Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Julai 2008

Suasana kecoh di dalam politik negara hasil daripada keputusan PRu ke12 yang lepas nampaknya belum menunjukkan tanda reda. Mutaakhir ini, semuanya tertumpu kepada mukabalah / pertemuan beberapa pimpinan PAS dengan UMNO.

Tentunya beberapa isu besar yang sedang dan telah menyenakkan minda pemimpin politik khususnya dari kalangan UMNO dan rakyat secara amnya tenggelam akibat cetusan terbaru ini. Siapakah yang memulakannya dan apa tujuannya? Barangkali beberapa persoalan perlu dijawab sebelum pergi lebih jauh.

Pakatan Rakyat yang masih di awal penubuhannya laksana satu perkahwinan dalam Islam yang proses taarufnya (perkenalan) baru ingin dipanjangkan di saat segalanya kelihatan manis. Hatta darah yang hanyir itu dikatakan manis. Dengan sikap dan sifat manusia yang dijadikan pelbagai, apatah lagi kefahaman dan anutan yang berbeza, pasti segalanya tidak semudah yang disangka.

Malah sudah pasti di sana ada permintaan dan tuntutan yang berbeza. PAS dengan hudud dan negara Islamnya dan DAP/ PKR dengan tuntutan yang mengikut acuan mereka. Apakah dengan sekadar beberapa permintaan dan tuntutan individu itu segalanya sudah dikira berakhir? Sebagai ahli PAS yang walaupun baru setahun jagung, saya berpendapat sangat tidak adil kita mengkesampingkan satu cita cita malah peluang yang diberi oleh rakyat sekadar untuk diperkudakan oleh beberapa ekor kuda kuda liar.

Rakyat yang menuntut satu perubahan besar akibat hidup yang semakin terhimpit, dan kemualan oleh keegoan pemimpin mengharapkan satu sinar baru tercetus daripada kepercayaan yang diberi. Mereka perlukan pembelaan. Mereka tidak berhajat kepada balas membalas komen antara pimpinan Pakatan Rakyat. Tidak pula mereka ingin mendengar pujian, kejian serta sindiran di kalangan ahli politik.

Namun sekiranya ini berterusan, saya menyeru semua ahli dan pimpinan PAS /Pakatan Rakyat bersedia untuk pilihanraya semula. Dan kita sudah boleh mengagak apa keputusannya nanti sekiranya sesetengah kita masih diulit mimpi kesenangan dan kemewahan yang disaji oleh UMNO atas nama perpaduan.

Read Full Post »