Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Pemuda PKR desak tindakan disiplin terhadap MP Zulkifli Nordin

PETALING JAYA, Jan 24 – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan disiplin terhadap wakil rakyatnya Zulkifli Noordin yang membuat aduan di Akta Hasutan terhadap Ahli Parliman Khalid Samad.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Zulkifli Noordin tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Tindakan Zulkifli Noordin bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zulkifli, yang pernah disiasat Jawatankuasa Disiplin PKR dua tahun lalu berhubung isu lain, semalam membuat aduan polis ekoran saranan Khalid agar enakmen agama Islam Selangor disemak atas alasan ia sudah ketinggalan zaman.

Sambil menyifatkan tindakan Zulkifli semalam sebagai ala Umno, Shamsul Iskandar berkata pihaknya mahu pucuk kepimpinan mengambil tindakan tegas ke atas anggota Dewan Rakyat itu.

“Kami sangat kesal dengan tindakan beliau yang bertentangan dengan rangka kerja bersama Pakatan,” kata beliau selepas mesyuarat AMK di sini.

“Kami juga mencabar beliau tampil dan menjelaskan kepada AMK berhubung tindakannya… kami mencabar beliau agar berdebat dengan kami atas prinsip agama Islam dan ilmu.

“Surat formal akan dihantar kepada beliau dalam waktu terdekat,” kata beliau dan menambah pihaknya berpandangan isu berkenaan sudah selesai selepas Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli politik, sarjana dan pemimpin NGO Islam baru-baru ini.

“Nampaknya tidak dan ia berterusan dengan tindakan Zulkifli,” katanya lagi.

Semalam, Zulkifli berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah “Allah” ketinggalan zaman.

“Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan,” katanya.

Pada 21 Jan lepas, Khalid berkata enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dengan alasan pada masa undang-undang itu diluluskan mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

Kenyatan Khalid itu merujuk kepada Enakmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

“Saya percaya kenyataan Khalid adalah berunsur hasutan dan menghina Tuanku Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri dan umat Islam secara umumnya,” kata Zulkifli.

Laporan polis itu dibuat bagi membolehkan Khalid disiasat sama ada mengikut Akta Hasutan, Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau enakmen atau undang-undang berkaitan Islam bagi negeri Selangor.

Menurut Zulkifli, Khalid juga seharusnya tidak lagi berada dalam PAS dan menubuhkan partinya sendiri memandangkan tindakan beliau sejak kebelakangan ini, dilihat sering bertentangan dengan pendirian PAS dan dasar Pakatan Rakyat.

Kedua-dua Khalid dan Zulkifli sudah ‘permusuhan’ dalam isu ini sejak awal bulan ini.

Ditanya sama ada beliau sendiri bersedia sekiranya PKR bertindak terhadapnya kerana tindakannya, Zulkifli berkata: “Saya tak akan halang PKR dari mengambil tindakan kalau mereka perlu ambil tindakan.”

Shamsul Iskandar menjelaskan PKR dan sayap pemudanya sentiasa konsisten bahawa Islam adalah agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi tindakan Zulkifli bertentangan dengan pendirian bersama PR dalam isu kalimah “Allah”.

PR, yang turut dianggotai PAS sebagai komponen yang lazimnya berpendirian konservatif dalam soal-soal berkaitan agama, berpendapat bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah” selagi ia tidak disalahgunakan, ekoran keputusan mahkamah yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan itu dalam edisi Bahasa Malaysia.

“Apa yang beliau lakukan bertentangan dengan prinsip musyawarah,” kecam Shamsul Iskandar.

Bagaimanapun ketua AMK itu tidak menjelaskan apabila ditanya bentuk tindakan tegas termasuk kemungkinan Zulkifli dipecat dari parti, yang patut diambil ke atas beliau.

“Saya pasti parti akan melihat perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata, AMK akan mengedarkan 100,000 salinan risalah bertajuk “Kes Qazaf Saiful” di masjid-masjid utama di seluruh pada Jumaat ini.

Ia menyentuh bahawa kes liwat melibatkan Anwar, yang didakwa oleh bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan, wajar dibicarakan di bawah sudut qazaf di Mahkamah Syariah.

Read Full Post »

Kempen Kurangkan Pengambilan Gula Digiatkan

IPOH, 18 Dis (Bernama) — Walaupun kerajaan tidak berhasrat menghapuskan subsidi gula dalam masa terdekat, orang ramai perlu faham dan mendapat maklumat yang jelas mengenai penggunaan bahan itu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata setiap tahun kerajaan memperuntukkan RM720 juta untuk menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram, namun pada masa yang sama, penggunaannya yang berlebihan menyebabkan ramai yang menderita akibat pelbagai jenis penyakit.

“Kerajaan juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi menampung kos rawatan penyakit yang berkaitan penggunaan gula berlebihan,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan pelekat kenderaan, poster dan buku panduan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula di Plaza Tol Ipoh Selatan (Arah Utara) di sini pada Jumaat.

Beliau berkata pihaknya sedang menggiatkan kempen ‘Kurangkan Pengambilan Gula’ bagi tujuan membekalkan orang ramai dengan maklumat yang jelas mengenai penggunaan bahan itu.

Tan berkata kempen anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Jumaat diyakini mampu meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kesan penggunaan gula yang berlebihan dan kempen itu akan diperluaskan ke seluruh negara.

— BERNAMA

Read Full Post »

Senyum Itu Ibadah

Lemparkan Senyuman: Malaysia Sasar Kedudukan 10 Terbaik, Kata Murugiah

IPOH, 18 Dis (Bernama) — Kerajaan menyasarkan kedudukan 10 negara terbaik dalam kajian oleh sebuah badan bebas terhadap rakyat yang sentiasa melemparkan senyuman kepada orang ramai bagi tahun 2010, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata beberapa kempen yang dibuat sebelum ini berjaya meletakkan negara di tangga ke-26 pada tahun ini tetapi ketinggalan jauh dari negara jiran, Indonesia yang kini di tangga pertama.

“Saya kini dalam proses akhir menyiapkan kertas kerja ‘Senyum Senyum 1Malaysia’ dan akan dibentangkan kepada Menteri sebelum dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau berkata kajian oleh sebuah badan bebas di Sepanyol itu mendapati rakyat Malaysia lebih melemparkan senyuman kepada pelancong asing berbanding kepada masyarakat tempatan.

Sementara itu, Murugiah meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat yang mewakili kaum India agar bersabar berhubung isu meminta kerajaan membenarkan pengambilan 12 mata pelajaran maksimum dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata desakan kumpulan berkenaan yang meminta semua menteri dan timbalan menteri daripada kaum India meletak jawatan tidak akan memberikan sebarang kesan dan bukanlah jalan terbaik dalam merealisasikan tuntutan berkenaan.

“Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam sedang mengusulkan kepada Kabinet agar membenarkan pelajar India mengambil maksimum 12 mata pelajaran bagi peperiksaan SPM. Pintu rundingan masih belum ditutup… jadi saya minta semua bersabar dan jangan membuat sebarang andaian dan keputusan sendiri,” katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menggugurkan 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar kerana pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009.

DPT yang diperakui SPR itu adalah bagi tempoh Julai hingga September tahun ini.

Berikutan itu, jumlah pemilih pendatar terkini ialah seramai 11,085,863 – termasuk 81,625 pemilih dalam DPT suku tahun ketiga itu, yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPR turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.

“SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR.

“Waris-waris boleh menghantar salinan tersebut secara pos atau faks atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri ataupun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya,” menurut kenyataan itu.

Pemilih berdaftar turut digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas sebarang kesilapan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina dan sebagainya.

Orang ramai yang berminat boleh membeli DPT Suku Tahun Ketiga 2009 dengan membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi SPR di 03-8885 6500, mana-mana Pejabat Pilihanraya Negeri ataupun di laman web http://www.spr.gov.my. – Bernama

Read Full Post »

Himpunan mansuhkan ISA yang berlaku semalam tidaklah yang teramai dari segi penyertaannya berbanding Bersih. Namun mesejnya tetap sama. Rakyat ingin menyatakan ketidakpuashatian mereka kepads kerajan BN yang terus bermaharajalela. Mereka lebih suka pihak polis, badan kehakiman, SPRM dan lain lain yang berhadapan dengan rakyat yang tidak sukankan mereka. Betapa baculnya spesis BN terutamanya UMNO. Tidakkah mereka mahu sedar, hampir separuh rakyat Malaysia menolak mereka pada PRU12?

UMNO/BN di bawah Dato Seri Najib cuba mengumpan rakyat dengan pelbagai janji dan gula gula politik. Yang peliknya, yang dituduh adalah pihak Pakatan Rakyat khusunya PAS. PAS dianggap memperalatkan rakyat dalam demonstrasi untuk kepentingan politik. Sememangnya itulah UMNO. Membela rakyat yang dizalimi dikatakan berpoltik sedangkan membela kroni dianggap perjuangan suci.

Macamana mahu melahirkan 1UMNO sekiranya kroni yang diutamakan? Mugnkin mereka akan mengatakan parti seperti PAS juga sudah berpecah dan berpuak puak. Ini bukan medan untuk menolak atau menerima kerajaan perpaduan yang ditaja oleh pihak tertentu. Namun, mengamati senario dalam UMNO sendiri menunjukkan penyatuan tidak akan berjaya atas nama apa sekalipun seliranya pihak yang ingin berkerjasama itu kosong jiwa mereka.

Isu ISA menampakkan sekali lagi bahawa toleransi merupakan istilah yang tidak wujud dalam kerajaan UMNO/BN. Mereka melaungkan perpaduan sedangkan suara rakyat tidak mereka pedulikan. Mereka menyalahkan Tuan Guru Nik Aziz kerana menolak kerajjaan perpaduan sedangkan mereka di belakang tabir menghantar pegawai pegawai untuk melunakkan Tuan Guru, lalu dimainkan oleh Media bahawa Tuan Guru Menteri Besar menyambut Perdana Menteri.

Seolah olah Tuan Guru sanggup menggadaikan prinsip yang menjadi pegangan sekiranya tuntutan Kerajaan Kelantan dilunaskan oleh Pusat. Siapa di belakang pertemuan ini? Haruslah diselediki tujuan mereka mengatur pertemuan ini. Kita yakin Mursyidul AM PAS dipandu olehNYA dalam membuat keputusan yang dasar. Beliau bukan begitu mudah terpengaruh dengan pujukan dan rayuan.

Himpunan mansuhkan ISA merupakan satu lagi mercu tanda yang mengajak rakyat tanpa mengenal latar belakang untuk bersama menuntut hak mereka. Inilah konsep 1Malaysia yang sebenar benarnya. Inilah erti perpaduan yang bukan setakat kerajan, bahlan rakyat dan kerajaan akan bersatu padu demi keadilan sejagat. Demi kemenangan umat.

Read Full Post »

Pengundi pengundi di Kuala Terengganu hampir selesai menerima segala macam dan bentuk kempen. Pasti mereka sudah dapat menilai kebatilan dan kebenaran walau dakyah dan penipuan terang terang terus berlaku. Dunia hari ini yang sarat dengan maklumat dapat menjelaskan kita apa yang telah digelapkan. Perjuangan menegakkan kebenaran pasti berhadapan dengan halangan dam rintangan.
Di zaman yang mana sistem dan syiar Islam sengaja diroboh dan diceroboh, menjadikannya pendakwah bisu, maka kekentalan jiwa sahaja yang dapat menjadi galang ganti untuk seorang individu muslim berakhlak dengan akhlak Islam. Modal ini tidak cukup bila berhadapan dengan konflik kepentingan peribadi dan sentimen yang wujud di dalam politik kepartian.
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu membawa satu contoh yang mungkin tidaklah membawa konflik dan perbezaan pandangan yang besar hasil perubahan lanskap politik negara pasca PRU12. Namun kesannya tetap ada. Calon PAS untuk membawa suara Pakatan Rakyat di parlimen ada pilihan terbaik. Menjadi kewajipan untuk setiap ahli PAS memberikan sepenuh sokongan.
Jika ada yang berfikir untuk memprotes, lupakan. Ini bukan masanya. PAS perlukan setiap undi penyokong dan pendokongnya. Hayatilah perjuangan walau dengan satu undi. Hayatilah.

Read Full Post »

Selamat Mengundi Warga KT

Hari mengundi hampir tiba. Melunaskan tanggungjawab ini dikira kewajipan, bukan sekadar mempertaruhkan nasib. Memilih yang pemimpin yang baik dan benar adalah wajib, bukan sekadar berharap pada untung yang sedikit. Mengharapkan pembangunan adalah sesuatu yang boleh dikejar, namun tidaklah sampai tertipu dengan janji yang mencuit.

PAS berada dalam Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah lama mungkir janji, mengkhianati dan menzalimi rakyat. Maka usahlah terperdaya untuk kesekian kalinya. Rakyat Malaysia mengharapkan warga Kuala Terengganu bukan sekadar memberi undi protes malahan menyahkan terus UMNO dan BN dari kamus hidup mereka. Tiada lagi harapan dan kepercayaan yang patut diberikan. Memberi PAS dan Pakatan Rakyat peluang adalah satu anjakkan perubahan yang boleh menemukan warga KT dan rakyat Terengganu dengan sejuta lagi peluang, bukan setakat gula gula pilihanraya kecil yang takkan lama berbekas.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda warga KT!

Mulakan hari sabtu 17 Januari nanti dengan lafaz Bismillah!

Read Full Post »

Older Posts »