Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Kenyataan’ Category

Selamat Datang Ramadhan

Salam ramadhan,

Belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Almubaraq, bulan penuh baraqah, ganjaran dan keampunan. Moga ianya tidak berlalu tanpa membawa kita ke gerbang ketaqwaan.

Berikut merupakan tulisan sahabat saya yang disiarkan dalam blognya mengenai fitnah di awal bulan Ramadhan Al Mubaraq. Kepada saudara yang menjawab bagi pihak saya, diucapkan terima kasih. Kepada mereka yang telah meletakkan diri mereka di luar dari landasan perjuangan dengan penyebaran fitnah ini, moga hidayahNya jua yang menyaksikan anda kembali kepadaNya dengan penuh ketenangan.

DR Rosli menjawab Tulisan Saudara MSO
http://pinkturtle2.wordpress.com/

Pada 21 Ogos 2009,saudara MSO ada menulis mengenai Dr Rosli Allani Abdul Kadir Pembantu Khas (PA) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa di bawah posting yang bertajuk Qiaserey Goodbye . Apa yang diulas oleh saudara MSO ialah penyebab mengapa DR Rosli mengambil keputusan untuk berhenti berkerja dengan Datuk Husam dan beberapa pekara yang tidak menyenangkan berlaku diantara Datuk Husam dan Dr Rosli…

Kebetulan pada dua malam lepas saya sendiri sempat bertemu dengan DR Rosli di Restoran wakaf Siku hadapan CIMB Bank Wakaf Siku … Selesai saya sembang dengan seorang kawan, saya mengajak Dr Rosli yang kebetulan keseorangan di meja sebelah datang ke meja saya untuk bersembang panjang…Setelah berbual panjang dengannya,saya pun bertanyalah kepadanya beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh saudara MSO itu… Terang lagi bersuluh,maka dapatlah beberapa jawapan yang sudah beberapa hari bermain di fikiran saya mengenai Posting yang di tulis oleh saudara MSO itu…

Banyak benda dan persoalan yang dimainkan dan dibangkitkan Oleh MSO dalam tulisannya itu hampir semuanya tidak betul sama sekali mengikut kata DR Rosli.. Mengikut Dr Rosli beliau sudah lama menyatakan hasratnya untuk berhenti kepada datuk Husam kerana ingin menumpukan sepenuh masa pada Perniagaan Hemodialisisnya yang berpusat di Wakaf Che Yeh yang sedikit tergendala akibat tidak mendapat perhatian penuh daripadanya.Selain itu beliau juga ingin menumpukan pada kerja-kerja parti di peringkat kawasannya dan di peringkat negeri yang disandangnya.

Mengikut DR Rosli, Datuk Husam tidak pernahpun melemparkan Fail di hadapannya seperti mana yang di tulis oleh saudara MSO.. Beliau pun hairan dari sumber mana MSO dapat sehingga di bawa masuk ke dalam postingnya.Tambahnya lagi,sepanjang beliau bekerja dengan Datuk Husam, beliau tidak pernahpun dimarahi oleh Datuk Husam… Menurut beliau lagi,Datuk Husam tidak pernahpun menunjukkan kemarahannya kepada beliau samada di hadapannya atau di hapanan staf yang lain… Walaupun kadang-kadang ada juga Datuk Husam tidak berpuas hati atau tidak sependapat dengannya dalam sesuatu pekara, tetapi beliau tidak pernah pun memperlihatkan kemarahannya itu.. ini luahan Dr Rosli kepada saya sendiri… saya tidak pandai nak menongkot tambah dalam tulisan saya,melainkan apa yang telah diceritakan oleh Dr Rosli kepada saya sendiri.

Selain itu juga, menurut DR Rosli beliau sendiri amat berpuashati dengan Ekspedisi ke Pelantar minyak tempoh hari dan beliau sendiri terlibat secara langsung dan diamanahkan sebagai AJK penting dalam Ekspedisi tersebut. Mana mungkin ini boleh dijadikan alasan atau sebab kepada saudara MSO untuk mengaitkan pemberhentiannya ini..

Dari apa yang saya kenal dan memerhati dari jauh, Dr Rosli ni bukan dari jenis ampu mengampu… kalau dia tak puas hati dia cakap terus terang walaupun Bosnya sendiri.Dia tak pandai nak bodek-bodek..kalau betul,dia cakap betul kalau tak betul,dia cakap tak betul walaupun berkaitan dengan Datuk Husam sendiri…

Pertemuan dan perbincangan kami selesai lebih kurang pukul 1:30 pagi…

Wassalam

Advertisements

Read Full Post »

      Kenyataan Media Lajnah Antarabangsa DPPP

Lajnah Antrabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memandang serius laporan mengenai wanita rakyat Malaysia yang menjadi mangsa diperalatkan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa.  Sebagaimana yang disebut oleh Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, kes seumpama ini semakin meningkat dengan tahun ini sahaja sebanyak 30 orang ditahan dan kini merempat di penjara beberapa negara asing. Malahan ada juga yang berhadapan dengan hukuman mati mandatori. Wanita Melayu adalah yang tertinggi ditahan iaitu 15 orang manakala India (tujuh), Cina (enam) dan kaum lain (dua).

Laporan itu juga menyebut kes melibatkan wanita Malaysia berumur antara 20-an dan 30-an diperalatkan sindiket dadah terus berulang di mana pada Oktober sahaja, tiga lagi wanita tempatan yang bertindak sebagai drug courier (pembawa dadah) bagi menyeludup dadah sama ada secara sedar atau tanpa sedar ditahan di dua buah negara iaitu di Caracas, Venezuela dan Australia.

Melihat kepada kes Raja Munirah Raja Iskandar yang mendapat liputan meluas di media perdana, Lajnah Antarabangsa DPPP amat terkejut dengan perkembangan ini, seolah olah kes yang berlaku pada akhir tahun lalu itu tidak dijadikan pengiktibaran oleh individu individu terbabit.

Lajnah Antarabangsa  DPPP mengharapkan rakyat Malaysia  yang mendapat  tawaran  berkerja di  luar  negara   atau mana mana individu yang  baru  dikenali,  lebih berhati  hati di  dalam tindakan  yang diambil.  Adalah diharapkan juga, pihak berkuasa mengambil  langkah  sewajarnya  untuk menjalankan  penyiasatan  kerana dibimbangi lebih ramai lagi akan terjebak di  dalam kancah  yang bukan  sahaja meninggalkan kesan  yang negatif kepada  hidup individu  terbabit malahan pihak keluarga mereka dan negara Malaysia sendiri.

Lajnah Antarabangsa DPPP juga mengajak semua pihak mendoakan agar rayuan pada  Selasa  ini yang  dikemukakan oleh  Raja Munirah,  setelah dijatuhkan  hukuman  tujuh  tahun  penjara  oleh  mahkamah Jepun sebelum ini,  sekurang kurangnya dapat dikurang demi masa depan beliau.

Dr Rosli Allani Abdul Kadir 

Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPP (07/09)

22 Dzulkaedah 1428 bersamaan 2 Disember 2007  

Read Full Post »

Sempena  6 tahun masyarakat dunia mengingati kemusnahan World Trade Center dan peristiwa di sekelilingnya, Lajnah Antarabangsa DPPP mengajak semua khususnya umat Islam di Malaysia untuk terus berusaha menambahkan kefahaman dan penghayatan agama sebagai salah satu mekanisma untuk mencuit hati manusia kepada keindahan Islam, satu satunya agama dan anutan yang diterima disisi ALLAH SWT, Pencipta segala makhluk.

 

Islam yang berkembang sejak dari dahulu lagi adalah di atas kemurniaan akhlak dan perilaku pengikutnya sebagaimana yang dianjurkan dan dapat diteladani dari sirah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Sesungguhnya Islam tidak tertegak dengan mata pedang dan kekerasan sebagaimana dicanangkan oleh ramai orientalis dan pihak yang tidak senang dengan kebangkitan Islam.

 

Lajnah Antarabangsa DPPP mengajak semua untuk peka dengan berita dan tohmahan yang diterima melalui media media antarabangsa khususnya dan dalam negeri amnya kerana peluang untuk memutarbelitkan sesuatu isu amat mudah dilakukan untuk keuntungan sesetengah pihak mahupun untuk mensensasikan sesuatu berita.

 

Pertembungan dan konflik yang sengaja ditimbulkan telah mengorbankan ramai yang tidak berdosa, meruntuhkan sebuah tamadun dan peradaban manusia serta menjadikan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung seolah masalah sesebuah negara dan masyarakat, bukan lagi tanggungjawab bersama.

 

Setidak tidaknya atas nama kemanusiaan negara umat Islam perlu mengingati dan membantu kesusahan yang ditanggung oleh mereka yang kurang bernasib baik, bukan setakat bangga dan menyambut kemerdekaan negara masing masing dengan pembaziran dan aktiviti aktiviti yang kurang bermanfaat.(dikhabarkan sambutan 50 tahun kemerdekaan negara menelan belanja lebih RM100juta!)

 

Lajnah Antarabangsa DPPP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaraq kepada semua masyarakat Islam dan mengajak semua memperbanyakkan ibadah khususnya derma, memberi makan orang miskin dan sedeqah jariah kepada masyarakat dunia yang kurang bernasib baik.

 

Salam Ramadhan

 

 

Dr Rosli Allani Abdul Kadir

Pengerusi Lajnah Antarabangsa

Dewan Pemuda PAS Pusat

Read Full Post »

Parti Labour Baru?

Dewan Pemuda PAS Pusat ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri baru Britain di atas perlantikannya.

Pada masa yang sama Dewan Pemuda PAS mengharapkan Perdana Menteri baru Britain ini dapat mengakui kesilapan strategi dan langkah yang terlalu mengikut telunjuk dasar luar Amerika Syarikat yang diamalkan oleh Perdana Menteri sebelumnya, Tony Blair. Ianya dengan jelas menurunkan populariti Parti Labour sebagaimana yang digambarkan oleh banyak pungutan suara serta keputusan pemilihan peringkat majlis daerah ( Local Election) yang berlangsung semenjak tahun lalu.

Peperangan di atas  nama Terrorisme yang dicanang oleh Kerajaan Amerika Syarikat telah nyata meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Kehancuran Iraq dan Afghanistan yang disaksikan oleh seluruh dunia memerlukan kos dan tenaga yang bukan sedikit untuk membangunkan semula masyarakat dan Negara. Kerosakan prasarana, hospital-hospital, rumah-rumah peribadatan dan pejabat-pejabat kerajaan serta tempat tempat bersejarah tidak dapat digambarkan kedasyatannya. Ini tidak termasuk ketidakstabilan politik serantau akibat daripada tindakan ini serta polisi- polisi yang diamalkan.

Dewan Pemuda yakin Perdana Menteri baru ini akan mengambil pendekatan berbeza, malah mengharapkan usaha yang lebih gigih untuk mendekati masyarakat Islam serta lebih memahami hak hak mereka. Ini termasuk menangani permasalahan yang berlaku di Palestin yang secara jelas mencabuli hak dan kebebasan umat Islam. Perlu diingat sejarah telah memahatkan pelbagai sumbangan dan hasil kerja tangan umat Islam di dalam membina tamadun dan pembangunan masyarakat yang wujud pada hari ini.

Kerajaan Britain sepatutnya  menjaga kedudukan dan nama baik mereka yang menjadi contoh dan panduan kepada banyak Negara membangun di atas sumbangan dan peranan yang mereka mainkan. Mengikut telunjuk dan pendekatan yang diambil oleh bekas Perdana Menteri, Tony Blair sebelum ini ke atas polisi Amerika Syarikat bukan setakat mengundang kemarahan umat Islam, malah boleh menjejaskan kredibiliti beliau sendiri dan seterusnya kedudukan Parti Labour di dalam politik Britian.

Akhirnya Dewan Pemuda berharap usaha dan pendekatan yang diambil dalam menangani Islamophobia di Britain dapat membantu rakyat Malaysia di sana khususnya para pelajar untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan terjamin untuk pembelajaran mereka.

 

Dr Rosli Allani Abdul Kadir

Pengerusi Lajnah Antarabangsa

Dewan Pemuda PAS Pusat

Read Full Post »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di dalam ruang dan kesempatan di alam bloggers ini, kita boleh menghargai sebuah kebebasan untuk menguji aliran dan mainan minda untuk dikongsi bersama dengan bloggers dan pembaca yang lain. Namun di sana tetap ada batasan dan had yang menjadi sempadan idea dan pemikiran manusia kerana manusia adalah bahan ciptaan. Maka ruang keilmuan manusia yang pelbagai pelbagai itu juga ada hadnya.

Bersyukur kerana kelahiran blog ini memberi satu lagi ruang kepada muda mudi dan intelek dari seluruh dunia untuk perihatin dan seterusnya sama sama berfikir dan bertindak untuk menjadi seorang pemikir dan berjiwa Negarawan walau sekecil mana dirasakan sumbangan mereka.

Diharapkan ruang dan peluang ini dapat dimanfaatkan oleh semua dengan suasana perbincangan yang berhemah dan bijak untuk manfaat semua samada dalam bahasa ibunda mahupun bahasa Inggeris.

Admin~

Read Full Post »