Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2008

Sesuatu yang tidak menjadi kelaziman pastinya mengundang pelbagai reaksi dan respon. Begitulah juga bilamana PRU ke 12 menyaksikan satu kelainan dan kejutan yang mengheret segala macam peristiwa dan perkara luar biasa hingga ke hari ini.

Walaupun sekali imbas, ada juga yang dilihat sesuatu yang sudah boleh diduga mahupun dirancang. Bahkan, ada pula kelihatan seperti satu adegan semula cerita lama, namun yang pasti keunikan dan fenomena yang dilalui oleh para pemimpin dan pemerhati politik dalam sehari dunia ini tidak dapat digambarkan kepelikannya. Manakala mereka yang tidak berapa mengikuti perkembangan politik hanya boleh mengeluh dengan kos kehidupan yang semakin mencengkam.

Seminggu dua ini hangat diperkatakan tentang hubungan yang cuba dijalin antara PAS dan UMNO. Ada yang menyifatkan ianya satu kemestian demi survival dan ketuanan melayu/ Islam. Manakala ada pula yang menganggap ianya seperti hubungan songsang yang tidak mungkin dapat dijalin. Seakan satu hubungan terlarang yang mengundang dosa dan bencana.

Di pihak PAS secara umumnya, kenyataan  daripada Presiden melegakan banyak pihak. Di pihak yang merasakan keperluan hubungan itu terjalin ia merupakan tamparan hebat. Seperti kekalahan yang memalukan. Mengapa begitu? Bukankan prinsip2 perjuangan itu meletakkan syura sebagai jalan mencari penyelesaian. Mengapa ada yang tidak dapat berlapang dada? Seolah olah satu hambatan yang begitu sekali sukar untuk dilepaskan.

Barangkali masih ada sebuah pengharapan yang ditinggalkan oleh sisa sisa Islam Hadhari yang semakin ditolak itu, yang dirasakan baik oleh segelintir pihak. Mungkin bermula dengan perkenalan untuk mendengar rintihan pihak yang semakin serabut diperlakukan seperti lembu yang diikat lehernya, lalu ada beberapa orang yang berasa simpati.

Tidakkah mereka bersimpati dengan nasib rakyat Malaysia yang sudah lama tertindas? Tidakkah mereka lihat betapa susah menghilangkan kotoran najis yang masih menusuk hidung walaupun kepala najisnya sudah jauh menjunam diflush oleh rakyat jelata di Selangor? Namun cuba timbul balik. Itu pun sebaik baik yang ada.

Maka, seharusnya kita lebih peka dan perihatin dengan keluhan kawan kawan yang baru cuba berbaik baik dan bermesra. Biarkan kemesraan itu terjalin demi harapan dan mandat yang diberikan oleh rakyat. Semoga segala keperitan yang pernah dan telah dilalui mengajar kita semua untung rugi dan sikap berhati hati. Yang pasti ianya membawa implikasi besar kepada perjuangan Islam di bumi Malaysia yang tercinta.

 

Read Full Post »

Kenyataan daripada pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim telah melangggar semangat Demokrasi Berparlimen kerana dikatakan cuba memancing MP Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat seharusnya dinilai dengan lebih teliti oleh beliau sebelum menyuarakan demikian.

Ini kerana usaha untuk memperbetulkan perjalanan demokrasi sendiri dipandang sebelah mata oleh pemimpinn BN. Dengan pelbagai himpunan rakyat yang bangkit menyuarakan pandangan ditenggelam sebelum timbul lagi oleh pihak Kerjaaan melalui cengkaman kuasa yang ada, sudah pasti ianya lebih tidak menggambarkan semangat demokrasi yang tulen dan asli berbanding dengan apa yang dikatakan usaha Anwar itu.

Malahan, ketiadaan ruang untuk bersuara dan pintu rundingan yang separuh tertutup itu juga yang menyebabkan sesetengah parti parti  komponen BN terutamanya dari Sabah dan Sarawak merasakan mereka tidak diadili dengan sebaiknya. Kemenangan BN untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang banyak disumbangkan oleh mereka seperti tidak diperakukan. 

Tawaran yang datang kemudiannya berbentuk material seperti pemansuhan JPP di Sabah tidak membawa erti yang besar kepada mereka. Dan rakyat sendiri melihat ianya sebagai cubaan memancing semata mata, di saat JPP di beberapa negeri lain tidak dimansuhkan.

Suara rakyat yang hampir separuh berpihak kepada Pakatan Rakyat pada PRU lepas tidak cuba didengari. Begitulah egonya pemimpin pemimpin yang ada. Mereka perlu sedar, bahawa sebahagian besar sokongan yang diberikan kepada BN pada PRU lepas adalah berpunca daripada  sogokan material dan janji janji palsu.

Andai rakyat mendapat maklumat dan gambaran sebenar, sudah pasti BN akan kalah teruk, bahkan hilang tidak berbekas sekiranya mereka terus dengan keegoan mereka. Menjadikan kerajaan Malaysia milik rakyat dan bukan kroni merupakan perjuangan yang akan menghilangkan terus keyakinan rakyat kepada BN sekiranya ianya benar benar diusahakan oleh Pakatan Rakyat. Hanya sedikit masa lagi diperlukan, dan seakan pasti ianya dapat dibuktikan sekiranya rakyat terus memberikan peluang dan harapan!

Read Full Post »

Pentadbiran BN di bawah Pak Lah berada di ambang kejatuhan. Dengan pendirian pimpinan SAPP sebagaimana yang diumumkan semalam selepas begitu lama berbincang, sudah pasti undi tidak percaya yang akan di bawa di dalam Parlimen pada minggu depan seakan pasti berlaku.

Kelemahan yang ada pada kepimpinan Pak Lah tidak mampu untuk bertindak tegas pada satu usaha yang sudah tentu menjejaskan kredibiliti beliau selaku Perdana Menteri. Malah ekonomi negara akan lebih lebih lagi terjejas akibat kelemahan pentadbiran dan undi tidak percaya ini. Pelabur tentunya akan berfikir banyak kali sebelum meneruskan misi pelaburan mereka.

Maka, pimpinan Pakatan Rakyat juga  perlulah berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan Pak Lah seberapa segera yang mungkin untuk berbincang dan mencari jalan terbaik demi kepentingan negara. Jangan biarkan Pak Lah terus dibuai angin kepalsuan akibat nasihat yang tidak tepat dan tidak menggambarkan masalah sebenar yang beliau hadapi.

Jalan keluar yang mungkin paling tepat diadakan sekarang adalah mengadakan pilihanraya semula untuk memberi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk menyatakan sokongan mereka. Semoga Pak Lah tidak lena di saat beliau perlu melakukan satu tindakan yang memberi peluang untuk majoriti rakyat dan penyokong BN tidak lagi mencemuhnya sebagaimana yang berlaku sekarang.

Read Full Post »

8 Mac yang lepas merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh ramai daripada kita. Pilihanraya yang menyaksikan Pakatan Rakyat menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional buat kali pertama  semenjak kemerdekaan membawa sejarah tersendiri. Buat satu Pakatan yang dikatakan masih rapuh, namun mempunyai banyak prinsip perjuangan yang dikongsi bersama, ianya cukup bermakna.

WAlaupun tidak mengeluarkan manifesto bersama, samada di peringkat negeri dan nasional, Pakatan ini berjaya mencuit hati rakyat untuk berpihak kepada mereka. Bukan setakat kebencian yang bermain di fikiran untuk mereka berani membuat perubahan ini,  bahkan harapan yang begitu besar disandarkan demi melihat kehidupan yang lebih baik, keadilan dan ketelusan yang menguntungkan lebih ramai penduduk.

Maka sudah tentunya rakyat yang begitu sekali membuka ruang untuk perubahan ini memberi seluas luas peluang untuk kerajaan baru Pakatan Rakyat melaksanakan program dan tindakan yang sewajarnya. Mereka amat menyedari betapa tekanan dan kekangan yang ada tidak memungkinkan segalanya lancar dan manis dirasai apabila pemimpin Pakatan Rakyat mengambilalih tampok pemerintahan dan perntadbiran. Bahkan sebaliknya. Dengan karenah yang pelbagai, dengan fail dan dokumen yang hilang entah ke mana, pastinya jalan yang sukar menanti.

Fenomena semasa juga tidak memberi kelebihan kepada pentadbiran kerajaan baru ini. Kenaikan harga minyak diikuti kesannya tentunya membawa  lebih banyak kesukaran berbanding kesenangan. Pastinya ia mencabar kehebatan siapa sahaja hatta seorang pengurus yang terbukti heabt sebelumnya.

Sebenarnya tekanan untuk melaksanakan manifesto datangnya dari pemimpin dan penyokong totok UMNO yang tidak senang duduk dan masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka. Setiap inci kesalahan dicari, perangkap menanti dan lubang digali untuk  menjerumuskan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, biarkan mereka yang gila dan tamak kuasa itu dengan kegilaan mereka. Mereka akan tersedar bilamana kepala mereka tiba tiba terhantuk dan akhirnya sedar dari lamunan kuasa yang semakin meninggalkan mereka. Mungkin esok dan lusa bakal ditemui jawapannya!

Read Full Post »

Pelbagai langkah dan pendekatan diambil untuk menangani kenaikan harga minyak. Antaranya mengurangkan 10 peratus elaun keraian untuk Menteri Menteri Kabinet. Ini disusuli dengan langkah yang sama di peringkat negeri, kecuali Pahang yang telah mengurangkan sehingga 30peratus daripada elaun ini.

Cukupkah? Pastinya tidak. Sepatutnya langkah lebih drastik diambil. Rakyat semakin terhimpit. Semakin ramai bilangan yang menjadi miskin dengan kenaikan ini. Siapakah yang perlu lebih proaktif dalam menangani masalah ini? Pastinya pihak kerajaan dan wakil wakil rakyat.

Sekadar menyalahkan antara satu sama lain tidak mendatangkan banyak faedah. Tentunya pihak kerajaan, para wakil rakyat terutamanya perlu memainkan peranan menggerakkan semua pihak khususnya golongan berada untuk sama sama mengambil tanggungjawab ini.

Kita semua tidak lupa bagaimana sejumlah duit digunakan oleh seorang Exco negeri Pahang untuk membeli nombor kereta. Entah apa kegilaan yang ada pada mereka yang meletakkan nombor kereta sebagai simbol kemewahan dan kebanggaan.

Peniaga pula seharusnya tidak mengambil kesempatan untuk keuntungan mudah. Pemimpin rakyat yang sejati, pasti berusaha untuk terus menabur budi. Pihak kerajaan perlu mengurangkan kos untuk mesyuarat, perjalanan yang tidak perlu dan pelbagai lagi langkah berjimat cermat.

Sekiranya langkah langkah sebegini diambil, pastinya kesan yang dirasai dapat dikurangkan. Sekurang kurangnya, mempersiapkan rakyat dengan agenda untuk menambahkan pendapatan sekiranya semua pendekatan ini hanya sekadar menjadi impian.

Read Full Post »

100 Hari Pertama: Lapuran Awal buat kami d Dubai! ( http://dperantauan.typepad.com/)


Sessi bersama pimpinan kanan Pakatan Rakyat d Dubai malam tadi melihatkan sambutan hebat d kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pertemuan kira-kira dua jam setengah juga menarik minat beberapa teman Bosnia dan Mesir. Dan mengasyikkan, sessi malam tadi turut d sertai rakyat Malaysia d Riyadh – melalui video call 3G!
Setakat yang teringat, ini merupakan pertemuaan rakyat dan pemimpin terbesar melibatkan rakyat d sini dan pimpinan Malaysia (selalunya pertemuan dengan pimpinan kerajaan BN bersifat agak formal d hotel). Malam tadi kami bertemu d rumah Fudzail – dan yang hadir terpaksa bayar pula! Kami pakat sedia jamuan rakyat untuk pimpinan Pakatan Rakyat! Walau tiada makanan Free, namun kehadiran amat memberansangkan!
Ketiga-tiga pimpinan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Husam Musa dan YAB Tan Sri Khalid walaupun tiba pada awal paginya, masih penuh stamina. Walaupun mereka tiba dalam pesawat yang sama, Dsai dan Husam hanya sedar mereka dalam pesawat yang sama sebelum mendarat – masing-masing lena bila tiba d pesawat!.
Ketika menjemput Dato’ Husam dan rombongannya, Dsai dan TS Khalid juga bersama. Tak sempat bertemu Dsai, tetapi sempat juga dia menghantar pesanan melalui Blackberrynya setibanya d Dubai.
Dengan hanya notis beberapa hari, perancangan djalankan dengan teratur. Husam terlebih dahulu confirm untuk program bersama rakyat Malaysia d UAE. Setelah dberitahu kehadiran Dsai melalui salah seorang peguam Dsai, kami berusaha mendapatkan kepastian waktu Dsai dan TS Khalid untuk bersama Husam.
Promosi awal d gerakkan. SMS, email dan word of mouth menjadi communication channel pillihan.
Awal pagi semalam, kata pasti d terima. Fudzail sempat mendapat confirmation dari Dsai.
Dalam pada itu, mobileku tak putus menerima SMS dan panggilan. Ada yang confirm akan bersama, tak kurang yang bertanya petunjuk jalan. Yang gelinya ada yang bertanya berapa ramai akan hadir malam ni?
Aku tanya kenapa? Dia jawap “usually aah, when Anwar give his speech aaa, thousands will come”.
Aku jawap, “u datang saja, ramai tak ramai datang saja”. Dia sempat menambah, “kalau i datang lambat aah, simpan makanan untuk i”.
TS Khalid Memulakan Acara
Sekitar 8:05pm, acara kami bermula. Mukadimmah awal buat tetamu istimewa yang dah tiba – Husam dan TS Khalid. Ruang tamu rumah Fudzail masih lapang.
TS Khalid memulakan bicara dengan latarbelakang keterlibatannya dalam dunia politik. Transisi yang agak jauh menyimpang, dari dunia koperat yang fokus pada keuntungan syarikat kepada dunia politik yang memberi keutamaan kepada rakyat terbanyak.
Permulaannya agak perlahan, namun setelah masa beredar momentum TS Khalid bergerak pantas.
Sessi mula terasa seperti sessi lapuran ketua kerajaan Selangor selepas 100 hari memerintah. Apalagi bila TS Khalid menyebut, sebagai CEO kerajaan negeri, beliau bertanggung jawab atas amanah yang d pikul. Kepertanggungjawaban terhadap rakyat menjadi agenda, dan perbezaan antara PR dan BN.
Perbezaan ideologi antara komponen PR bukan masalah, malahan titik pertemuaan itulah menjadikan kami dekat.
Sesekali TS mencuit hati kami dengan beberapa insiden yang berlaku sepanjang menerajui negeri termaju d Malaysia.
Dato’ Husam Strategis Mengemudi PAS dan PR
Sekitar 40 minit berlalu, giliran Husam berdepan “share holders” – rakyat dperantauan. Ketika ini, ruang tamu dah sesak.
Sessi Husam menampakkan kematangan dan pengalaman beliau. Penyampaian structured. Trademarknya juga tak ketinggalan – penuh fakta!
D selang seli dengan potongan ayat Quran sebagai dali dasar dan polisi yang menjunjung kepentingan awam.
Ketika itu, Dsai tiba. Ketibaan Dsai d sambut meriah, negarawan yang sudah lama dnanti rakyat dperantauan. Tak siapa yang hendak miss bersalaman dengan mantan TPM. Juga d sebut-sebut PM in waiting. Tiba d depanku, sempat kami berpelukan. Kali terakhir bertemu tahun lalu. Cuma sempat bercakap melalaui telefon dan tukaran email.
Husam meneruskan ucapan, mengakhiri sessi kedua malam tadi. Pendek, namun padat.
Dsai – dari Reformasi kepada Spekulasi September!
D awal ucapan TS Khalid, beliau ada menyebut beberapa perkara menarik yang menjadi spekulasi. Spekulasi hanya boleh d jawab dan d ulas Dsai. Tiba giliran Dsai, sebagai pengerusi majlis, aku sempat mengingatkan Dsai akan spekulasi yang harus d isi dalam ucapannya.
Ternyata itulah yang d nanti hadirin.
Dsai, menyentuh dan mengupas isu spekulasi kerajaan baru. Apa benar September 16? Kenapa pula September 16?
Dsai menggariskan perubahan kerajaan (jika ianya berlaku) akan berlaku selewatnya September 16 tahun ini. Kenapa September 16 – ianya tarikh keramat yang d kongsi sama rakyat Malaysia d Semenanjung (Hari Malaysia) dan yang lebih nostalgik buat rakyat Malaysia d Sabah dan Sarawak.
Dalam beberapa ketika, Dsai sempat melontarkan pujian kepada Husam sebagai strategis bagi PAS (terutama d Kelantan katanya) dan buat PR.
Ketelusan, amanah dan kepentingan rakyat akan terus menjadi agenda buat PR – menjadi mesej utama Dsai.
Sessi soal jawab menarik, bilamana teman-teman dari Riyadh turut serta. Walau tidak bersama secara zahirnya, mereka sempat berdialog dengan ketiga pimpinan dengan penggunaan teknologi (E90 ku jadi alat penghubung!).
ALhamduliLlaah, sessi malam tadi memberi senario baru buat kami d Dubai. Pertemuaan rakyat Malaysia berbilang kaum dperantauan, bersama pimpinan rakyat mengingatkan kembali pengalaman malam Pemilu ke-12 yang lalu (anak muda Melayu bersama Cina dan India menggembling tenaga menjana kemenangan PR d 5+1 buah negeri).
Husam dan Dsai sendiri amat berpuas hati. Ketika menghantar Husam ke hotel, dalam keletihan beliau sempat merakamkan kegembiraan bertemu rakyat dperantauan.
Dsai pula sempat mengirim pesanan pagi tadi. Mesej dari Blackberrynya mengutus rasa puas hati. Jazakallah, tergesa malam tadi. Ada program lain (selepas program kami).
Apa pun, setelah amanat Tok Guru (semasa sessi teleconference sebelum Pemilu lalu) kami pikul bersama; kini harapan pimpinan peneraju perubahan ke arah Malaysia Baru kami dokongi. Ayuh, rakyat Malaysia dperantauan – kita juga punya tanggungjawab bersama ke arah Malaysia Baru!
Paling minima, rapatkan kerjasama kita bersama. Permuafakatan d tingkat, rakyat d martabat!
Terima kasih pada tuan rumah, sukarelawan yang berpakat membantu melicinkan perjalanan program serta hadirin yang tiba bersama (ada juga yang tiba dari Oman dan Abu Dhabi!).

Read Full Post »

Nampaknya hadiah pertama program ECER yang dapat disajikan oleh Kerajaan BN kepada rakyat Terengganu adalah dengan kembalinya royalti kepada kerajaan negeri Terengganu. Setelah ia dirampas dengan rakus sekali untuk mengisi perut segelintir penyangak, Pak Lah mendahului keputusan mahkamah yang masih belum berkesudahan sebelum ini, bilamana kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran PAS sebelum ini membawanya untuk mendapatkan keadilan buat rakyat Terengganu.

Walaupun berpuluh tahun menikmati royalti, rakyat Terengganu dirundung malang; tahap kemiskinannya tidak berpadan dengan hasil buminya. Kerajaan PAS sebelum ini degan segala kekangan yang ada berusaha membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Inilah sebenarnya yang menjadi igauan kepada kerajaan Pusat lantas menghentikan serta merta royalti, serta pelbagai lagi tindakan yang tidak berperi kemanusiaan.

Kini dengan kembalinya royalti, diharapkan ianya dapat dinikmati dengan saksama oleh rakyat Terengganu, sekaligus membantu menangani kebuntuan akibat harga minyak yang naik mendadak. Barangkali harga minyak dapat diturunkan di Terengganu walaupun cabaran itu diberikan kepada negeri negeri di bawah Pakatan Rayat oleh Perdana Menteri Malaysia.

Mungkinkah ianya dapat menghapuskan dosa pihak kerajaan Pusat yang telah menghukum rakyat Terengganu akibat pengagihan wang Ehsan yang tidak saksama semasa pentadbiran PAS, mahupun selepas terampasnya Terengganu ke tangan BN pada tahun 2004? Sekiranya para hakim hakim yang dizalimi pun boleh mendapat saguhati, mengapa tidak rakyat Terengganu yang sememangnya dizalimi akibat bertukarnya royalti kepada wang Ehsan sebelum ini. Sesuatu yang boleh difikirkan oleh Dato Zaid Ibrahim sekiranya Imam Hadhari merasakan sudah terhapus dosanya dengan penyerahan balik wang royalti.

Diharapkan juga penyerahan ini benar benar jujur dan untuk kepentingan rakyat.

Read Full Post »

Minyak atau dikenali juga sebagai emas hitam merupakan satu kurniaan yang cukup bermanfaat untuk manusia. Ianya mengambil masa beribu tahun untuk terhasil. Memikirkan tentang kejadiannya sudah cukup untuk membuktikan alam ini ada Tuannya.

Yang lebih menarik lagi, sejumlah besar daripada minyak yang ditemui dan dicarigali hari ini menjadi milik negara negara Islam dan umat Islam. Namun memikirkan kesusahan dan segala ujia yang menimpa ramai daripada mereka, seakan kurniaan yang cukup bernilai ini hanya menjadi milik segelintir golongan tertentu. Bahkan lebih malang lagi, harga minyak di pasaran yang melambung tinggi hari ini tidak membawa banyak manfaat kepada mereka melainkan keperitan.

Kenaikan harga minyak dan penyusutan nilai dollar amerika boleh diibaratkan seperti jongkang jongket walaupun spekulasi keterlaluan di pasaran juga dikatakan penyebab kenaikan harga minyak. Walaupun dikhuatiri penggunaan bahan bakar akan menjadikan minyak dan segala hasilnya pupus suatu hari nanti, kita yakin dengan kepesatan teknologi dan selagimana ketaatan manusia itu menjadi modal untuk amalan dunia ini menjadi bahan dagangan yang bernilai disisiNya, selagi itulah kurniaan Allah itu terbentang luas menjadi milik manusia.

Negeri Kelantan menyertai beberapa negeri seperti Terengganu dan Sabah sebagai bumi Malaysia yang memiliki sumber ini. Dengan anggaran simpanan gas menjangkau 13 trillion kaki persegi di tujuh buat telaga, sudah pasti ianya merupakan aset yang cukup bernilai buat negara kita, khususnya rakyat Kelantan.

Di kala kenaikan mendadak harga runcit  petrol semakin dirasai oleh kebanyakan kita, maka gas sebagai bahan bakar yang kurang kesan pencemarannya, sepatutnya menjadi bahan alternatif yang boleh dipopularkan di negara ini sepertimana di Itali, China dan negara jiran, Singapura.

Sudah pasti sekiranya sumber ini dapat diusahakan dan polisi serta pendekatan yang lebih telus dan jujur diambil oleh pihak kerajaan persekutuan, hambatan hidup yang mengejar rakyat Malaysia akan dapat dikurangan. Mungkin kerana hasil yang bakal menanti rakyat Kelantan cukup besar, maka usaha ini telah dilambatkan.

Penjelasan yang dibuat oleh pihak kerajaan dan juga Petronas tidak menampakkan tanda tanda untuk berkompromi dengan harga minyak yang telah dinaikkan. Tiadakah ruang untuk rakyat merayu dan ruang untuk suara mereka didengar? Adakah pintu rundingan telah ditutup? Andai bahan bakar itu boleh berkata kata, nescaya mereka juga ikut bersimpati dengan nasib rakyat yang tersepit akibat kenaikan tadi.

 

Read Full Post »

KOTA BHARU, 15 Jun (Hrkh)  Kerajaan negeri didesak berunding dengan kerajaan pusat bagi memastikan hasil minyak dan gas yang terdapat di perairan Kelantan didaratkan di negeri ini.

Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, gas yang terdapat di perairan Kelantan sekarang telah didaratkan di Songkhla, Thailand.

Sedangkan hasil kekayaan gas boleh meringankan bebanan rakyat Kelantan bagi menampung kos kehidupan mereka akibat kenaikan harga minyak sekarang, katanya ketika membentangkan usul tersebut pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Kali Ke-49 di sini, semalam.

Image Kata beliau sekiranya usaha itu menjadi kenyataan ia turut dinikmati seluruh rakyat Malaysia dan bukan sekadar penduduk Kelantan sahaja.

Menurutnya juga kenaikan harga minyak dunia memberi kesan yang sangat besar kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Ia ibarat membubuh garam di luka. Kerajaan Malaysia pula mengumumkan kenaikan lebih 40 peratus harga minyak, manakala langkah-langkah membantu rakyat yang tersempit nampaknya tidak memberi banyak kesan, katanya.

Usul tersebut diluluskan sebulat suara perwakilan. Perasmian muktamar tersebut disempurnakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Syapawi Abdul Rani. Seramai 139 perwakilan menghadiri mesyuarat berkenaan yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Hadir sama, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak, Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapa dan wakil KeADILan.

Read Full Post »

KOTA BHARU : Kijang Care Organizations akan meneruskan bakti sebagai badan amal apabila sekali lagi akan menghantar sukarelawannya bagi menjalankan misi bantuan kemanusiaan mangsa taufan Nargis di Myanmar, awal bulan depan.

Ketua misi bantuan Kijang Care ke Myanmar, Dr Rosli Allani S. Abdul Kadir berkata, misi kali kedua ini akan memfokuskan kepada bantuan kekal seperi alatan membajak, sampan dan membaiki masjid yang rosak teruk.

“Selama empat hari berada di Myanmar sebelum ini, matlamat kita untuk membantu mangsa dengan bantuan kewangan sebanyak RM50,000 sudah tercapai, tetapi kita melihat bantuan kewangan sahaja tidak mencukupi.

“Mangsa Taufan Nargis memerlukan bantuan yang lebih bersifat kekal seperti jentera untuk kegunaan pertanian bagi membaiki kehidupan mereka yang terjejas teruk akibat taufan berkenaan.

“Mereka tidak lagi mahu bantuan dalam bentuk wang yang disifatkan untuk faedah jangka pendek sahaja, tetapi mereka mahu peralatan pertanian supaya mereka boleh membina semula kehidupan dalam jangka panjang,” kata Dr Rosli ketika mengadakan taklimat bersama media di studio Global Media Channel, dekat sini.

Beliau juga berkata misi kali kedua ini mungkin akan disertai oleh Pengerusi Kijang Care sendiri iaitu Dato’ Husam Musa.

Dr Rosli bersama petugas sukarela berada di Myanmar pada 2 hingga 6 Jun lalu berkata, pengalaman yang diperolehi cukup mencabar kerana bencana tersebut adalah lebih ‘hebat’ dari tsunami yang melanda Acheh empat tahun lalu ditambah pula dengan undang-undang negara itu yang ketat.

“Bantuan asing banyak menerima tekanan dari junta tentera, segala-galanya dalam kawalan. Keadaan mangsa yang terselamat amat menyayat hati, mereka amat daif dan miskin, sebab itu bantuan kekal perlu disegerakan untuk mereka membina semula kehidupan yang musnah itu,” katanya.

Bagaimanapun berita gembira untuk mangsa taufan terutama kanak-kanak apabila Kijang Care bercadang untuk menjadikan mereka sebagai anak angkat.

“Kami bercadang nak ambil kanak-kanak sebagai anak angkat terutama dari wilayah Talaa, Yangon. Mereka sangat daif,

“Kami akan usaha membawa mereka untuk mendapat pendidikan formal di sini terutama di sekolah tahfiz, di samping membawa pelajar sekolah agama meneruskan pembelajaran di sini,” jelasnya lagi

Read Full Post »

Older Posts »