Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Serantau’ Category

Jom Derma

Hospital Kerajaan Dan Swasta Hadapi Kekurangan Bekalan Darah

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) — Beberapa hospital kerajaan dan swasta mengalami kekurangan bekalan stok darah akibat pendermaan darah yang tidak begitu memberangsangkan sedangkan permintaannya adalah tinggi.

Hospital Pantai Kuala Lumpur umpamanya hanya mempunyai bekalan stok darah 15 unit pain sehari dan terpaksa meminta bekalan darah dari Pusat Darah Negara sekiranya berlaku kes kecemasan bekalan seperti untuk kegunaan pembedahan dan bersalin.

Pada Rabu lepas, hospital berkenaan memerlukan lebih 20 pain darah dan terpaksa meminta bantuan dari Pusat Darah Negara untuk menampung kekurangan bekalan darah hospital itu.

Pegawai Penyelidik Hospital Pantai Kuala Lumpur Lim Yen Yen berkata walaupun hospital itu menganjurkan program derma darah bagi menampung keperluan bekalan darahnya tetapi ia tidak mendapat sambutan.

“Hanya 30 peratus sahaja penderma yang menderma berbanding sasaran kami iaitu sebanyak 70 peratus penderma melalui program derma darah yang diadakan di hospital kami pada hujung minggu dan pada hari-hari tertentu. Biasanya pun mereka terdiri kalangan pengunjung hospital sahaja,” katanya.

Pegawai Makmal Transfusi Tabung Darah Hospital Serdang, Ruzaina Ariffin, pula berkata bekalan di hospital itu adalah terhad dan hanya akan meminta stok darah dari Pusat Darah Negara apabila diperlukan.

Katanya kebanyakan kes yang memerlukan darah di hospital itu melibatkan penyakit jantung.

“Kami mendapatkan stok darah secara langsung dari Pusat Darah Negara yang sentiasa bekerjasama dengan kami untuk memastikan bekalan darah terus ada,” katanya.

Pegawai Juruteknologi Makmal Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Noor Azura Ismail, berkata hospital itu memerlukan 1,000 pain darah sebulan tetapi masa ini ia hanya mempunyai 600 pain.

Beliau berkata pihak hospital itu telah mewujudkan unit bergerak pusat darahnya sendiri untuk mendapatkan bekalan darah.

Dalam usaha meningkatkan jumlah kutipan darah, Pusat Darah Negara dengan kerjasama pelbagai pihak akan menjalankan kempen menderma darah di beberapa lokasi dari 18 Jan hingga 24 Jan ini.

Orang ramai di sekitar Lembah Klang boleh menderma di unit-unit bergerak berkenaan bagi memastikan stok bank darah di hospital mencukupi.

Pada 18 Jan ini, unit bergerak Pusat Darah Negara antaranya akan berada di Blok Pasifik Wisma Rampai Setapak, Pusat Perubatan Taman Desa, The Legend Hotel Kuala Lumpur dan Concorde Hotel Kuala Lumpur, manakala pada 19 Jan pula ia akan berada di Terminal AMC KLIA Sepang dan Universiti Tunku Abdul Rahman di Setapak.

Pada 20 Jan pula kawasan yang terlibat adalah di Bursa Malaysia Bhd, UTAR Sungai Long dan Ibu Pejabat Korporat KLIA, pada 21 Jan di Hospital Sungai Buloh, MMC Corporation Bhd Jalan Sultan Ismail, Segi Training College di Sri Kembangan, Unit Pertahanan Nasional Berhad dan Institut Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur.

Pada 23 Jan, kempen derma darah akan diadakan di Jusco Cheras Selatan, Jusco Taman Maluri, Kolej Teknologi Maklumat Perubatan, KPJ Damansara Specialist Hospital dan Kelab Unity Ampang.

Pada 24 Jan pula orang ramai boleh menderma di Dewan Serbaguna Salak Selatan.

— BERNAMA

Read Full Post »

Kemenangan Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mungkin mengejutkan sesetengah pihak. Namun kesalahan beliau yang terlibat dengan politik wang dan hanya diberi amaran sedikit mengejutkan. Tapi sebenarnya disabitkan dengan kesalahan itulah yang lebih mengejutkan.

Sebagai menantu yang dikatakan paling mempengaruhi Perdana Menteri, tentunya untuk beliau disabitkan dengan kesalahan itu adalah sesuatu di luar jangkaan. Tapi mungkin kerana Perdana Menteri bakal berundur, ianya dlihat perkara biasa. Ataupun mungkin sebenarnya KJ tidaklah berpengaruh mana. Dan kemungkinan bahawa Lembaga Disiplin UMNO ingin menunjukkan ketelusannya juga adalah antara sebab sebab lain.

Pun begitu sebagai seorang individu, KJ sememangnya mempunyai kekuatan dan karismanya tersendiri. Beliau dilihat seorang penghujah dan orator yang jauh lebih baik daripada 2 calon Ketua Pemuda yang kecundang itu. Ini semestinya aset kepada UMNO walaupun KJ juga ada membawa ‘baggage’ atau bebanan yang lahir daripada sifat anak muda dan kedudukan menantu Perdana Menteri yang dimilikinya. Kebolehan KJ untuk menyatukan kumpulan pemuda tentunya sesuatu yang ingin diperhatikan. Bukan setakat oleh pemuda UMNO bahkan pemuda dari parti parti politik yang lain.

Bagi Pemuda PAS, ini tentunya sesuatu yang mencabar. Kepimpinan pemuda PAS perlu melihat dari sudut yang positif. Kekuatan KJ berbanding 2 calon yang lain jika dilihat dari sudut persaingan, akan ‘memaksa’ pemuda PAS untuk sekurang kurangnya setanding jika tidak lebih baik daripada kewibawaan Pemuda UMNO.

Serangan peribadi tidak akan membawa banyak keuntungan jika persiapan rapi dan program program berterusan untuk menarik golongan muda tidak digandakan. Akademi Kepimpinan Muda menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan kepimpinan pemuda terus relevan dalam memimipin generasi muda untuk menjadi aset negara serta menjadi pelapis untuk kepimpinan PAS akan datang. Semoga Mutamar Pemuda PAS nanti akan mampu mencorakkan hala tuju dan daya saing yang melayakkan PAS untuk berada pada kedudukan yang lebih baik daripada masa ini.

Read Full Post »

Umat Islam Mindanao (2)

05112008545 Antara kem pelarian yang dikira agak ‘canggih’

04112008516

 

 

                                  Kem yang lebih teruk dan sesak

 

 

04112008520Bekas taman permainan bertukar menjadi kawasan/kem pelarian

04112008511

 

 

                 Di mana mana, mesej ini ingin disampaikan

051120085411Anak muda ini terkena tembakan, namun tidak sabar kembali ke medan untuk menemui syahid!

05112008552

 

     Zaman keemasan kanak-kanak sebegini mungkin    berubah dengan bantuan anda! Doakan mereka!

Read Full Post »

 

Asean patut kaji kedudukan Filipina PDF Print E-mail
Thursday, 18 September 2008
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) –Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius perkembangan politik yang berlaku di Mindanao semenjak kebelakangan ini.Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub,tekanan politik dan keganasan tentera telah berlaku dengan begitu berleluasa sehingga menyebabkan hampir setengah juta orang awam menjadi pelarian.

“Pendirian terbaru Presiden Arroyo jelas menunjukkan bahawa Filipina tidak lagi berminat untuk menyelesaikan konflik yang berlaku secara rundingan, tetapi lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan keganasan.

“Filipina sepatutnya sedar bahawa Mindanao adalah wilayah umat Islam yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol mahupun Amerika Syarikat, tetapi mereka menyerahkannya kepada Manila,”jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, rakyat Mindanao tidak mengiktiraf kekuasaan Manila ke atas mereka dan apa yang dituntut ialah kemerdekaan.

“Jika Manila bersedia mengakui hakikat ini, konflik ini akan selesai dengan segera. Sebaliknya, Manila mengambil sikap sebagai penjajah yang tidak menghormati hak asasi manusia.

“Kerana itu tidak hairan jika berlaku rundingan dalam keadaan ‘senjata di kepala’ mereka,”katanya lagi.

Katanya,sebelum ini beberapa usaha telah dibuat oleh Malaysia supaya krisis ini diselesaikan di meja rundingan dan Kuala Lumpur telah bersedia menjadi orang tengah.

“DPP Pusat menyokong langkah Wisma Putra untuk menyelesaikan masalah ini secara keluarga Asean demi mengekalkan kestabilan politik di rantau ini.

“Tetapi Manila yang gagal memenuhi keperluan-keperluan rundingan termasuk enggan menyertai rundingan terakhir di Kuala Lumpur. Alasan Manila berkenaan tiga komander MILF yang menyerang orang Kristian adalah amat terpencil kerana tentera Filipina sendiri bertindak lebih ganas termasuk membakar rumah orang awam,”ulas Salahuddin lagi.

Beliau mendesak supaya kedudukan Filipina dalam Asean dikaji semula seperti mana sikap Wisma Putra terhadap Rangoon sebelum ini.

“Kita bukan bermaksud mencampuri urusan negara jiran, tetapi jika tindakan mereka telah mencabul hak asasi rakyat dan boleh mengundang ketidakstabilan politik rantau ini, maka tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka.

“Filipina patut digantung daripada Asean supaya Manila sedar tentang kesilapan mereka dalam menyelesaikan masalah ini. DPP Pusat juga berharap supaya Wisma Putra dapat memanjangkan masalah ini kepada OIC kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam secara khusus terutama dalam bulan Ramadan ini,”tegasnya. – mks.

Read Full Post »

KOTA BHARU : Kijang Care Organizations akan meneruskan bakti sebagai badan amal apabila sekali lagi akan menghantar sukarelawannya bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan mangsa taufan Nargis di Myanmar, awal bulan depan.

Ketua misi bantuan Kijang Care ke Myanmar, Dr Rosli Allani S. Abdul Kadir berkata, misi kali kedua ini akan memfokuskan kepada bantuan kekal seperi alatan membajak, sampan dan membaiki masjid yang rosak teruk.

“Selama empat hari berada di Myanmar sebelum ini, matlamat kita untuk membantu mangsa dengan bantuan kewangan sebanyak RM50,000 sudah tercapai, tetapi kita melihat bantuan kewangan sahaja tidak mencukupi.

“Mangsa Taufan Nargis memerlukan bantuan yang lebih bersifat kekal seperti jentera untuk kegunaan pertanian bagi membaiki kehidupan mereka yang terjejas teruk akibat taufan berkenaan.

“Mereka tidak lagi mahu bantuan dalam bentuk wang yang disifatkan untuk faedah jangka pendek sahaja, tetapi mereka mahu peralatan pertanian supaya mereka boleh membina semula kehidupan dalam jangka panjang,” kata Dr Rosli ketika mengadakan taklimat bersama media di studio Global Media Channel, dekat sini.

Beliau juga berkata misi kali kedua ini mungkin akan disertai oleh Pengerusi Kijang Care sendiri iaitu Dato’ Husam Musa.

Dr Rosli bersama petugas sukarela berada di Myanmar pada 2 hingga 6 Jun lalu berkata, pengalaman yang diperolehi cukup mencabar kerana bencana tersebut adalah lebih ‘hebat’ dari tsunami yang melanda Acheh empat tahun lalu ditambah pula dengan undang-undang negara itu yang ketat.

“Bantuan asing banyak menerima tekanan dari junta tentera, segala-galanya dalam kawalan. Keadaan mangsa yang terselamat amat menyayat hati, mereka amat daif dan miskin, sebab itu bantuan kekal perlu disegerakan untuk mereka membina semula kehidupan yang musnah itu,” katanya.

Bagaimanapun berita gembira untuk mangsa taufan terutama kanak-kanak apabila Kijang Care bercadang untuk menjadikan mereka sebagai anak angkat.

“Kami bercadang nak ambil kanak-kanak sebagai anak angkat terutama dari wilayah Talaa, Yangon. Mereka sangat daif,

“Kami akan usaha membawa mereka untuk mendapat pendidikan formal di sini terutama di sekolah tahfiz, di samping membawa pelajar sekolah agama meneruskan pembelajaran di sini,” jelasnya lagi

Read Full Post »

Tsunami jangan dicari

Besok genaplah 3 tahun Tsunami yang melanda dan memusnahkan pelbagai hidupan dan binaan akibat dari gempabumi yang mencecah 9 skala Richter di Teluk Hindi. Ratusan ribu manusia terkorban. Maka ada baiknya kita mengingati semula peristiwa hitam di dalam kehidupan manusia ini.

Sedikit maklumat berkenaan Tsunami dipetik dari Wikipedia dan National Institute of Oceanography.

A tsunami (pronounced /suːˈnɑːmi/, /tsʊˈnɑːmi/) is a series of waves created when a body of water, such as an ocean, is rapidly displaced. Earthquakes, mass movements above or below water, volcanic eruptions and other underwater explosions, landslides,underwater earthquakes, large meteoroid or asteroid impacts and testing with nuclear weapons at sea all have the potential to generate a tsunami. The effects of a tsunami can range from unnoticeable to devastating. The Latin derivative of the word for the smaller waves experienced across the Italian coast was Fillius Sum Sunamus which means, son of tsunamis, inspired by the Japanese word similar to “tsunami” after relations with the shogun of Japan. The term tsunami comes from the Japanese words (津波、つなみ) meaning harbor (“tsu”, ) and wave (“nami”, ). [a. Jap. tsunami, tunami, f. tsu harbour + nami waves. – Oxford English Dictionary]. For the plural, one can either follow ordinary English practice and add an s, or use an invariable plural as in Japanese. The term was created by fishermen who returned to port to find the area surrounding their harbor devastated, although they had not been aware of any wave in the open water. Tsunamis are common throughout Japanese history; approximately 195 events in Japan have been recorded. ( Wikipedia)

Tsunami is a very large ocean wave triggered by underwater earthquake, volcanic activities or landslides. These waves have unusually long-wavelength in excess of 100 kms, generated in the open ocean and transformed into a train of catastrophic oscillations on the sea surface close to coastal zones. These normally occur in Pacific Ocean and are highly unexpected surrounding the Indian subcontinent  ( National Institute of Oceanography)

Tsunami dan bencana alam / Natural disaster mungkin dianggap sebagai sebahagian daripada kejadian alam. Sebagaimana ada antara kita terbiasa dengan perkataan alam semulajadi serta pelbagai lagi ungkapan yang kurang tepat, maka sudah tentu mereka yang tidak ingin mengaitkan Tsuami dengan peringatan dan tanda kebesaran Tuhan Pencipta Alam akan lebih cenderung menggunakan pelbagai tafsiran sains berupa fenomena yang sekadar datang dan pergi. Tidak lebih dari itu.

Ujian daripada Allah yang berbentuk bencana alam boleh dikaitkan dengan kerosakan dan ketidkstabilan akibat perbuatan manusia samada yang zahir ataupun tidak. Sebagaimana Tsunami yang tidak terlihat namun boleh menghasilkan kerosakan dalam skala yang kecil dan besar, begitulah kezaliman manusia bila tidak meletakkan agama sebagai asas kepada perbuatan dan tingkah laku. Sekecil mana kezaliman ia tetap zalim. Sejauh mana cuba disembunyikan kemaksiatan itu pasti membangkitkan satu natijah yang bakal ditanggung oleh semua makhluk.

Manusia ada maruah dan harga diri. Dan agama antara lainnya secara khusus datang untuk menjaga maruah dan kehormatan manusia. Namun pihak yang tidak menjalankan tugas di atas prinsip kemanusiaan dan landasan agama merobek kehormatan, mencalar nama baik orang lain kerana ingin mengaibkan mereka. Sebenarnya orang sebeginilah yang tiada maruah, menjual diri dan prinsip kehidupan. Mereka selayaknya dikuarantin dan dihantar ke pusat pemulihan agar tempias gila kuasa dan perbuatan melampaui batas ini tidak berjangkit kepada orang lain.

Tsunami datang tanpa dijemput, Namun jangan pula ia dicari. Berikan kuasa pemerintahan kepada mereka yang layak, nescaya bumi ini akan makmur dan tenteram dengan zikir zikir sekalian makhluk.

Read Full Post »

Berkongsi suka dan duka

(sambungan kepada misi kemanusian ke Padang dan Bengkulu) 

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Begitulah bunyi petikan dari ayat suci al Quran yang mengajak kita kepada pertautan hati sesama mukmin. Hatta kepada orang bukan Islam serta pelbagai hidupan dan ciptaan Allah sekalipun perlu ada rasa kemanusiaan dan belas. Begitulah Islam mendidik. Manusia yang dipandu oleh agama nyata berbeza keperibadiannya dengan mereka yang tidak dipandu. Namun hakikatnya juga ajaran agama kerap kali diselewengkan atas nama agama! Begitulah sifat manusia yang menginginkan keuntungan yang sedikit.

Atas nama kemanusian pun manusia sanggup mencari keuntungan. Tidak pelik juga bilamana bantuan kemanusian yang terkumpul tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya. Tetapi bila komitmen  yang ditunjukkan menjadi track record yang baik, dermawan yang berlainan ideologi politik sekalipun sanggup menghulurkan bantuan untuk membantu.

Teringat saya komentar ketua rombongan Yayasan Amal, Haji Husin Ismail atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Husin, bagaimana kutipan derma untuk mangsa gempa di sebuah masjid yang berjya mengumpulkan lebih 5000 ringgit sedangkan satu majlis yang dihadiri oleh seorang Timbalan Menteri pun hanya mampu mengumpulkan sekadar 3000 ringgit lebih. Itupun riuh sana sini. Malah ada juga yang masih tergerak hati untuk mempamerkan kebajikan yang dibuat dengan serahan cek besar, tatkala Ramadhan cuba mendidik kita dengan sifat keikhlasan.

Berbalik kepada rombongan, misi 5 hari kami di Padang dan Bengkulu awal awal lagi dihidangkan degan ujian! Disebabkan pertambahan bilangan volunteer/relawan di saat akhir, kami terdampar sekitar 3 jam lebih di airport menunggu kenderaan kedua sampai. Dengan kerjasama saudara saudara seIslam dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di sana, kami terus menuju destinasi pertama di Ranah Pesisir selepas 4 jam lebih perjalanan.

Sesampainya di sana, terus ‘membuka kedai’ pertama dalam keadaan yang serba kekurangan. Peristiwa diserbu oleh begitu ramai penduduk di sana bermain di tebing kenangan. Paling tidak dapat dilupakan kami berbuka puasa dengan ubat multivitamin untuk meraikan penduduk yang masih sabar menunggu berjumpa Pak Dokter. Tanpa sedikit pun rasa gelisah, kami meneruskan khidmat tatkala senja berlabuh di tempat yang kami tidak pernah terfikir untuk sampai, tapi Allahlah yang merancang segalanya.

Sebelum ini ada juga komentar dari kenalan yang sampai ke Bukit Tinggi, satu destinasi perlancongan di Padang. Namun ‘pakej perlancongan’ kami ini begitu bermakna sekali dirasakan. Betapa keletihan dan kegusaran penduduk yang malamnya berbumbungkan langit mahupun tender/ khemah di sana sedikit terubat dengan sokongan moral umat Islam yang perihatin ke atas ujian yang menimpa mereka. Itulah antara kenangan yang cukup manis 3 orang doktor dan seorang MA yang bertugas. Relawan lain agak sedikit awal meninggalkan kami menuju ke surau tempatan untuk berbuka.

Malamnya kami menginap di rumah Pak Jamal, seorang guru. Perjalanan ke rumah beliau mengambil masa 2 jam lagi. Hampir sepanjang 2 jam itu bunyi deruman enjin kereta dan sesekali bunyi hon dari supir/ pemandu memecah keheningan malam di dalam van yang dinaiki. Hampir semua tertidur kepenatan. Di Lunang Silaut ini kami bermalam selama 3 malam; menjadi destinasi transit kami ke tempat tempat seterusnya yang kami ingin tuju sebagaimana yang diatur oleh rakan rakan PKS.

Esoknya kami mengadakan dua lagi sesi di sebelah pagi dan petang. Anak anak kecil sedari 7 tahun rata ratanya sudah mula puasa penuh. walaupun budaya menutup aurat di kalangan kaum wanitanya sedikit kurang dihayati, namun kecekalan hati dan kefardhuan selainnya majoritnya digalas dengan sebaiknya oleh mereka. Mungkin gempa bumi berskala 7.9 richter itu cuba mengingatkan kembali mereka akan keTuanan alam ini, seterusnya menjadi muslim yang lebih taat.

Seharusnya kita di bumi Malaysia yang dikira masih aman dan tenteram ini perlu lebih mengenal erti bersyukur. Kita ditemukan dengan bulan Ramadhan dengan segala macam kemudahan dan kesenangan. Bulan yang penuh keberkatan. Ditambah pula hadiah malam laylatul qadr yang penuh berkat. Masih adakah lagi yang tidak bersyukur? Tergamakkah?

Berbalik kepada suasana di sana, hari seterusnya kami ke Mukomuko, kawasan di wilayah Bengkulu yang paling teruk dilanda musibah ini. Begitu banyak kemusnahan. Begitu daif sekali kehidupan. Namun dicelah celah kedaifan itu mereka terus bersemangat untuk menempuh hari hari mendatang. Masih mampu mereka mengukirkan sebuah senyuman di dalam kesakitan dan penderitaan. Khidmat kami seakan anugerah yang begitu sekali bermakna.

Walaupun belum menjanjikan satu kesenangan dan hampir pasti tidak dijanjikan bebas dari gempa bumi, mereka terus berkerja untuk satu penghidupan. Mereka yakin dengan janji Allah yang jauh lebih mahal dan tinggi nilainya. Dan Dialah sebaik baik yang mengotakan janji.

Hari terakhir di Lunang, sempat sekali lagi mengadakan  khidmat kesihatan di sana. Setiap malam kami menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid kecuali satu malam di perkarangan rumah Pak Jamal. Suasananya cukup meriah. Begitu bersopan dan beradat masyarakat di sana yang majoritinya dari suku kaum Minang.

Dicelah celahnya diselitkan unsur nasihat dan jalinan persaudaraan sebagai tanda kemesraan dan meraikan tetamu.

Begitulah suasana di Padang dan Bengkulu, Sumatera Barat. Walaupun hampir setiap kali bersahur dan berbuka kami dapat merasai keenakan nasi Padang yang agak popular bagi sesetengah kita, namun dirasakan sumbangan kami tidaklah sebesar mana dibandingkan kesusahan dan keperitan hidup yang mereka alami. Semoga ianya menjadi pengiktibaran kepada kita semua.

Semoga tergerak hati kita untuk bertanya khabar dan mengambil langkah langkah yang patut untuk mengurangkan kesengsaraan hidup saudara seIslam kita di serata dunia. Setidaknya doa kita saban hari mengiringi kedukaan mereka untuk lebih cekal, dikeluarkan dari kedukaan itu serta dijauhkan dari ujian yang tidak tertanggung oleh mereka.

Read Full Post »

Potensi yang terbiar?

Baru baru ini berpeluang untuk bekongsi kedukaan dan kesusahan mangsa gempa di Bengkulu dan Padang. Satu komitmen yang dikira amat kecil berbanding dengan dugaan yang tertimpa. Namun sokongan moral sekurang kurangnya mampu mengubat sedikit luka dengan musibah yang didatangkan kepad mereka sehari sebelum ketibaan tetamu agung, Ramadhan al Mubaraq.

Tanpa dirancang oleh sesiapa kecualiNya, satu peluang untuk umat Islam melakukan amal kebajikan terbuka luas dan tanpa dirancang juga penulis menjejakkan kaki untuk kali kedua ke Indonesia. Beberapa bulan sebelum itu hanya mendengar komentar beberapa orang kenalan yang berkunjung ke Bukit Tinggi, Padang atas beberapa urusan.

Kehadiran ke bumi Indonesia ini menyaksikan satu sapaan minda yang berbeza khususnya di bulan yang penuh berkat ini. Dengan geografinya yang berbukit bukau serta bergunung ganang teringat pada satu kisah yang diriwayatkan, sekitrar dialog antara Pencipta alam ini dan malaikat tatkala bumi mula diciptakan. Bumi bergoncang goncang seakan tidak stabil, lalu Allah SWT menjadikan gunung ganang, maka berhentilah goncangan itu. Takjub dengan fenomena itu, malaikat lantas bertanya, adakah lagi ciptaan Allah SWT yang lebih hebat daripada itu, maka dijawab ada,iaitu besi. Besi yang menjadi jentera dan perbagai alatan berjaya menembusi gunung ganang. Manusia mencipta terowong dan pelbagai lagi.

Justeru ditanya lagi adakah yang lebih kuat daripada besi makan dijawab Allah SWT ada, iaitu api. Api merupakan makhluk Allah yang boleh membakar dan mencairkan besi. Namun sifat api itu juga merupakan satu sifat yang diciptakan lantas api menjadi sejuk dengan perintah Allah SWT tatkala hambaNya yang mulia, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api oleh Namrud.

Ditanya kembali oleh malaikat samada ada lagi kekuatan yang lebih hebat daripada api, lalu dijawab ada iaitu air. Air berjaya memadamkan api. Air juga boleh menjanakan elektrik melalui stesen janakuasa hidro. Air yang menjadi stim mampu menggerakkan keretapi dan pelbagai lagi kemampuan dan kegunaan. Malaikat lantas bertanya lagi, adakah yang lebih kuat daripada air, maka dijawab ada, iaitu angin. Ditanya lagi ciptaan lain yang lebih kuat daripada itu. Dijawab oleh Alllah SWT ada, iaitu seorang hamba yang bersedekah, yang tangan kanannya tidak mengetahui pemberian tangan kirinya itu. Itulah kekuatan dan kehebatan yang jauh lebih hebat daripada segalanya.

Manusia diciptakan oleh Allah dengan suatu kekuatan dan kehebatan yang sangat menakjubkan mengalahkan segala kekuatan dan kehebatan yang ada. Sebab itu manusia mampu untuk menerima amanah Al Quran yang begitu berat sekali, yang jika diturunkan kepada bukit bukau dan gunung ganang pasti hancur lebur kerana tidak mampu menanggung amanah itu. Manusia yang hebat mampu mengekang keinginan kepada publisiti, keuntungan dunia yang sedikit di atas keyakinan bahawa sedekah dan amal jariah yang dilaksanakan merupakan harta sebenar mereka apabila berdepan dengan Allah SWT kelak.

Berbalik kepada kedukaan yang menyelubungi masyarakat di Padang dan Bengkulu, kesempitan hidup yang sudah serasi degan mereka menjadikan dugaan itu lebih menghimpit dan menekan. Namun, amat menakjubkan sekali kerana rata rata yang ditemui menerima dengan baik dan penuh keinsafan, kesusahan yang menimpa. Semoga Allah SWT memberikan mereka yang terbaik di atas kesabaran dan kecekalan yang ditunjukkan.

 (bersambung)

Read Full Post »