangkas dan bekerja rapat dengan sektor swasta bagi menyampaikan perkhidmatan awam yang cekap – berteraskan kepada pelanggan dan persaingan”.

— BERNAMA

Read Full Post »

Taraf Hidup Isirumah Berpendapatan Rendah Ditingkat Menjelang 2012

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Berikut ialah intipati Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah:

* Membasmi bilangan 44,000 isi rumah yang miskin tegar sepenuhnya pada akhir 2010.

* Mengurangkan tahap insiden kemiskinan daripada 3.6 peratus kepada 2.8 peratus antara tahun 2010 dan 2012.

* Meningkatkan jumlah usahawan wanita baru yang terlatih daripada bilangan isirumah berpendapatan rendah sebanyak 2,000 orang yang akan dilaksanakan secara berperingkat antara tahun 2010 hingga 2012.

Takrifan isi rumah berpendapatan rendah (LIH) adalah isi rumah yang mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM2,000 sebulan, yang mewakili 75 peratus median pendapatan di negara ini.

Miskin pula adalah isi rumah dengan jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM750 sebulan, manakala miskin tegar menggambarkan isi rumah yang mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM440 sebulan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah agensi yang bertanggungjawab memastikan jurang sosio-ekonomi antara golongan kaya dan miskin tidak terus melebar.

Pelbagai inisiatif dan insentif telah dan akan diperkenalkan oleh kementerian dalam memastikan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang disasar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) itu tercapai.

Sebagai permulaan, kerajaan telah memastikan pengagihan bantuan kebajikan Persekutuan diterima pada hari pertama setiap bulan bagi membantu mengurangkan kesempitan hidup golongan miskin dan miskin tegar bermula pada 1 September 2009 bagi Semenanjung dan 1 Januari 2010 bagi Sabah dan Sarawak.

Kerajaan juga akan menyediakan bantuan perumahan kepada mereka yang memerlukan sepertimana yang diumumkan dalam Bajet 2010 dengan menawarkan kira-kira 44,000 rumah kos rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN) kepada penyewa pada harga kira-kira RM21,500 sehingga RM35,000 seunit, selain menawarkan 74,084 rumah sewa pada harga yang rendah.

Bagi melengkapkan golongan miskin dan miskin tegar dengan keupayaan untuk meningkatkan pendapatan mereka, kerajaan akan memperkenalkan program Gerakan 1Azam bertujuan membina keupayaan mereka dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

Gerakan 1Azam terbahagi kepada beberapa inisiatif iaitu 1 Azam Kerja, 1 Azam Niaga, 1 Azam Khidmat dan 1 Azam Tani yang berlandaskan konsep pemacuan produktiviti dan pengurusan bantuan, bagi mengangkat taraf kehidupan golongan miskin dan miskin tegar.

Selain itu kerajaan juga mensasar pembukaan 50 buah kedai runcit Jimat 1Malaysia tahun ini dengan satu kedai di setiap daerah menjelang 2011 bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan sasaran.

Kerajaan juga akan membangunkan mekanisma untuk memberi kredit mikro kepada isi rumah berpendapatan rendah yang layak bagi mereka memulakan perniagaan kecil supaya dapat beransur-ansur menghentikan mereka daripada bantuan kewangan jangka panjang kredit. Sekurang-kurangnya satu projek perintis akan diperkenalkan bagi setiap negeri pada suku pertama 2011.

Dalam sektor kesihatan, kerajaan mensasarkan untuk menambah bilangan klinik kesihatan di bandar, luar bandar dan klinik kesihatan bergerak, iaitu sekurang-kurangnya satu klinik kesihatan bergerak bagi setiap negeri bagi membekalkan perkhimatan kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Langkah itu akan dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan ahli keluarga dalam isi rumah berpendapatan rendah supaya mereka dapat terus bekerja bagi menyara keluarga, dan sebagai permulaan, Bajet 2010 memperuntukkan RM10 juta bagi menubuhkan klinik komuniti 1Malaysia di kawasan bandar.

Kerajaan juga akan memperluaskan bantuan kewangan kepada rakyat isi rumah berpendapatan rendah bagi membeli anggota badan tiruan dan prostetik, selain membina sekurang-kurangnya satu pusat prostetik di setiap negeri agar mereka yang memerlukannya dapat bekerja semula.

Kerajaan juga sedang mengkaji kaedah penetapan gaji minimum bagi membolehkan semua rakyat Malaysia mendapat gaji sekurang-kurangnya di tahap Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) iaitu RM750 sebulan atau lebih kurang RM4.70 sejam, dan langkah ini tidak akan dilaksanakan sebelum 2012 dan akan dilaksanakan secara berperingkat supaya tidak memberi kejutan kepada majikan.

Inisiatif dalam bidang pendidikan akan terus dititik beratkan di mana kapasiti asrama bersubsidi akan ditambah bagi membantu pelajar yang memerlukan penginapan, misalnya daripada kawasan luar bandar, meneruskan pelajaran mereka.

Melalui pendidikan, kerajaan menjangka dapat melatih dan membangunkan tambahan 2,000 usahawan wanita daripada kalangan isi rumah, akan dilatih di antara 2010 dan 2012.

Selain itu, kerajaan juga meletakkan sasaran untuk semua isi rumah miskin tegar menikmati perlindungan insurans yang turut meliputi polisi kematian dan penyakit kritikal pada 2012, dan bagi mencapai sasaran itu, kerajaan akan bekerjasama dengan institusi insuran swasta bagi menawarkan skim insurans 1Malaysia.

Bagi memastikan kesemua inisiatif di atas dilaksanakan secara berkesan dan lancar, kementerian akan melaksanakan beberapa perubahan struktur antaranya menubuhkan entiti Perkhidmatan Pembangunan Sosial (SDS) bersepadu, menubuhkan Inspektorat Bebas Bagi Pembangunan Sosial dan menginteraksi pangkalan data.

Masyarakat awam pula diminta memainkan peranan untuk membantu pihak yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti isi rumah berpendapatan rendah yang difikirkan layak menerima bantuan dan menolong mereka untuk mendaftar dalam e-Kasih melalui internet.

— BERNAMA

Read Full Post »

Infrastruktur Asas Luar Bandar Dipertingkat

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Berikut adalah intipati Pelan hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar:

*Mensasarkan jarak 210 km jalan raya baru yang diturap di Semenanjung, sementara 192 km di Sabah dan 145 km di Sarawak pada tahun ini.

*Menambah bilangan rumah yang baru dibina/dibaikpulih sebanyak 5,819 buah di Semenanjung, 4,988 di Sabah dan 5,819 di Sarawak.

*Meningkatkan rumah dengan akses kepada bekalan elektrik daripada 99 peratus kepada 99.6 peratus di Semenanjung, daripada 67 peratus kepada 72.6 peratus di Sarawak dan 77 peratus kepada 80.8 peratus di Sabah pada tahun ini.

*Meningkatkan rumah dengan akses bekalan air bersih atau dirawat daripada 89 peratus kepada 91.8 peratus bagi Semenanjung, dari 57 peratus kepada 62.1 peratus di Sarawak dan dari 57 peratus kepada 58.7 peratus di Sabah pada tahun ini.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selaku agensi bertanggungjawab akan memastikan rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar dihubungkan kepada rangkaian jalan perhubungan dan mempunyai akses perumahan, bekalan elektrik serta air bersih.

Sasaran yang ditetapkan kementerian adalah tinggi dengan membina 11 kali ganda panjangnya kilometer jalan raya atau dinaik taraf, 2.5 kali ganda bilangan rumah yang dibina atau dibaik pulih, lima kali ganda bilangan rumah dengan bekalan elektrik serta menghubungkan tujuh kali ganda bilangan rumah dengan bekalan air bersih dalam tempoh tiga tahun yang akan datang berbanding yang telah dicapai sepanjang tempoh 2006-2008.

Bagi menjayakan sasaran kerajaan itu, kementerian berkenaan mengambil beberapa inisiatif antaranya menggunakan kaedah penyampaian yang inovatif, cepat dan kos terendah misalnya membina rumah direka bentuk standard, janakuasa hibrid solar, elektrik mikro hidro, telaga tiub, telaga graviti atau pemulihan air hujan.

Selain itu, kementerian juga berusaha memperbaiki proses administrasi sedia ada bagi mengurangkan masa yang diperlukan misalnya proses tender terbuka untuk jalan raya tanpa mengetepikan tadbir urus yang baik.

Inisiatif lain juga dipilih termasuk mempermudah dan bekerja rapat dengan pembekal untuk memastikan bekalan dan kesediaan jentera, bahan seperti pendawaian elektrik, pra campuran serta sumber manusia seperti kontraktor dan pakar perunding serta memastikan pengurusan program yang efektif dengan memantau projek dengan rapi agar ia disampaikan tepat pada masa dan mengikut bajet.

Melalui sasaran kementerian dalam mempertingkatkan kemudahan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, lebih kurang 1,900km jalan raya akan dibina di Sabah dan Sarawak, dengan lebih kurang 70 peratus akan diturap dan bakinya merupakan jalan batu kerikil.

Hasil daripada program ini dijangkakan tambahan 800,000 orang akan dihubungkan kepada rangkaian jalan raya.

Setiap satu daripada jalan raya yang akan dibina dan dinaik taraf di seluruh negara telah dikenalpasti secara terperinci dari segi lokasi dan destinasi, jumlah jarak, lebar, bahan yang digunakan, agensi pelaksana dan masyarakat yang hendak dihubungkan.

Di bawah program kementerian ini, sebanyak 50,000 rumah akan dibina untuk golongan miskin dan miskin tegar iaitu dua pertiga daripadanya akan dibina di Sabah dan Sarawak, manakala selebihnya di Semenanjung.

Bagi memastikan penerima bantuan betul-betul berkelayakan, agensi di peringkat daerah dan negeri diberi tanggungjawab mengenalpasti golongan terbabit.

Rumah-rumah yang dibina atau dibaik pulih akan dibina mengikut rekabentuk standard, dibahagikan kepada bahan-bahan komponen iaitu alang keluli, papan lapis, lepa, pasir, campuran siap dan lain-lain, serta kos buruh standard, bagi memastikan kualiti setiap rumah terjamin serta penjimatan kos pembinaannya.

Sementara itu, setelah mengambil kira analisis faedah kos yang teliti, kementerian memutuskan untuk menggunakan teknologi penjanaan kuasa teragih seperti janakuasa hibrid solar atau elektrik mikro hidro untuk sesetengah kawasan luar bandar yang terletak jauh daripada infrastruktur penjanaan dan transmisi elektrik.

Sasaran kementerian adalah sebanyak 140,000 rumah tambahan akan disambungkan dengan bekalan elektrik 24 jam, dengan sebanyak 95 peratus daripadanya di Sabah dan Sarawak.

Pada masa ini, di Semenanjung telah mempunyai kadar liputan bekalan elektrik yang tinggi iaitu lebih kurang 99 peratus, manakala di Sabah sebanyak 77 peratus dan Sarawak 67 peratus.

Bagi bekalan air bersih atau air dirawat pula, sebanyak 360,000 rumah disasarkan disambung dengan kemudahan itu, dan di bawah program ini 36 projek loji rawatan air akan dibina untuk memberikan bekalan kepada kawasan di luar bandar.

Sesetengah kawasan luar bandar yang agak jauh daripada loji rawatan air serta paip utama, keputusan dibuat untuk menggunakan kaedah alternatif seperti telaga tiub, telaga graviti atau pemulihan air hujan.

— BERNAMA

Read Full Post »

Sembilan Inisiatif Utama Untuk Banteras Rasuah

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Barikut adalah intipati Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk membanteras rasuah:

*Meningkatkan Skor Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) dari 4.5 kepada 4.9 tahun ini

*Meningkatkan peratusan yang menjawab “berkesan” dalam Kajian Global Corruption Barometer TI terhadap tindakan kerajaan dalam membanteras rasuah dari 28 peratus sekarang kepada 37 peratus tahun ini.

*Meningkatkan jumlah kes didakwa berbanding jumlah tangkapan pengedaran dan pemilikan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya dari 75 peratus ke 80 peratus tahun ini

*Meningkaktan jumlah saman yang diselesaikan berbanding dengan saman yang dikeluarkan polis dari 50 peratus kepada 61 peratus dan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dari 60 peratus kepada 78 peratus

*Meningkatkan jumlah kes didakwa berbanding jumlah tangkapan dan tahanan di bawah Undang-undang Imigresen dari 53 peratus ke 60 peratus tahun ini

*Meningkatkan cukai yang diperoleh semula daripada barangan yang diisytihar di bawah harga sebenar daripada RM9 juta kepada RM21 juta tahun ini

*Jumlah penemuan audit terhadap salah urus perolehan setiap kementerian daripada 11.2 kepada 10.6 tahun ini.

*Meningkatkan peratusan perbicaraan diselesaikan dalam setahun daripada 8.5 peratus kepada 30 peratus

*Mesasarkan sebanyak 80 jumlah individu dalam pangkalan data pesalah daripada sifar pada tahun ini.

Kerajaan akan memantap dan memperkukuhkan unit-unit pematuhan dengan sasaran meraih semula keyakinan terhadap agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan — Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Untuk itu, kerajaan antara lain akan melantik kakitangan unit pematuhan dengan sewajarnya, memberikan kuasa kepada unit untuk bertindak di bawah pengawasan langsung ketua agensi dan sebuah Suruhanjaya Bebas selain mewujudkan sebuah rangka kerja penyokong.

Bagi mengurangkan peluang berlakunya amalan rasuah, turut dilaksanakan ialah penggiliran kerja untuk menghalang pegawai penguatkuasa daripada membentuk hubungan kerjasama dengan organisasi jenayah dan mewujudkan carta liga prestasi bagi semua pihak berkuasa tempatan.

Parameter surat sokongan, yang kerap diguna untuk mempengaruhi kakitangan kerajaan bagi memintasi dasar dan tatacara standard kerajaan dalam mendapatkan kontrak, akan diperjelaskan amalannya dan akan dikurangkan secara berperingkat.

Butiran kontrak perolehan kerajaan akan didedahkan di mana kementerian perlu menerbitkan maklumat secara berpusat di portal e-kerajaan ringkasan projek-projek di mana perolehan dirancang dan dianugerah oleh kementerian berkenaan.

Orang ramai akan dihubungkan dengan laman web kementerian berkenaan untuk mendapatkan butiran selanjutnya mengenai projek atau perolehan itu.

Untuk meningkatkan ketelusan pembiayaan politik, undang-undang sedia ada akan dikuatkuasakan dan kajian untuk mengubahsuai pembiayaan politik akan dilaksanakan.

Kerajaan juga mencadangkan supaya ahli politik dan parti politik disyaratkan mendedahkan sumber pembiayaan dan perbelanjaan mereka kepada agensi yang bersesuaian.

Dasar toleransi sifar terhadap rasuah akan disokong dengan perlindungan pemberi maklumat dengan penggubalan Undang-udang Perlindungan Pemberi Maklumat.

Semua kes rasuah yang dilapor akan disiasat sepenuhnya tanpa mengira kedudukan dan butiran mengenai pesalah yang disabitkan kesalahan akan didedah kepada orang ramai sebagai tindakan pencegahan dan hukuman yang cepat dan keras terhadap mereka yang didapati bersalah kerana rasuah.

Kebebasan institusi utama akan diperkukuhkan dan ini antara lain melibatkan kajian terhadap Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) untuk mencari jalan memperkukuh peranannya dalam mencadangkan pelantikan kehakiman.

Akta untuk mendakwa kes rasuah dalam setahun juga digubal terutama yang membabitkan kepentingan awam dan dalam hal ini untuk memastikan pendakwaan yang segera dan cekap, tatacara bagi rakaman kenyataan saksi dan penyampaian sepina akan diperkukuh.

Selain itu jadual pelaksanaan ketat akan dikuatkuasa terhadap semua proses dan tatacara pendakwaan dan keupayaan pengendalian kes mahkamah akan ditingkat menerusi pelantikan Timbalan Pendakwa Raya tambahan dan penubuhan mahkamah rasuah khas.

Akta SPRM akan dipinda untuk mengenakan hukuman yang lebih keras berdasarkan keseriusan kesalahan memandangkan pada masa sekarang tidak ada hukuman minimum ditetapkan.

Di samping itu, struktur hukuman lebih keras juga akan dilaksana terhadap pegawai awam yang disabitkan kesalahan (kakitangan awam dan ahli pentadbiran, perundangan dan kehakiman).

Pangkalan data pesalah ‘namakan dan malukan’, pendekatan dalam bentuk pangkalan data awam yang menyenaraikan pesalah rasuah akan dilaksanakan dan pangkalan data ini juga akan berfungsi mempermudah keputusan pengambilan kerja, terutama bagi jawatan sensitif yang melibatkan kuasa dan amanah.

— BERNAMA

Read Full Post »

Older Posts »